15 September 2019

Petua Yang Membuatkan Kerja Memasak Akan Menjadi Mudah Dan Menyenangkan

Kadang-kadang ada orang yang merasakan memasak ini perkara yang leceh dan menyusahkan. Tetapi kalau kena cara dan mengikuti petua ini, insya'allah kerja memasak akan menjadi mudah dan menyenangkan. Makanan pula pasti akan menjadi sedap apabila kita gembira dan ikhlas melakukannya. Siapa sangka dengan hanya mengikuti petua, kerja memasak akan menjadi mudah dan menyenangkan 

Petua Yang Membuatkan Kerja Memasak Akan Menjadi Mudah Dan Menyenangkan
Petua Yang Membuatkan Kerja Memasak Akan Menjadi Mudah Dan Menyenangkan

Bukan semua orang suka dengan kerja masak memasak ini. Ada tu, lebih suka makan ataupun membeli di kedai.Tapi kalau seringkali makan ataupun membeli di kedai, menjemukan juga kerana lauk yang di sediakan bukannya sedap dan biasanya tak memenuhi citarasa. Nak tak nak kena juga menggilap skill memasak walaupun tak berapa pandai dalam kerja memasak ni... hehe!



Marilah kita ikuti petua-petua ini. Manalah tahu, nanti skill memasak akan menjadi setaraf hotel lima bintang atau kalau tidak pun dapat menjamu seisi keluarga, saudara mara dan sahabat handai dengan air tangan kita sendiri. Nanti bolehlah senyum sampai ke telinga apabila ada yang memuji akan kesedapannya.. haha!

Petua Yang Membuatkan Kerja Memasak Akan Menjadi Mudah Dan Menyenangkan


- Petua agar tidak pedih mata apabila mengupas bawang, sebelum kupas letakkan bawang dalam 10 - 15 minit ke dalam peti ais. Kupas seperti biasa, Kesejukan bawang menjadikan mata tidak  pedih lagi. Boleh juga rendam bawang dalam air garam selama 5 - 10 minit. Ini juga menjadikan kerja mengupas bawang lebih mudah tanpa memedihkan mata.

- Petua mengelakkan ayam, ikan, hati ayam atau apa saja makanan bergoreng dari terpercik semasa menggoreng adalah dengan melumur bahan tersebut dengan tepung jagung bersama garam dan kunyit. Nescaya minyak tidak lagi terpercik keluar dari kuali. Bolehlah menggoreng dengan aman.

- Petua untuk mengelakkan makanan  bergoreng melekat di kuali terutamanya ikan adalah dengan memasukkan sekeping asam gelugur atau asam keping sewaktu menggoreng ikan atau apa saja makanan yang melekat. Kalau tiada asam keping, boleh gunakan kulit limau . Nescaya  ikan goreng mudah di tanggalkan dan gorengan pun menjadi cantik.

-  Petua untuk menjadikan masakan sambal menjadi cantik merahnya, adalah dengan menggoreng cili dengan lebih lama iaitu pastikan sambal cili berwarna merah hati dan pecah minyaknya serta masukkan gula merah untuk menyedapkan masakan. 

- Jikalau masakan kita terlebih masin iaitu terlebih garam, untuk kurangkan rasa masinnya adalah dengan memasukkan sekeping dua kentang kedalam masakan itu sampai kentang empuk. Nescaya akan kuranglah masin masakan itu.

- Nak simpan tomato supaya tomato tak cepat lembik/busuk, simpan dalam bekas bertutup. Tapi jangan di basuh tomato itu dulu. Nak di gunakan nanti, baru basuh tomato bersih.

- Petua melembutkan daging adalah dengan memasukkan 1 sudu besi kedalam rebusan daging. Boleh cepat empuk katanya. Cara yang lebih mudah, gunakan periuk pressure cooker.... heh!

- Petua nak bagi timun sentiasa rangup untuk buat jelatah atau acar darat, rendam timun yang telah di potong ke dalam sebekas air kapur. Selepas itu basuh bersih dan boleh di gunakan untuk di buat jelatah yang sedap.

- Petua nak elak nasi cepat basi, cuci beras bersih dan masak nasi bersama 2 ke 3 cubit garam. Insya'allah nasi tahan lama. Kalau nak betulkan kembali nasi mentah, renjiskan air garam dan air panas atas nasi. Balik-balikkan nasi dan masak semula sampai berwap.

- Petua simpan taugeh agar kekal segar sehingga seminggu, rendam dalam air garam dan simpan dalam bekas bertutup dalam peti ais.

- Petua ayam goreng yang sedap, tumbuk lumat 2 - 3 ulas bawang putih bagi setengah ekor ayam. Lumur bersama garam dan kunyit.  Goreng garing, ayam akan rasa lebih sedap. Nak merangupkan ayam pula, tambah tepung jagung dan perahkan jus limau ke dalam bahan lumur untuk ayam. Ayam akan lebih garing, rangup dan sedap... gittew!

- Petua nasi lemak cepat masak, letak satu sudu besi kedalam periuk nasi lemak yang hendak di masak. Masak nasi lemak seperti biasa. Insya'allah nasi lemak cepat masak dan cantik kejadiannya.

- Nak simpan tauhu supaya tahan lama, rendam tauhu dalam air panas sehingga air sejuk. Selepas itu, simpan dalam peti ais. Simpan berhari-hari lamanya masih elok dan tidak masam dan basi.

- Petua untuk memekatkan sup yang terlebih cair kerana terlebih masuk air, masukkan sedikit kentang rebus yang di lecek ke dalam kuah sup. Kuah sup menjadi lebih pekat dan sedap tau... hihi!

Banyak lagi sebenarnya petua yang boleh di ikuti tapi cukuplah dulu setakat ini. Nanti kita kupas lagi pelbagai petua yang akan di kongsi di blog ini. Petua ini pun hanya petua yang biasa-biasa saja yang ramai dah tahu. Ini hanya sekadar untuk meningkatkan daya ingatan aku saja... huhu!

Untuk pelbagai petua dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Moga memberi manafaat pada kita semua... !

#pic fr google


2 comments:

  1. Perhhh byk tips berguna. masak tu senang, nak sediakan bahan masak tu yg malas sebenaqnya hahaha

    ReplyDelete
  2. wahhh banyaknyaa tips. harapnya lepasni saya makin rajin lah ke dapur hehehehe

    by the way, if you dont mind boleh tak pergi blog saya, unfollow blog saya lepastu follow balik? sebab saya tukar link blog baru. takut tak masuk dalam reading list. thankyou in advance. if awak tak kisah lah

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...