15 November 2019

Burger King Malaysia: swipe it, flip it, share it.

Apa itu Burger King di fikiran aku. Lantas aku terbayangkan seorang raja sedang makan seketul burger tersedap di dunia. Merepek aku ni... hahaha! Seriuslah sikit! Pemikiran di jangkauan kotak pula. Sebuah tempat makan yang menyajikan makanan sedap, mengenyangkan, lengkap dengan sayur, karbo dan protien dan senang di makan iaitu burger yang tersedap seantero dunia. Burger di raja iaitu Burger King... cewah!

Teruja Menganga Nak Makan Burger King... hoho!
Teruja Menganga Nak Makan Burger King... hoho!
Burger King adalah sebuah restoran makanan segera yang menyajikan makanan segera iaitu burger yang bersaiz besar. Inilah yang sebenarnya. Bukan hanya roti burger saja bersaiz besar tapi setiap bahannya juga adalah besar dan banyak. Ini menyebabkan ia sangat mengenyangkan dan berbaloi untuk di beli dan di makan dengan harga yang berpatutan...gittew!



Makan burger ini sangatlah mudah saja. Dalam seketul roti burger sudah siap segalanya iaitu daging atau ayam, sayur dan segala bagai bahan untuk perencah rasanya. Jadi, boleh terus makan tanpa ada menu iringan lainnya. Boleh makan menggunakan sebelah tangan saja. Tangan sebelah lagi boleh ketuk keyboard PC menyiapkan kerja. Itu sebab ramai yang menggemari burger sebab mudah mengerjakannya. Kunyah-kunyah dah kenyang... hehe!

Anak-anak kalau di beritahu nak makan  burger, sudah semestinya bersorak kegembiraan tanda suka sangat. Sesekali apabila keletihan atau ada yang nak di buat tanpa perlu meninggalkan perkerjaan dan tak perlu memasak. Inilah caranya untuk mengenyangkan perut seisi keluarga apabila sesekali di landa kesibukan. Anak-anak suka dan ibubapa pasti berpuashati dengan rasanya yang sedap dan mengenyangkan.

Burger King Yang Kunyah-kunyah Dah kenyang... Sedap!

Burger King di jadikan menu minum petang dan ajak anak berkelah di taman permainan juga adalah salah satu aktiviti riadah hujung minggu yang boleh di buat oleh ibu bapa. Seronok sangat sambil menikmati pemandangan indah dan berjalan-jalan di taman sambil makan Burger King. Tak perlu bawa banyak barang seperti pinggan dan sudu. Hari anda akan menjadi indah apabila dapat melayan anak bermain berkejaran sambil menjamu selera dengan Burger King.

Burger King Malaysia: swipe it, flip it, share it. 


Burger King ini boleh di hantar melalui delivery sekiranya tiada masa dan tak sempat ke restorannya. Boleh pilih burger pilihan yang di kehendaki dan di hantar terus ke pintu rumah anda. Tak perlu susah-susah menghabiskan duit petrol untuk pergi ke premisnya. Tau sajalah, melangkah kaki saja keluar dari rumah, sebelum sampai ke destinasi sudah kering duit apabila nampak barang-barang lain. Apatah lagi anak-anak merengek nak itu dan ini.

Nak tengok pelbagai seleksi pilihan lebih mudah ini klik link BURGER KING DELIVERY  >>>> by Foodpanda <<< ini. Selepas tu boleh pilih burger king. Letak lokasi anda. Bayar secara dalam talian saja. Dengan hanya menggunakan jari jemari, swipe kiri, kanan, atas dan bawah, beressss... Burger King  akan hantar ke pintu rumah. Senangkan?

Burger King Bertingkek-tingkek ngko!
Burger King Bertingkek-tingkek ngko!
Banyak pilihan Burger King ini tau. Ada yang besar, ada yang kecil . ada yang bertingkek-tingkek ayam atau dagingnya, ada yang letak cheese berlapis-lapis. Yang pasti boleh pilih ayam atau daging dan juga ikan. Boleh pilih set biasa dan juga set premium juga dengan air dan jejari kentang. Rambang mata di buatnya untuk memilih jenis-jenis burger king ini. Semuanya nampak sedap-sedap belaka. Teruja sungguh... Aiyok!

Paling hot di Burger King adalah burger whooper. Saiznya yang memang king size besar gedabak gitu. Jaga-jaga waktu nak makannya tu. Takut koyak mulut apabila menganga luas-luas nanti. Kalau takut koyak, hati-hati. jangan kata akak tak kasi tau. Tak pasal-pasal handyplast melekat di bibir nanti. Whooper Burger King ini benar-benar king dan bersaiz 5 inci tau.... haha!

Look At The Size Burger King
Look At The Size Burger King... Betul La, Taste Is King!
Pilihan lain pun banyak lagi. Mana tidaknya,  sudahlah besar bersaiz 5 inci, ada yang bersaiz extra large lagi tu. Boleh pilih yang mana di sukai, setingkat, 2 tingkat atau 3 tingkat daging dan ayam serta cheesenya. Memang berbaloi-baloi dengan rasanya yang meleleh sedap tak terkata. Apa lagi, jom order, jangan di tunggu lagi. Tak percaya, kena percayalahhhh!

Macam-macam rasa dan macam-macam perisa ada pada burger king ini. Korang kena rasa dan cuba, baru tau. Selepas itu pasti korang takkan berpaling lagi dari Burger King. Bila teringin nak makan yang sedap tapi murah dan berbaloi mesti korang akan ingat Burger King sampai bila-bila. Untuk yang kaki makan, mesti suka dengan Burger King. Order, order jangan tak order, mesti dah meleleh air liur kesedapan ni... hihi!

p/s: Pilihan burger tersedap adalah Burger King di hati... :)

3 comments:

  1. saya anak beranak mmg suka burger yummy

    ReplyDelete
  2. Menggoda betul burger king ni. Belum cuba lagi. Mungkin boleh cuba order foodpanda delivery tu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...