18 November 2019

7 Lokasi Tempat Percutian Bajet Di Shah Alam

Cuti sekolah akan bermula seminggu dari sekarang. Para ibubapa dan anak-anak mesti ingin bercuti ke mana-mana destinasi pilihan. Di sini aku nak menrjah lokasi tempat percutian di Shah Alam dan kawasan sekitarnya yang boleh di lawati. Sengaja aku mencari lokasi di tempat tinggal sendiri, nanti senang nak bawa anak-anak berjalan-jalan. Korang yang tinggal berjauhan pun boleh menerjah sekali untuk mengetahui lokasi tempat percutian di Shah Alam juga,... hehe!



Manalah tahu sekiranya  ada pula korang  berniat untuk singgah bercuti di Shah Alam ini. Lokasi Shah Alam ini  tidak terlalu jauh dari Kuala Lumpur dan juga Ibu Negara Malaysia iaitu Putrajaya. Jadi sekiranya bercuti atau menginap di Shah Alam, boleh terus melawat ke lokasi yang di sebutkan tadi. Sebelum ke destinasi lain, lawati Ibu Negeri Selangor Shah Alam dulu...!

- 1 - Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid ini di kenali oleh masyarakat di sekitar Shah Alam sebagai Masjid Negeri iaitu sebagai masjid utama di Bandaraya Shah Alam. Selepas Masjid Istiqlal yang terletak di Jakarta, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini merupakan masjid yang kedua yang terbesar di Asia Tenggara. Pada awal pembinaan masjid yang berkubah biru ini, jam antik yang telah berusia 600 tahun dan 4 buah lampu chandelier diberikan oleh Sultan Selangor untuk dijadikan sebahagian daripada masjid indah ini.

Senibina masjid yang pernah memegang rekod dunia sebagai masjid yang memiliki menara tertinggi pada tahun 1993 ini adalah kombinasi rekabentuk tradisional Islam Melayu, Asia Barat, Barat dan India. Amat menarik kisah masjid ini kan? Datanglah ke masjid yang terletak di Shah Alam ini untuk melihat dengan lebih dekat lagi keindahannya. Anda pasti terpesona.

- 2 -  Taman Tasik Shah Alam

Terletak tidak jauh dari Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Taman yang sangat cantik dengan suasana hutan yang mendamaikan ini terletak di Seksyen 14 Shah Alam. Taman tasik ini dibuka pada tahun 1985 dan direka oleh arkitek lanskap dari Jepun, Fumiaki Takano. Lanskap di taman tasik ini amat menyejukkan mata dan sangat sesuai dijadikan tempat berekreasi sambil bersantai bersama keluarga.

Di sini suasananya yang nyaman dapat menenangkan fikiran melihat ketenangan air ditemani bunyi burung-burung yang terbang di langit. Siapa sangka di tengah-tengah kota pun terdapat kawasan yang setenang ini.Tambahan pula, Di dalam taman tasik ini juga terdapatnya taman tema air, restoran terapung dan taman permainan kanak-kanak. Sekiranya mencari aktiviti percuma untuk dilakukan di Shah Alam, datanglah ke taman tasik ini, banyak yang boleh dibuat.

- 3 - Laman Seni 7, Shah Alam

Kalau anda pernah dengar tentang Art of Old Town di Ipoh, di Selangor pula terdapat Laman Seni 7 di mana hasil-hasil seni pelukis jalanan yang telah memenangi Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam dari 4 kategori berbeza iaitu ‘Painting on Site’, ‘Street Furniture’, ‘3D Painting’ dan ‘3D Installation’ dipamerkan.

Karya-karya yang memenangi pertandingan-pertandingan ini diabadikan di Laman Seni 7 ini untuk dilihat oleh orang ramai. Di sebalik setiap hasil seni ini terdapat mesej-mesej penting yang cuba disampaikan, di sini, korang dapat membaca info dari perspektif pengkarya itu sendiri tentang apa yang cuba disampaikan melalui karya mereka.

Pada yang suka berfotografi, apa kata korang angkut kamera dan lensa-lensa dan lihat sendiri keunikan tarikan ini. Cayalah!



- 4 - Muzium Sultan Alam Shah

Muzium Sultan Alam Shah ini agak luas dengan hampir 4000 buah artifak dipamerkan di sini. Terdapat lima buah balai pameran yang berbeza iaitu Balai Islam, Balai Sukan, Balai Sejarah, Balai Kebudayaan, Balai Warisan Alam Semulajadi dan Pameran Luar.

Antara kemudahan lain yang disediakan muzium ini adalah dewan, bilik mesyuarat, Makmal Taksedemi dan Repositori, Pusat Sumber serta Auditorium.

Di Balai Sejarah, anda dapat melihat pameran artifak yang dijumpai di kawasan penempatan awal manusia di negeri Selangor dan sejarah pentadbiran Selangor. Jika  ke Balai Islam pula korang dapat melihat pelbagai artifak dan model yang menarik seperti kitab-kitab lama, bekas wuduk, beduk dan macam-macam lagi.

Banyak yang boleh dipelajari sekiranya korang membawa anak-anak melawat muzium ini. Kemasukan ke muzium ini adalah percuma. Diulangi, PERCUMA.

- 5 -  Dataran Kemerdekaan Shah Alam

Terletak tidak jauh dari Wisma MBSA serta Pusat Informasi Perlancongan adalah sebuah kawasan yang cukup meriah setiap kali tiba sambutan hari kemerdekaan iaitu Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tak perlu menanti hari merdeka untuk datang ke sini, dataran ini tetap menjadi lokasi pilihan ramai penduduk sekitar untuk beriadah bersama keluarga lebih-lebih lagi pada hujung minggu. Bagi yang kaki bola, bolehlah menggunakan gelanggang futsal dan padang bola luas yang disediakan.

Setelah beriadah, korang boleh singgah ke banyak lagi kawasan menarik lain di sekitar seperti kedai makan, shopping mall, Muzium Selangor dan Taman Tasik Shah Alam yang tidak kurang cantiknya.

- 6 - Taman Tema Air Wet World

Tak tahu nak buat apa pada musim cuti sekolah? Jom bawa anak-anak ke taman tema air Wet World Shah Alam di mana anda sekeluarga dapat bermain air sepuas hati.

Lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti loker untuk menyimpan barang, tak perlulah anda bersusah hati fikirkan keselamatan barang-barang berharga anda, baru boleh enjoy. Kemudian, kalau dah penat mandi-manda, mesti terasa lapar kan? Ada beberapa pilihan gerai untuk anda membeli makanan di sini.

Kalau korang merancang untuk berjalan ke tempat lain selepas ke taman tema ini, jangan risau pasal rambut basah, pihak wet world turut menyediakan kemudahan alat pengering rambut supaya tak adalah korang pening kepala sebab terpaksa pakai tudung dengan rambut basah bagi yang berhijab.

Walaupun taman tema ini tidak sebesar Sunway Lagoon tapi ia tetap lengkap dengan segala kemudahan yang memastikan masa korang disana seronok dan selesa.

- 7 - I-City Shah Alam

Bila di sebut I-City yg terbayang di kepala korang mesti terbayangkan pokok-pokok berlampu LED kan? Tapi tahu tak sebenarnya banyak lagi tarikan lain yang ditawarkan di I-City ni? Bersebelahan dengan pokok-pokok bercahaya ini terdapat Snowalk dengan suhu serendah 5 darjah celcius.

Di dalam kawasan Snowalk ini anda dapat melihat rumah-rumah yang dibuat daripada ais, orang salji, ukiran ais dan bermacam lagi. Kalau korang teringin merasa hidup di dalam salji, inilah tempat yang patut anda pergi.

Keluar sahaja dari taman salji ini, ada banyak lagi tempat untuk berseronok seperti Laser Warzone, Waterworld, Space Mission, Circus Travel, Trick Art Museum dan banyak lagi. Gempak kan? Tunggu apa lagi? Mai lah ke sini!

Apa yang akau senaraikan ini, tak adalah terlalu bajet tapi menjimatkan jugalah sebab hanya dua tempat saja yang berbayar. Kiranya bajet jugalah tu. Bajet tu kira sudah potong kos di tempat lain. Bolehlah rancang waktu percutian ini dengan sebaiknya termasuklah perancangan kewangan dengan betul Selepas bercuti sudah sibuk persiapan untuk ke sekolah pada tahun baru. Jangan lupa tu!

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Anak-anaklah yang paling seronok apabila di bawa beriadah dan bercuti...

#sumber: maisinggah.com

1 comment:

  1. dulu sempat pi ke shah alam dalam masa sehari ja, tak banyak tempat yg boleh pi. huhuhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...