24 November 2021

Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!

Melihat pokok kaduk tumbuh merimbun di laman kebun, tergerak hati nak mencuba membuat miang kham iaitu sejenis makanan Thai yang menggunakan daun kaduk sebagai bahan utama. Aku tak pernah makan pun sebelum ni. Cuma pernah tengok gambar dan resepi di media sosial jer. Kata orang rasanya memukau rasa.

Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!


Teruja jugalah nak buat miangkham ni. Salah satu sebab cara makannya yang unik sangat. Caranya selepas disediakan bahan-bahan yang kebanyakannya mentah, masukkannya dalam daun kaduk bersama sos, lipat dan kunyah lumat baru di telan. Macam makan sirih kaedahnya. 



Sos miang khamnya ni aku campur sos buatan sendiri dengan sos miang kham yang beli di laman shopee. Nak makan hanya dengan sos 'readymade' tu susah sikit sebab terlalu cair. Sos buatan sendiri pula pekat. Apabila di campur keduanya, barulah aku dapat tekstur dan rasa yang sesuai di tekak, akulah, hehe!

Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!

Bahan-bahan resepi miang kham:

Daun kaduk
Kacang tanah
Udang kering
Kelapa parut
Halia
Bawang besar
Cili api
Limau nipis/kasturi

Cara membuat miang kham:

Daun kaduk dibasuh bersih dan dikeringkan. Limau nipis/kasturi dipotong kecil. Cili api juga dipotong kecil dan nipis. Juga bawang besar dipotong dadu kecil-kecil.

Kacang tanah disangai, dibuang kulit dan ditumbuk kasar. Udang kering direndam sebentar kemudian di sangai.Begitu juga  kelapa parut disangai sehingga berwarna keperangan.

Bahan membuat sos miang kham:

Seketul gula melaka 
Seketul (besar ibu jari) belacan
2 sudu gula putih
2 batang serai
Sedikit air
Sedikit tepung jagung

Cara membuat sos miang kham:

Serai di tumbuk/kisar lumat. Campurkan kesemua bahan seperti gula melaka, belacan, gula putih, serai dan air secukupnya.

Masak di atas dapur sampai menjadi pekat seperti tekstur madu. Letak sedikit tepung jagung jika perlu untuk menjadikan ia likat. 

Cara makan miang kham:


Gulung daun kaduk seperti sarung. Letakkan semua bahan dalam secubit satu bahan seperti kelapa parut, udang kering, cili api, kacang tanah, halia, limau nipis/kasturi, bawang besar dan cili padi.

Akhir sekali letakkan sos dan balut seperti memakan gobek sirih dan terus masukkan ke dalam mulut dan kunyah. 

Resepi Miang Kham Yang Terasa Bagaikan Dah Sampai Ke Thailand Gittuh!
Resepi Miang Kham Buat Kali Kedua


Mula makan memang terasa pelik akan rasanya yang unik pelbagai perisa tu. Serius sedap jugalah. Rasa yang berlainan dari apa juga yang lain pernah dirasai.

Pokok kaduk tumbuh merimbun subur di tepi rumah. Memang akan buat berulang kali lah ni. Terasa bagai berada di negara gajah putih, negara Thailand la tuuuu!

Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ni, klik link SINI

p/s: satu resepi ni aku buat 2 kali makan selang 2 hari. Teringat-teringat juga ni nak buat lagi.

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...