03 January 2021

Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!

Bila di sebut pekasam, kebiasaannya orang mesti orang ingat pekasam ikan sungai  ataupun pekasam daging. Tapi jangan tak tau, dah ada pekasam ayam pula. Kalaulah opah aku masih hidup, tercengang -cengang dia apabila mendapat tahu ni. Zaman berubah, keberanian masyarakat meningkatkan cara dan versi makanan  pun ikut peredaran semasa... gittew!


Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!
Gambar Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!

Sebagai pembuat dan penjual pekasam aku kenalah ikut trend terkini. Aku dah cuba  buat dan makan pekasam ayam. Kiranya boleh di jadikan pekasam sama seperti ikan dan dan daging juga. Lebih bagusnya, daging ayam pejal dan memang sedia lembut. jadi, kesedapannya terasa hingga menjilat jari seperti pekasam yang lainnya.


Pekasam ayam aku buat sendiri. Daripada membeli ayam di pasaraya hingga memerap dalam seminggu dan seterusnya menggoreng menjadi lauk untuk hidangan sekeluarga, akulah yang melakukannya. Memang kepakaran aku membuat pekasam ini dan sebab itulah aku berniaga pekasam atas jenama PEKASAM ANNUR.



Insya'allah pekasam ayam ini akan jadi produk terkini jenama Pekasam Annur pada tahun 2021 ini. Psst! psst! psst! Pada sesiapa yang nak buat pekasam ayam sendiri boleh klik SINI iaitu cara aku buat pekasam daging. Caranya tak berbeza, cuma tukar daging lembu ke daging ayam saja. Aku tak berdaya nak  kedekut ilmu yang secebis ni. Rezeki bagi aku sudah tertulis di loh mahfuz, asalkan  ada usaha pasti ada hasilnya.. huhu!


Pada yang tak rajin nak buat sendiri boleh order demgan aku. Pekasam Annur ada di FB. IG dan juga di Shopee. Search saja Pekasam Annur pasti boleh jumpa. Di blog ini aku hanya nak tunjuk cara dan resepi pekasam ayam goreng dengan kacang buncis saja... hehe!


Resepi Pekasam Ayam Goreng Dengan Kacang Buncis, Lazat Uhh!

Bahan-bahan untuk menggoreng pekasam ayam:

200gram pekasam ayam bersama dengan berasnya (sepaket)
7 batang kacang buncis
2 biji bawang merah
1 biji cili merah atau 3 biji cili api
Minyak masak secukupnya

Cara-cara menggoreng pekasam ayam:


Bawang merah dan bawang putih di hiris nipis. Cili merah atau cili api di potong menyerong kecil Kacang buncis pula di potong menyerong angaran 1 inci panjamg.

Panaskan kuali. Masukkan minyak masak secukupnya iaitu anggaran banyak mana bahan-bahan yang di gunakan.  Minyak ini nanti tak di keluarkan, kita hidang dan makan sekali dengan pekasam jadi jangan sampai berkuah pula.

Bila minyak sudah panas, masukkan pekasam ayam bersama beras goreng ke dalamnya. Goreng dan kacau bagi sebati dengan minyak. Kacau sekejap-sekejap bagi beras tidak melekat di kuali. 

Bila nampak beras menunjukkan tanda nak garing, masukkan bawang merah, bawang putih dan juga cili merah atau cili api. Juga masukkan kacang buncis.

Kacau rata dan apabila beras dan bawang nmpak hampir garing, bolehlah di angkat. 

Gambar  Pekasam Ayam Goreng Biasa, Lazat Juga!

Begitulah resepi mudah yang biasa aku buat. Memang sedap dan menag lazat pekasam ayam ini seperti pekasam yang lain juga. kami sekeluargs memang penggemar pekasam. Makanan ini akan sentiasa ada di rumah aku . Selain stok untuk di hidangkan sebagai juadah,  juga untuk jualan pada sesiapa yang ingin menikmatinya.

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI jer.

p/s;  Untuk sesiapa yang tak tahan masin, masa membuat pekasam tapi bukan menggoreng tau... selepas asam keping di keluarkan, dalam tapisan, siram sekejap daging/ayam dengan air untuk membuang sedikit rasa garam. Jangan basuh pula nanti tawar hambar pekasam tu dan tak tahan lama... - hanya sedikit petua saja.

9 comments:

  1. Nampak sedap kejadiannya.
    belum pernah cuba pekasam ayam.

    ReplyDelete
  2. Tq share info. Saya mmg Ada pekasam Kat rumah, tapi x tahu sangat nak masak apa. Ni pun baru juga jatuh hati makan pekasam. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Adoi kak sedapnya pekasam. Tpi x pernah try pekasam ayam, boleh la try buat pekasam ayam ikut resipi akak nanti..tq sharing

    ReplyDelete
  4. Membuka selera betul bila mkn pekasam.

    ReplyDelete
  5. Pekasam ayam tak pernah makan. Tapi pekasam daging lembu & pekasam daging rusa pernah. Sedap!!

    ReplyDelete
  6. pekasam ayam.. sedapnya.. boleh cuba..

    ReplyDelete
  7. Tak pernah cuba lagi ni..tapi nampak macam sedap dan menyelerakan

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...