12 August 2019

"Biarlah Gemuk, Asalkan Sihat" Betul Ke Tak Kisah Gemuk ....

Setiap orang rezeki tak sama, sakit pening, pening pun tak sama. Apatah lagi tubuh badan dan rupa. Tapi kalau di beri pilihan nak rupa yang menarik ataupun nak bertubuh gendut, rasanya ramai nak yang cantik dan menarik. "Biarlah gemuk, asalkan sihat". Itu kata seseorang bila di tegur penampilannya yang kini berbadan tembam. Dia bernasib baik tak ada penyakit yang biasa iaitu darah, tinggi dan kencing manis. Itulah sebab dia mengatakan "biarlah gemuk, asalkan sihat".

"Biarlah Gemuk, Asalkan Sihat" Betul Ke Tak Kisah Gemuk ....
"Biarlah Gemuk, Asalkan Sihat" Betul Ke Tak Kisah Gemuk ....

Tak boleh nak kata apa, apabila yang bersikap sebegitu. Beruntungnya dia kerana tidak mengidap darah tinggi dan kencing manis itu. Apapun aku rasa, sebenarnya ia hanya untuk menyedapkan hati sendiri saja. Berbadan gemuk kebiasaannya mesti bersekali dengan sakit kaki, sakit lutut dan terasa mengah apabila berjalan. Itu kiranya sudah di kategorikan sebagai tak sihat juga lah... haihh!



Nak sihat itu bermula dari kesedaran diri sendiri. Tak guna orang lain memaksa tapi yang empunya diri tak nak berubah ke arah yang lebih sihat. Di dalam cara untuk memiliki tubuh badan sihat, badan yang kurus datang sebagai bonus. Bila tubuh dah sihat badan dah kurus, lebih senang bergerak dan senang juga beramal ibadat. Penyakit susah nak hinggap, kalau sudah ada penyakit tetiba saja sakit sembuh sendiri.

"Biarlah Gemuk, Asalkan Sihat" Betul Ke Tak Kisah Gemuk ....


Nak tahu... Musuh sebenar kesihatan yang baik adalah pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Jadi, kurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan. Gantikanlah minuman manis dengan air kosong. Apabila rasa haus saja, minum air kosong. Berubahlah demi untuk sihat. Percayalah dalam masa seminggu, mesti akan ada perubahan.

Selepas itu, mulakan pula berubah dengan cara ubah tabiat makan. Kurangkan makanan yang berkarbohidrat. Lebih mudah amalkan makan secara suku suku separuh iaitu nasi suku, protien atau lauk suku dan  sayur- sayuran separuh. Amalkan setiap waktu makan  sebegitu. Mesti apabila naik penimbang selepas seminggu akan ada penurunan. 

Nak lebih drastik lagi amalkan selalu buat puasa sunat Isnin dan Khamis. Diet sihat dapat, pahala pun dapat. Kalau sanggup juga boleh buat diet Intermittent Fasting (IF) iaitu waktu makan di tetapkan. Antara waktu puasa itu di bolehkan minum air kosong. Boleh pilih nak buat 16:8 atau kurang dari itu. Ataupun 23:1 ataupun makan sekali saja sehari. 

Ada juga orang buat diet sihat eatclean. Maksudnya makan makanan rebus dan bakar saja dan lebihkan makan sayuran. Ada yang gabungkan pelbagai diet sihat ini untuk kesan yang lebih cepat dan positif. Ikutlah mana yang di rasakan sesuai untuk diri sendiri. Asalkan mendapat tubuh badan yang sihat.

Untuk aku, aku gabungkan diet Suku-suku Separuh(SSS) dengan Diet Intermittent Fasting(IF). Diet Eat Clean payah sikit nak buat. Aku masak hari-hari untuk keluarga aku. jadi tak berdayalah aku nak buat lauk lain pula untuk aku yang berdiet ini. Cuma kalau makan lauk yang berkuah, kurangkan kuah dan ambil isi saja. Boleh je kan....!

Aku benar-benar berdiet sihat ini adalah selepas hari raya puasa hari tu. Tapi sebenarnya aku sudah ke arah diet sejak bertahun dulu. Sudah lama aku jarang minum minuman manis dan keluarga aku juga sudah lama makan nasi dari  jenis beras rebus yang kurang berkanji. Cuma aku bermula diet SSS dan diet IF ini sebenar-benarnya adalah selepas hari raya puasa hari tu. 

Oleh kerana itu, selepas bulan puasa, berat aku masa tu adalah dalam 72kg dan kini berat aku adalah 66kg saja. Kurangnya dalam 6kg macam itu sajalah. Rasanya berat tertinggi yang pernah aku capai dalam beberapa tahun lalu dalam 75kg. Bulan April hari itu aku dapat rasakan berat melampau sikit tapi masa tu tak timbang. Bulan puasa dah turun balik, jadi aku ambil ukuran berat yang tertinggi tu sebagai panduan... heh!

Sekarang aku nak turunkan lagi lebih kuran 4kg saja lagi untuk mendapat berat ideal. Kalau lebih sangat kurus nanti, ada pula yang kata aku sakit teruk pula. Baru sebulan lebih saja aku mengamalkan diet ini. Itu pun ada yang sudah menegurnya. Tapi diorang ingat susut badan aku ini kerana penyakit diabetes. Tidaklah, ini diet untuk sihatlah!!

Aku suka dengan apa yang aku buat ni. Terasa lebih mudah berdiet dengan cara ini. Badan terasa jauh lebih ringan dan sihat sekarang. Walaupun nanti penurunan untuk aku mendapatkan berat ideal itu lambat, aku akan teruskan amalkan diet sihat ini. Lebih memudahkan dan lebih menyenangkan hati tau... !

Nak dapatkan tips dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Sihat itu mesti di cari, takkan nak tunggu sakit baru nak berdiet... lambat sudah!

7 comments:

  1. Berat badan rabia skrg pun naik.sebab kuat makan benda manis2.ni slow2 nk kurus ni.kdg2 pergi juga jogging.

    ReplyDelete
  2. Nak berdiet sihat tu yang susah.
    tak boleh nampak makanan sedap, terus lapar

    ReplyDelete
  3. dah makan berpada2 sbb dah ada penyakit2 tu..huhuhu

    ReplyDelete
  4. memang susah nak kurangkan berat badan, sekarang ni saya pun obes..nak turunkan berat punyalah susah

    ReplyDelete
  5. saya amek kesah. sebab dulu berat 68kg, sakit lutut yakmat. nak solat pun susah. ya lah, nak sujud tu :(

    ReplyDelete
  6. kena amik peduli perihal berat badan.
    tak le nak tekankan on 'gemuk' or 'kurus'.
    yg penting sihat. badan ringan. kan?
    aida pun on and off diet ni.
    amalkan eat clean. tak amik more than 1 gelas air manis sehari.
    makan mlm before 8 pm.
    air suam secukupnya.
    in shaa Allah...

    ReplyDelete
  7. kita tak suka gemuk. sebab ia nya boleh mengundang penyakit dan menjadikan payah untuk berbuat sesuatu. banyak halangan. kita yang pilih untuk hidup cara sihat. Bila kurus x semestinya berpenyakit :-)

    Kita pun dah lama amalkan IF. dan lupakan juga minuman manis.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...