14 August 2019

BSH (Bantuan Sara Hidup) Fasa 3 Tahun Ini Kredit Ke Akaun Penerima Mulai 28 Ogos ini.... Yeayh!

Mungkin ramai yang dah tahu, tapi mesti ada lagi yang belum tahu. BSH (Bantuan Sara Hidup) Fasa 3 tahun ini kredit ke akaun penerima mulai 28 Ogos ini. Tentulah aku suka, sebab aku salah seorang penerima BSH (Bantuan Sara Hidup Ini). Lega sedikit kehidupan, setelah perbelanjaan banyak di gunakan untuk menyambut Aidil Adha beberapa hari lalu.

BSH (Bantuan Sara Hidup)
BSH (Bantuan Sara Hidup) Fasa 3 Tahun Ini Kredit Ke Akaun Penerima Mulai 28 Ogos ini.... Yeayh!

Antara informasi yang di sebut dalam berita adalah pembayaran fasa ke3 Bantuan Sara Hidup (BSH), akan dilaksanakan mulai 28 Ogos ini, melibatkan hampir 3.6 juta penerima dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion, kata Kementerian Kewangan.

Katanya pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing, menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa ke 2 BSH.



Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan itu, sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari, dan fasa kedua pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima empat orang anak.

Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur, katanya.

BSH (Bantuan Sara Hidup) Fasa 3 Tahun Ini Kredit Ke Akaun Penerima Mulai 28 Ogos ini.... Yeayh!


Katanya bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos lepas, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada bsh@treasury.gov.my.

BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka.

Terima kasih kepada kerajaan kerana meneruskan program BSH demi kesejahteraan ekonomi rakyat dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) bagi meringankan kos sara hidup yang membelenggu rakyat kini.

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Mulalah berangan nak buat macam-macam dengan duit yang dapat tu... hahhh!

#kredit bernama

3 comments:

  1. Alhamdulillah, dapatlah penerima BSH memanfaatkan pemberian ini untuk mengurangkan kos sara hidup..

    ReplyDelete
  2. untung la :)
    dpt bsh. merasa la jugak something from kerajaan.
    dpt kurangkan beban sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  3. Tengs sharing kaknoor, post yg sangat menarik. Datang singgah sini nak ucap salam sayang dari blog baru: ematunz.blogspot.com

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...