12 October 2019

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri, Masakan Kampung Sangat....

Lauk masakan kami sekeluarga ini adalah pisang muda masak lemak cili api bersama udang dan tenggiri. Masakan kampung sangat kata anak-anak aku.  Tapi yang tak boleh nak fikir dengan otak aku ini, en.suami minta aku campur dengan udang dan ikan tenggiri. Tak pernah di buat orang sampai dua jenis lauk sekali satu periuk masak lemak cili api. Dah dia nak juga di masukkan, jadilah pisamg muda masak lemak cili api dengan dua jenis lauknya... haihh!

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri, Masakan Kampung Sangat....
Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri, Masakan Kampung Sangat....

Pisang muda ini hanya orang kampung saja makan, kata anak-anak. Orang bandar tak tau pisang muda boleh di buat gulai. Dorang semacam pelik bila en. suami bawa sesikat kecil pisang muda dari pasar. Dorang siap tanya,tak pahit ke nanti rasa pisang muda tu. Insya'allah tak kan terasa pahit, hanya terasa sedap, lembut dan gebu saja pisang itu nanti. Akulah yang jawab tu... heh!



Diorang pun tak tahu yang pisang muda boleh di rebus dan makan cicah gula dan kelapa parut. Boleh juga di cicah sambal tumis. Di bandar mana nak dapat pisang rebus. Yang ada di jual orang adalah goreng pisang saja dan sekali sekala aku ada buat pengat pisang atau lepat pisang. Pisang muda rebus inilah  antara sarapan pagi orang kampung zaman aku kecil dulu.. huhu!

Resepi Pisang Muda Masak Lemak Cili Api Bersama Udang Dan Tenggiri, Masakan Kampung Sangat....


Bahan-bahan: 

2 keping ikan tenggiri saiz kecil
1 cawan udang saiz sederhana
2 cawan santan pekat
Sesikat kecil pisang muda ( dalam 5-6 biji)
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara: 

Ikan tenggiri di bersihkan. Udang di buang kepala dan ekornya dan di bersihkan juga  Pisang muda di siat kulit luarnya dan di potong-potong membulat. Cuci hingga bersih.

Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah dan bawang putih. Serai di titik hujungnya dan daun kunyit di carik-carik sahaja.

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai dan daun kunyit. Masukkan juga secawan santan pekat dan secawan air. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Seterusnya masukkan pisang muda.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah mendidih masukkan ikan tenggiri dan udang. Masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Kacau dengan berhati-hati agar ikan tidak hancur berselerak. 

Apabila ikan dan udang  menunjukkan tanda masak iaitu isi ikan menjadi lembut dan hampir terlerai dan udang bertukar warna kemerahan, juga pisang muda telah lembut dan empuk, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Lauk masak lemak cili api ini sentiasa sedap di tekak kami sekeluarga. Tak jemu-jemu en. suami minta di masakkan. Esok atau lusa, entah apa lagi variasi masak lemak cili api yang akan aku buat. Bergantung apa saja jenis lauk dan sayuran yang di beli en. suami dari pasar. Ikutkan ajelah... !

Nak mendapatkan macam-macam resepi di blog ini, kili SINI yer!

p/s: Sedap masakan lemak cili api ini. Tapi tak boleh di ikutkan tekak sangat. Diet suku suku separuh aku ini kelaut dalam lah selalu... huhu!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...