04 August 2019

Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019

Semalam 3/8/2019, aku menghadiri majlis pertunangan Fatin iaitu anak buah en. suami. Majlis di adakan di rumah adik kepada en. suami di Seksyen 7 Shah Alam. Meriah majlisnya dengan makanannya adalah masakan Negeri Sembilan iaitu Masak lemak daging salai dan tempoyak daun kayu. Perghhhh...!!!

Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019
Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019

Yang lebih teruja lagi masakan ini semua di masak oleh kaum keluarga secara bergotong royong. Bukan seperti biasa di buat secara catering. Indah bukan majlisnya? Itu sebabnya makanan dan masakannya begitu bercitarasa Negeri Sembilan sejati. Ada juga di hidangkan ayam panggang, kambing golek dan juga char kuay teow yang di masak panas-panas di situ juga. Goreng pisang pun di goreng di situ juga.. huhu!



Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019


Makanan iringan lain iaitu pulut kuning, tapai, kek, brownies, kuih muih pun ada. Meriahnya bagaikan menghadiri sebuah majlis perkahwinan boleh di katakan begitu. Seronok juga dapat berjumpa saudara mara jauh dan dekat. Sampaikan en. suami payah untuk di ajak balik. Selalunya aku yang melekat. Ini terbalik pula. Hahaha!

Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019

Terasa sungguh aku telah meningkat usia apabila melihat satu persatu anak-anak buah telah berkeluarga. Kini giliran anak sulung keluarga adik iparku ini pula menyusul. Majlis perkahwinan di jadualkan berlangsung bulan 8 tahun depan iaitu bertunang selama setahun. Sebelum tarikh berkenaan tahun depan sibuklah pula membuat persiapan. 

Semoga pasangan ini berjaya menempuh tempoh pertunangan yang manis ini. Berjaya terus sampai ke jinjang pelamin dan seterusnya melayari alam perkahwinan pula. "Semoga berbahagia hingga ke jannah" Aaminnn :)

Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019
Tumpang Bergambar Di Majlis Pertunangan Fatin 3/8/2019

Nak baca pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Akan tiba masanya aku pula akan jadi tuan rumah majlis sebegini, menakutkan juga... hihi!

3 comments:

  1. tahniah buat Fatin dan pasangannya

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..
    Salam ukwah dari saya untuk anda..
    saya sudah follow anda

    Jom follow blog https://www.iyaseo.id/

    Tinggalkan komen dan saya akan cuba membalas komen anda..
    Saya akan berusaha membalas kunjungan anda jika berkesempatan..
    Komen yang baik2 sahaja ye..
    Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan..

    Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...