10 September 2019

Chapayom, Satu Port Makan Menarik, Rehat Lepaskan Penat Selepas Shopping Di Central I-City Mall, Shah Alam

Kelmarin, aku terperasankan satu port makan menarik iaitu 'Chapayom' sewaktu  aku keluar berjalan-jalan di sebuah shopping complex ni bersama anak-anak.  Nak dijadikan cerita jalan punya jalan, bila dah letih dan haus, anak-anak sibuk ajak berehat dulu. Aku pun melilau cari satu  port makan menarik yang sesuai untuk kami rehat lepaskan penat. 'Chapayom', unik dan agak janggal nama tu tapi bila dah berulangkali sebut, sedap pula untuk di ingat... hehe!

Chapayom, Satu Port Makan Menarik, Rehat Lepaskan Penat Selepas Shopping
Chapayom, Satu Port Makan Menarik, Rehat Lepaskan Penat Selepas Shopping
Selain nak cari barang-barang rumah dan barang dapur, aku nak keluar meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak sebenarnya. Anak-anak pula teringin nak merasa milk tea yang ada bulat-bulat hitam @ boba dalam air tu. Di Chapayom kebetulan ada di jual milk tea sebegitu. Aku order perisa read tea dan green tea. Suka lah anak-anak dapat merasa air minuman idaman mereka itu. Sedap sangatlah , kata anak-anak.

Chapayom, Satu Port Makan Menarik, Rehat Lepaskan Penat Selepas Shopping Di Central I-City Mall, Shah Alam


Untuk makanan pula, mula-mula aku order tomyam instant noodle. Aku dan anak-anak dah makan tengahari kat rumah, Cukuplah order satu. Tengok noodle ni yang ada fishball dan crab stick dah nampak sedap. Betul lah sedap kata anak-anak aku. Aku rasa sikit, memang sedap dan terbaik. Aku pula order pula somtam. Sesaja nak mencuba. Rasa masam-masam pedas somtam tu sesuai sungguhlah dengan tekak aku ni.... Wah!



Tak cukup nak makan lagi, order pula bebola pulut mangga dan bebola pulut nangka. Tengok dia punya hidangan apabila sampai ke meja pun sudah begitu sedap, apalagi dengan  menjamahnya masuk ke mulut. Sesuai rasa apabila mangga dan nangka di gandingkan dengan pulut ini.  Memang terbaik makanan ini. Terasa macam dah sampai ke negara Thailand gittew!!

Chapayom, Makanannya Yang Menarik Dan Sedap
Chapayom, Makanannya Yang Menarik Dan Sedap
Kekenyangan kami di buatnya di situ. Ada makanan dan minuman sedap mestilah di kongsi kepada semua agar sesama kita dapat merasa kesedapannya. Kalau korang semua singgah di Central I-City Mall, Shah Alam, rugi kalau tak menjengah ke sini merasa makanan dan minuman yang di jual di Chapayom ini. Sedap-sedap belaka tuh! Oh ya, lupa nak beritahu lokasi Chapayom ni tingkat LG berdekatan pasaraya barang-barang dapur. Selang beberapa buah stall dari depan pasaraya tu, jumpalah... huhu!

Chapayom, Thai Milk Tea Ada Boba Tuh!
Chapayom, Thai Milk Tea Ada Boba Tuh!
Sedikit info Thai Tea yang di gunakan di Chapayom ini 100% serbuk teh asli dan resepi original dari Thailand. Thai Tea dibrew dengan daun teh premium bukan serbuk. Menariknya lagi tentang Chapayom ni ada pelbagai pilihan teh dan minuman lain selain  Thai milk green tea, Thai milk red Tea ada Thai milk rose tea, Thai cocoa dan Thai lime rose tea. Nanti lain kali bila kesini aku nak cuba kesemuanya.

Nak baca pelbagai informasi dan cerita di blog ini, klik SINI

p/s: Teringat-ingat aku lagi somtam Chapayom yang  masam-masam manis pedas tu. Sesuai dengan selera aku yang sedang berdiet ni. Nanti nak datang lagi... hihi!

5 comments:

  1. uishh memalam pulak bukak entry ni. bebola pulut nangka tu 1st time tgok and tau

    ReplyDelete
  2. ya allah. sedapnya tengok. terus lapaq. haha

    ReplyDelete
  3. wah.. colorful dia punya pulut.. menarik sangat..

    ReplyDelete
  4. Selalu lalu tapi tak berkesempatan lagi nak try

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...