11 November 2019

9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka, Pasti Menggiurkan Tekak

Kuih talam adalah antara resepi turun temurun orang Melayu yang sentiasa mendapat perhatian orang ramai dengan citarasanya yang sedap. Di sini aku nak simpan resepi aneka kuaih talam yang sedap untuk lebih senang aku mencarinya apabila di perlukan . Resepi aneka kuih talan ini aku dapat di FB dan blog. Terima kasih pada si pemmberi resepi yang sudi berkongsi.

9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka, Pasti Menggiurkan Tekak
9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka, Pasti Menggiurkan Tekak

Seronoknya membuat kuih talam jika menjadi. Tidak kisah lah jenis kuih talam apa pun.  Asalkan kuih talam. Boleh dimakan pada bila-bila masa. Kuih talam ini boleh dijadikan sebagai sarapan, minum pagi, minum petang atau pencuci mulut. Cukup menyelerakan apatah lagi di bulan puasa. Kuih talam ini memang kegemaran sungguhlah...!



Tapi itulah, nak membuat kuih talam ini resepinya tak boleh nak main agak-agak. Kalau tak kena sukatan, tak cantiklah kejadian kuih talam nya. Boleh jadi lembik, merekah, melekit dan sebagainya. Apabila menjadi,  nak lompat bintang pula rasanya. Tambahan lagi dapat pujian suami dan anak-anak... huhu!

9 Resepi Aneka Kuih Talam Yang Sedap Belaka, Pasti Menggiurkan Tekak


-1- Talam Keladi

sumber: kisahresepi.com

Bahan lapisan Bawah (A)1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung kanji
1 sudu gula
2 cawan air
2 cawan santan
250 gram keladi - dipotong dadu dan dicelur

Bahan lapisan Atas (B)
5 butir telur ayam
1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
2 1/2 cawan santan
Sedikit pewarna ungu

Cara-cara:

Satukan bahan A ke dalam periuk dan kacau di atas api hingga sedikit liat. Tuang ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

Satukan bahan B dan kacau di atas api sehingga panas berwap dan tuangkan ke atas lapisan pertama tadi. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 hingga 20 minit,

Setelah masak, bolehlah di angkat. Potong apabila benar-benar sejuk. Selamat mencuba.

- 2 - Talam Pisang

Sumber: My Resepi

Bahan Bawah
1 cawan pisang - potong dadu atau lecek
1/2 cawan gula pasir
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung kastad
2 cawan santan cair
secubit garam
sedikit pewarna kuning
1/2 sudu kecil esen pisang

Cara membuatnya :
Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau sapukan minyak sekiranya tiada daun pisang. 

Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang. Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit. Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.

Bahan Atas :
1 cawan tepung beras
3-4 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Cara membuatnya:

Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata. Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar. Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah Kukuskan lagi 20 minit.  Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan.

- 3 - Talam Labu

Sumber: dapuryanalicious

Bahan-bahan: 
1 cwn labu lecek
2 cwn tepung beras
1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
3/4 cwn gula
Secubit garam
4 cwn santan

Cara-cara:

Semua tepung + gula + garam disatukan dlm bekas & masukkan santan.. Kacau sampai sebati Bahagikan kepada 2 adunan. 1 adunan masukkan labu lecek, kacau sebati. 1 adunan lagi ditambah lagi garam, agak ada rasa masin.

Panaskan kukusan & panaskan loyang juga. Pastikan loyang dah panas, masukkan adunan putih.. kukus 20 minit. Lepas tu masukkan pula adunan labu, kukus lagi 30-40 minit.. Siap.!

- 4 - Talam Durian

Sumber: MSK HOME BAKERY

BAHAN2 A :

1 cawan tepung beras
2 sb tepung kastard
( ayak bahan2 ini )

1 cawan isi durian
110gm gula ( durian yg di gunakan jenis manis. Klu uolls guna yg kurang manis bole tambah siket lagi gula )
2 cawan santan cair ( Saya guna santan kotak. 40% cawan santan dan 60% air..agak2 la ye bila campurkan santan dan air dlm cawan tu )
1/2 sdt pewarna kuning

CARA BUAT LAYER DURIAN :

Isi durian kisar dulu agar licin..saya guna food processor. Masukkan semua bahan2 dlm blender..blend sampai licin dan tepung tak bergentel2. Kalau rasa tak licin..tapis adunan.

Panaskan alat pengukus..saya just guna kuali. Masukkan adunan dlm loyang, pastikan air kukusan betul2 berwap. Tutup loyang tadi..cover atas dia dgn aluminium foil supaya air wap tak jatuh dlm kuih ketika dikukus. Kukus 20 minit.

Sementara dikukus..buat layer atas pula ...

BAHAN2 LAYER ATAS :

2 cawan tepung beras
3 sdb tepung jagung
( ayak tepung2 ni )
2 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak. 80% santan n 20% air utk sukatan 1 cawan )
1 sdt garam halus

CARA BUAT :

Satukan semua bahan2 dlm blender...blend smpi licin..then tapis. Cukup 20 minit layer durian dikukus..buka tutup pengukus, buka aluminium foil yg tutup loyang...tuangkan adunan atas. Tutup semula loyang dgn aluminium foil. Pastikan air kukusan cukup, tambah air panas klu air da nak kering!!!

Tutup pengukus...kukus lagi utk 30 minit. Dan cukup 30 minit...buka tutup pengukus dan aluminium foil,  biarkan  ia rehat  sekejap. Then saya  letak loyang kuih  talam dlm bekas lagi besar berisi air ais
(supaya cool cepat ) Siap...selamat mencuba semua.

- 5 - Talam Suji

Sumber: Yati Memories

BAHAN2 UTK LAPISAN BAWAH

Bahan (A)
180gm tepung suji @ semolina
450gm air
Bahan (B)
220gm gula castor
2 biji telur
200ml santan (saya guna santan kotak M & S)
250ml air
pewarna kuning

Cara-caranya:-
Rendam bahan-bahan A selama 30 minit. rendam dalam periuk. Satukan semua bahan-bahan B dalam bekas, kacau rata dan tapis masukkan dalam periuk yang mengandungi bahan A. 
Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. Kacau biar keras sedikit (adunan akan nampak seperti terangkat sedikit dari periuk)

Guna loyang 10 x 10 x 2 @ 3. sapukan sedikit minyak dan lapik plastik diatas loyang supaya senang untuk mengeluarkan kuih talam. Kukus selama 25 minit.

BAHAN2 UTK LAPISAN ATAS

Bahan (A)
300gm gula merah
50gm gula castor
500ml air
Bahan (B)
150gm tepung gandum
3 biji telur
250ml santan (saya guna santan kotal M & S)
1/2 tsp garam

Cara-caranya:-
Rendam bahan-bahan A sekejap untuk hancurkan gula atau anda boleh masak sehingga gula merah hancur dan sejukkan. Satukan semua bahan-bahan B, kacau sehingga rata. Masukkan bahan B kedalam bahan A dan tapis.

Kacau atas api yang sederhana dengan senduk kayu. jangan pekat dan jangan cair sangat. Tutup api dan guna pemukul telur untuk ratakan adunan. Tuang keatas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit. Siap!

- 6 - Talam Kacang Merah

Sumber: Iza Zubaidah

Lapisan bawah
BahanA
200g kacang merah rendam semalaman kemudian rebus hingga empuk

Bhn B
220g tepung beras
1sdb tepung Jagung
250ml Santan
600ml air
150g gula
1sdt garam

Bancuh bhn B Dan tapiskan. Masak hingga naik WAP. Masukkan kacang yg telah direbus Dan gaul rata. Tuang ke dlm Loyang 10x10 yg telah disapu minyak Dan dialas plastik. Kukus selama 25 minit. Cucuk dgn garfu sblm tuang lapisan at as.

Lapisan at as
180g tepung gandum
250g gula
2bj telur
250ml Santan
500ml air
1/2 sdt garam
1/2 sdt perisa kacang merah
Letakkan pewarna merah + sedikit warna kuning telur

Bancuh semua bhn. Masukkan telur yg tlh dikocok terlebih dahulu. Masak hingga naik WAP. Tuang ke atas lapisan bawah. Kukus 25minit..

Tunggu kuih betul2 sejuk baru boleh potong

- 7 - Talam Ubi

Sumber: Amie Samuri

Lapisan Atas :
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 sb tepung ubi (sy tambah)
4 cawan santan pekat
1/2 sk garam

Lapisan Bawah :
4 cawan ubi (diparut, ditapis atau perah airnya dan sukat 4 cawan) air perahan tak boleh guna, pahit.
1 1/2 cawan gula merah
1 cawan santan
2 sb tepung ubi (sy skip)

Cara : masak sebentar lapisan bawah dalam 5minit (boleh juga terus dikukus) Masukkan dalam loyang. Kukus dalam 15 minit dan masukkan pula lapisan atas dan kukus lagi hingga masak.

Sapu minyak/butter pada loyang atau lapik plastik sebelum mengukus.

- 8 - Talam Cendol

Sumber: kisahresepi.com

Bahan-bahan A :

200 gm tepung beras*
250 ml santan pekat*
450 ml air*
1 sudu makan tepung jagung*
150 gm gula kastor
1 sudu teh garam

Bahan B :

200 gm cendol

Cara-cara penyediaan:
Satukan bahan-bahan yang bertanda * dan tapis ke dalam periuk. Masukkan bahan lain di dalam A. Masak bahan A sehingga naik wap (jangan sampai pekat sangat, sekejap sahaja atas api, guna senduk kayu untuk mengacau. Kacau sentiasa dan bila terdapat ketulan tepung di senduk kayu, tutup api dan guna hand whisk untuk ratakan adunan tersebut).

Angkat dan masukkan cendol. Gaul rata. Masukkan ke dalam loyang 10" X 10" X 2" yang telah disapu dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik. Kukus selama 25 minit.

- 9 - Talam Pandan

Sumber: Lia Yob Ibrahim

Lapisan Bawah

8 helai daun pandan
3 cawan air
1 kotak kecik santan kara (nak guna santan kelapa pun boleh)
1 cawan gula pasir
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi.

Caranya.

Blend daun pandan dgn air. Tapis ambil air dia je. Masukkan semua bahan dan kacau.. Lepas dah larut semua, tapis ke dlm bekas lain.

Sediakan loyang 10 x 10 inci. Lapikkan dengan plastik. Tak mo lapik ngan plastik pun boleh tapi sapu ngan minyak dulu.

Tuang adunan pandan kat dlm loyang. Kukus atas kukusan yang dah sedia mendidih airnye ye selama 20 minit. Api jangan terlalu besar, jangan terlalu kecik. Sederhana.

Lapisan atas.

1/2 cawan tepung ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 kotak kecik santan kara (apa brand pun tak pe)
1 sudu kecik atau secukup rasa garam
3 cawan air

Cara:

Masukkan semua bahan, kacau dan tapis sesiap. Bila adunan lapisan bawah dah cukup 20 minit masukkan terus ke dalam loyang. Tak perlu turunkan kukusan. Tuang je terus. Tapi hati hati ye.

Kukus selama 20 minit lagi. Cukup 20 minit buka penutup kukusan. Kalau ada air dalam loyang, mengiringkan supaya senang ceduk dan buang air tu. Siap. 

Tunggu sejuk baru potong. Adunan ni jadi lembut pastu kenyal kenyal jer. Sedap sangat. 

Wah, 9 resepi aku dah kongsi di blog kesayangan aku ini. Moga ada kesempatan aku nak buat satu persatu resepi ini. Tengok pada paparan gambar, sememangnya kuih talam adalah satu makanan yang menggiurkan tekak aku... huh!

Aku memang penggemar kuih talam tapi sejak 2 menjak ini aku had kan seketul 2 sahaja sekali makan. Untuk menjaga badan di sebabkan kemanisannya. Di sebabkan itu aku beli saja. Kalau buat, confirm makan berketul-ketul... haha!

Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Berangan sokmo nak buat tapi entah bila tu... hehe!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...