20 September 2019

Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

Hari ni aku nak kongsi di sini cara nak buat scroll box untuk blog list. Aku buat ini kerana sedang nak cari balik apabila nakdi gunakan fungsi scroll box ini di blog aku. Aku tau, ramai blogger yang dah tahu cara nak buat scroll box ini. Senang kalau letak blog list yang panjang nak di pendekkan. Kalau tidak, memanjang jadinya template blog tu. Tak cantik lah rupanya.

Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List
Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List

Dulu-dulu dah aku buat untuk blog-blog aku yang lama. habis hilang sudah, akibat asyik tukar-tukar blog list dan template. Nak guna balik tercari-cari fungsi ini di google. Lebih mudah aku letak di blog aku sendiri. Lain kali cari entri di blog sendiri. Lebih senang dan memudahkan cara. Tak gittew....!



Senang saja caranya tapi nak mengingatkan tang mana dan kod apa yang nak di ubah tu agak mencabar juga. Kena berhati-hati sungguh untuk membuatnya. Tak bolelah di hentam keromo. Nanti berterabur coding blog. Jadi, pandai-pandailah nak baca coding dan paste dengan cermat. Taklah susah tapi ada juga yang cerewetnya.

Tutorial Cara Nak Buat Scroll Box Untuk Blog List


- 1 - Sign in Blogger > Design > Edit Html > Tick Expand Widget Templates

- 2 -  Selepas tu  kena cari tajuk blog list korang (bergantung pada tajuk blog list masing-masing ), Biasanya 'Blog List'

- 3 - Kalau dah jumpa tajuk blog list korang, korang akan jumpa kod di bawah ini berhampiran tajuk blog list korang.

<div class='widget-content'>

- 4 - Bila korang dah jumpa kod di atas, korang replace/tukarkan dengan kod  di bawah ini.

<div class='widget-content' style='overflow:auto; width:ancho; height:200px;'>

- 5 - Height yang bertanda merah tu korang boleh tukar ikut berapa blog list yang korang nak nampak di blog dalam satu-satu masa sebelum di scroll.

- 6 -  Sekarang dah siap!..so mesti preview dulu, kalau menjadi silalah SAVE. Kalau tidak, ulang balik mana tau, kot tersalah letak. Itu saja.

Harap  pada sesiapa yang tengok cara aku ini, boleh memahaminya. Kalau tidak, gunakanlah fungsi google untuk mencari tutorial blog list dari para blogger yang lain. Berlambak di lamam google tutorial cara buat blog list ini. Aku buat ini sekadar untuk pemahaman aku saja... yer!

Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Senang kerja aku nanti bila sudah ada tutorial ini di blog sendiri. Aku beria-ia dengan blog list ini sebab nak letak list peserta Giveaway Blogger Merdeka di blog list blog aku ni...huh!

8 comments:

  1. boleh cuba nanti.. slalu suruh org buatkan jer hihi

    ReplyDelete
  2. terima kasih ajar... tp kak kenapa blog sy kat list tu mcm tak berupdate. post yg ada tu bukan yg latest.

    ReplyDelete
  3. bagus tu. abam kie pun dah lama buat scroll box ni. kemas n cantik.

    ReplyDelete
  4. takpeee lpasni pun tahu dah la ain nk cri tuto ni dkt mana takyah google cri je dkt blog akak hehe

    ReplyDelete
  5. Mudah nak cari entri, betul tu.. Biasa sy cari blog yg ade blog list macam ni.. Sbb tak letak kat blog sndri macam ni hehehe

    ReplyDelete
  6. saya pun pakai juga scroll box ni. sgt memudahkan

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian yang ohsem ini..

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...