06 August 2019

Khasiat Buah Nangka Yang Sedap Tapi Berangin

Hari ini waktu sedang mengunyah buah nangka yang di beri oleh abang sepupu en. suami semalam tergeraak hati nak cari artikel tentang khasiat buah nangka. Sedap buah nangka ni, warnanya kuning oren yang menggoda. Pokok nangka ini tumbuh sendiri di tepi rumah abang en.suami. Dengar kata tak taulah siapa yang menanam. Bila sedar pokok itu tumbuh dan membesar, mereka jaga dan kini berbuah agak lebat juga. Sudah beberapa musim dapatlah aku merasa.

Khasiat Buah Nangka Yang Sedap Tapi Berangin
Khasiat Buah Nangka Yang Sedap Tapi Berangin 

Buah nangka selain di makan begitu saja, ia boleh di buat serawa iaitu di makan bersama pulut dan santan. Juga boleh di buat bubur bersama gandum dan barli. Ada juga orang buat aiskrim dan di keringkan untuk di jadikan macam kerepek. Biji buah nangka juga sedap di rebus dan di makan begitu saja. Rasanya bagaikan makan kekacang yang lembut dan gebu.

Khasiat Buah Nangka Yang Sedap Tapi Berangin 


- Mengandungi potassium yang berkesan untuk kurangkan kemungkinan penyakit jantung sebab dapat turunkan tekanan darah.

- Kandungan zat besi di dalam buah nangka bantu mencegah anemia dan tingkatkan peredaran darah dalam badan.

- Fungsi nya sebagai pelindungi tiroid yang sihat. Galian mikro dan tembaga dalam nangka juga berkesan untuk metabolisme tiroid. Ini sangat baik untuk menghasilkan hormon dan penyerapan.

- Baik untuk kekalkan kesihatan tulang. Buah nangka kaya dengan magnesium yang menguatkan tulang dan mencegah tubuh daripada gangguan tulang seperti osteoporosis.



- Sumber makanan yang kaya dengan vitamin C dan A. Nutrisi anti-oksidan dalam nangka menguatkan sistem imun dan melindungi daripada jangkitan bakteria dan virus.

- Phyto dan vitamin C nangka mempunyai anti-kanser dan anti-penuaan. Boleh halang dari kanser dan lambatkan degenerasi sel untuk menghalang penyakit daripada penyakit degeneratif.

-  Gula semulajadi seperti fruktosa dan sukrosa dalam nangka menjadikannya sumber tenaga. Buah nangka boleh meningkatkan tenaga dan tidak mengandungi lemak tepu atau kolesterol.

- Nangka boleh sembuhkan penyakit dan gangguan pencernaan. Buah-buahan serat ini menghalang sembelit dan memudahkan pergerakan usus.

-  Nangka juga bermanafaat untuk kesihatan mata dan kulit. Buah ini mengandungi vitamin A yang mengekalkan kesihatan mata dan kelembutan kulit. Nangka juga menghalang gangguan mata seperti degenerasi makula dan buta malam.

Ekstrak dari akar dan daunnya yang kering di katakan juga adalah  ubat yang baik untuk orang yang pesakit asma. Menyalakan akar dan ekstrak nangka boleh membantu kawal penyakit asma.

Banyak  juga kan manafaat nangka ni. Ingatkan untuk makan sedap sajaWalau bagaimanapun, jangan makan terlalu banyak, kerana apa-apa yang diambil secara berlebihan pastinya tak baik untuk kesihatan. Di katakan nangka ini berangin nanti asyik membuang angin saja.  Untuk yang bertubuh sejuk di sarankan jangan memakan terlalu berlebihan. Merbahaya tu, takut sakit perut dan macam-macam lagi terjadi.

Nak tahu pelbagai informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Teringat akan pepatah 'siapa yang makan nangka dialah yang terkena getahnya. Memang bergetah sungguh nangka ini. Sekarang ini yang kopek isi dari buahnya yang terkena getah. Yang makannya rasa sedap je.. hurm!

kredit : FB No Or

5 comments:

  1. Geram tgk nangka yg masak kekuningan tu...

    ReplyDelete
  2. sedap nyer...
    tapi, betul la nangka ni berangin.
    asben aida sebutir pun dia tak boleh makan, sebab tulah.

    ReplyDelete
  3. Nangka ni saya suka kalau buat gulai nangka je... tp lepas tu... kena stand by minyak angin la...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...