25 August 2019

Sup Ayam Sedap Yang Melimpah Dengan Sayuran Berwarna Warni... Wahhh!!

Salah satu makanan dan lauk kegemaran kami sekeluarga adalah sup ayam yang penuh dengan sayuran. Biasanya apabila berhari-hari makan lauk yang pedas menyengat, ada harinya nak pula makan yang berkuah dan berperisa lembut sahaja. Tak larat juga nak makan hari-hari masakan pedas, berminyak dan berlemak tu. Maka, terjadilah sup ayam yang melimpah dengan sayuran itu. Sesuai untuk orang berdiet juga... hehe!

Sup Ayam Sedap Yang Melimpah Dengan Sayuran Berwarna Warni... Wahhh!!
Sup Ayam Sedap Yang Melimpah Dengan Sayuran Berwarna Warni... Wahhh!!

Kebiasaannya ayam yang aku gunakan adalah dari lebihan apabila aku masak gulai ayam dan rendang. Bukannya lebihan apa, yang macam hujung-hujung kepak, leher dan tulang-tulang dan isi lebihan kecil dari ayam. Kadang-kadang ada juga pedal ayam. Jadi aku kumpulkan semuanya, simpan menjadi rencah bahan sup ayam yang sedap tau....



Sayur-sayuran boleh masuk apa saja yang sesuai. Aku suka sawi, carot, cendawan, seleri dan bunga kobis. Tapi boleh saja masukkan kobis, brokoli, bayam dan sayur lainnya juga. Jangan hadkan kreativiti anda untuk memasak. Kalau rasa nak tambah kek ikan( fish cake) pun boleh). Buat dan bubuh saja apa yang nak. Asalkan sedap untuk di makan. Oh ya, tomato jangan lupa, peberet tuh!

Sup Ayam Sedap Yang Melimpah Dengan Sayuran Berwarna Warni... Wahhh!!


Bahan-bahan :

1 cawan bahagian daging ayam yang telah di potong kecil
2 pokok sawi
1 paket cendawan
1/2 batang carot
1 ketul kecil bunga kobis
1 batang seleri
1 biji tomato
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 pokok daun bawang
1 paket sup bunjut
1/2 dari seketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
Air sebanyak mana yang disukai
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa.

Cara- :

Ayam di bersihkan di potong kecil. Sawi, bunga kobis, seleri , dan carot di di potong-potong ikut citarasa yang di sukai. Cendawan pula di siat-siat kecil dan tomato di belah empat atau 6. 

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Panaskan minyak masak. Tumiskan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang bersama bahan tumbuk.

Seterusnya bila dah kekuningan, masukkan sedikit air, sup bunjut, kiub ayam dan serbuk lada hitam. Renehkan sekejap, tambahkan air lagi. Masukkan ayam. Didihkan seketika. 

Selepas itu masukkan sawi, bunga kobis, seleri, dan carot. Didihkan kembali sehingga sayur empuk. Perasakan dengan garam dan gula. 

Masukkan pula tomato. Apabila tomato nampak dah lembut, tutup api.  Lepas tu bolehlah terus di angkat dan di hidangkan. Sedap di makan bersama nasi panas bersama sambal belacan tomato... huh!

Untuk menu diet, sup ini paling sesuai dan sedap. Hirup bersama nasi dan  pedaskan dengan sambal belacan baru power sekiranya tak lalu sebab tak terasa pedas Makan dengan meehoon dan mee pun sodap nih! Jadilah meehoon atau mee sup, tak gitu! 

Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI .

p/s: Anak-anak paling suka aku masak sup ni, seperiuk penuh mesti boleh habis... huhu!

4 comments:

  1. sedapnya lagi2 kalau time sup nie panas makan dengan nasi..

    ReplyDelete
  2. sedap kan.. kalau akak pulak suka kan kaki ayam dibuat sup. tak payah makan nasi. tu je pun dah sedap sangat.

    ReplyDelete
  3. Sama mcm saya, suka campak segala jenis sayur masuk dalam sup. Tapi semuanya dikutip buang anak² bila nak makanšŸ˜†

    ReplyDelete
  4. Sadapnyaaa. siap ada cendawan tu mmg onz la cerita dia hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...