18 September 2019

Mat Bangla Seiras Aiman Tino, Lebih Handsome Dan Manis Lah... Hahaha!

Wahhh.... ada Mat Bangla seiras Aiman Tino tuh! Mengekek aku ketawa apabila terjumpa video Aiman Tino versi Bangla di twitter Danny @danielshzreel. Betullah bagai di kata. Ada 7 orang serupa di dunia ini. Ini salah satunya yang serupa, Mat Bangla Aiman Tino. Pernah juga aku lihat di laman sosial, Aiman Tino versi perempuan. Seiras jugak tu... hahaha!

Mat Bangla Seiras Aiman Tino, Lebih Handsome Dan Manis Lah... Hahaha!
Mat Bangla Seiras Aiman Tino, Lebih Handsome Dan Manis Lah... Hahaha!

Apapun ini nak cerita tentang Aiman Tino versi Mat Bangla. Nampak kat video tu Mat Bangla itu tengah lipat kain putih menimbun. Mesti Mat Bangla ini kerja di hotel. Tapi memang nampak seiras sangat dengan Aiman Tino cuma warna kulit tu hitam manis. Senyumannya tu memang lebih menawan aku rasa dari Aiman Tino yang sebenar. Aku kan suka lelaki berkulit gelap.... hehe!



Mat Bangla Seiras Aiman Tino, Lebih Handsome Dan Manis Lah... Hahaha!


Macam-macam komen di twit oleh ramai orang di video tu. Memang menjadi idola sungguh Mat Bangla ni. Ada yang kata lebih handsome dari Aiman Tino. Telahan mereka agak sama macam aku juga. Senyumannya pun di katakan manis dan serupa sangat dengan the real Aiman Tino.

Twit Mat Bangla Seiras Aiman Tino
Twit Mat Bangla Seiras Aiman Tino

Paling kelakar si penghantar video ini di laman twitter di katakan serupa Jep Sepahtu. Tu yang ada di gambar bersama Aiman Tino versi Bangla tu la. Ya lah, ada rupa Jep Sepahtu juga. Oh ya, betullah Mat Bangla ini kerja di hotel apabila aku baca twit seterusnya dari twitter ni. Kalau nak jumpa Mat bangla ni, pergilah ke Fraser Hill. Di kerja di sana. Panjatlah Bukit Fraser tu tau. 

Tak taulah pula kalau dia ni boleh menyanyi macam Aiman Tino ke tidak. Kalaulah menyanyi, kot-kot lagu dalam bahasa Urdu sahaja yang di ketahuinya. Jadi, jangan haraplah dia nak tengok dia nyanyi lagu hit Aiman Tino tu, yang tajuknya 'Aku Rela Di Benci' tu... kah kah kah!

Tak boleh di nafikan lagi ia menjadi satu fenomena juga lah. Dulu aku pernah tengok di FB, Mat Bangla seiras Adi Putra dengan Remy Ishak juga. Kini ada Mat Bangla seiras Aiman Tino pula. Selepas ini, artis mana pula yang terkena muka iras-iras Bangla.. Apa nak kata, baru satu dua orang yang menyerupai. Bukankah di dunia ini ada 7 orang berwajah serupa dalam satu-satu masa... Kan!

Nak baca catatan dan cerita di blog ini, klik SINI

p/s: Merepek meraban pula aku dengan cerita Bangla seiras ni... hahah!



4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...