15 May 2015

Temujanji Bersama 'Dentist To Be' Di Fakulti Pergigian UITM Shah Alam


Ini cerita minggu lepas... lambat sikit di updated... busy memanjang dan sekali ngan  takde mood jugal. Nak cerita lagi pasal treatment gigi percuma kat sini... Pasal percuma, kena tahan lah sikit... kalau terlebih sakit tu... hehe. Dia punya proses pun kena step by step. Al maklum lepas setiap proses kena refer lecturer.... Memang leceh tapi berbaloi!


Ini la rupa bilik rawatan gigi tuh... Korang nak tau, daripada gigi aku penuh dengan karang gigi.. bila gosok gigi berdarah-darah, dah ok dah!... Settle problem tanpa keluar duit sesen pun. Tapi kena la ikut dan datang semua temujanji ... kalau asyik tak dapat ... lambat la!


Ini Tini,  dia ni partner pada Eina.... Aku ni patient Eina. Lupa lak nak ambik gambar Eina. Terima kasih pada mereka yang sabar layan karenah aku... hihi!

Dorang ni pelajar tahun akhir.... bila dorang dah abis bulan 7 nanti, student lain plak takeover.... Tak kesah le, asal gigi aku jadi sihat dan free plak tu... aku sedia jadi bahan pembelajaran dorang... gitu le... hehehe!

3 comments:

  1. x takut ke kalau diorg tersilap.. hehehe

    ReplyDelete
  2. tulah..i takut bila student praktikal kat spital ni yang incharge i.. eee seram

    ReplyDelete
  3. Dun worry Pha Is. All the dental students kat situ well trained.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...