03 July 2021

Cara Merawat Demam Campak Dengan Daun Semambu @ Daun Mambu

Bila sebut saja demam campak mesti akan terfikir dengan daun semambu @ Daun Mambu. Daun ini sangat berkesan untuk merawat demam campak. Ada cara yang betul merawat demam campak dengan daun semambu @ daun mambu ini. Baru rawatan dapat di lakukan dengan berkesan dan semaksimum mungkin. Kalau tidak, keberkesanan merawat demam campak dengan daun semambu @ daun mambu ini akan berkurang untuk meyembuhkan demam campak dengan cepat.

Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu
Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu 

Sekarang sudah agak sukar nak jumpa tumbuhan daun semambu @ daun mambu ini. Di Shah Alam, kata orang ada di di tanam di kawasan Tasik Shah Alam sebelah Masjid Negeri tu. Aku pun tak pasti tapi masa salah seorang anak buah kena campak, en suami tolong ambilkan untuk merawat demam campak di sana. Masa tu beberapa tahun lepas en. suami bekerja dengan sebuah sub-kontrak perkhidmatan di Masjid Negeri Shah Alam.

Tanda-tanda demam campak yang kelihatan seperti biasa iadalah tumbuh tanda merah-merah pink dan gelembung cecair pada kulit. Biasanya di tempat-tempat yang mempunyai kulit lembut dan tersorok. Bila dah kena macam tu, kegatalan,  miang dan bisa-bisa badan pun menyerang dengan teruknya. Kalau tidak di rawat, boleh melarat dan meninggalkan bekas yang teruk nanti.


Pada waktu ini elakkan dari menggaru tempat yang tumbuh campak agar tidak menjadi luka dan berdarah. Waktu ini juga jauhkan dari makanan yang berminyak dan bergoreng agar gatal-gatal tidak menjadi berlebihan. Nak menggoreng di dalam rumah pun dikatakan tak boleh. Ini disebabkan memberi kesan pada sesiapa yang kena campak di dalam rumah. Makanlah makanan yang rebus, kukus dan bakar sahaja, Juga elakkan makanan yang boleh menyebabkan gatal, contohnya seperti seafood.

Cara Merawat Demam Campak Dengan  Daun Semambu @  Daun Mambu 


Bila dah dapat daun semambu @ daun mambu ni, mula-mula bersihkan daun dari kotoran dan makhluk yang menghuni pada daun. Pisahkan daun dari batang dan tangkainya. Hati-hati, tepi-tepi daun ni tajam tau, ala berduri terkait jari dah luka. Rebus daun semambu @ daun mabu itu sehingga bertukar warna sedikit untuk kegunaan mandi 2 kali sehari pagi dan petang.

Waktu nak mandi nanti, ramas-ramas daun semambu @ daun mambu sekejap untuk mengeluarkan bahan yang di perlukan untuk merawat demam campak tu. Mandi seperti biasa. Untuk mandian terakhir jiruskan air daun semambu bersama dengan daunnya sekali pada badan yang terkena demam campak tu. Tak perlulah bilas.air daun semambu @ daun mambu ni  nanti tak berkesan pula rawatan.

2 Tips ampuh merawat demam campak dengan daun semambu @ daun mambu

Tip s pertama adalah daun semambu @ daun mambu  yang digunakan untuk mandi tu jangan di buang. Toskan air dari daun mandian dan boleh diletakkan sebagai hamparan di tempat tidur yang terkena campak, Ini untuk menyejukkan dan mengurangkan gatal, bisa dan miang, seterusnya agar orang yang kena demam campak boleh tidur lena. Caranya tabur daun semambu @ daun mambu ni di atas tempat tidurnya dan lapik dengan sehelai kain nipis(kain batik pun boleh).

Tips kedua pula, kisar daun daun semambu @ daun mambu ni dan gaulkan dengan bedak sejuk. Sapu di tempat yang terkena campak untuk mempercepatkan pengecutan gelembung-gelembung campak yang tumbuh di badan. Juga untuk mengurangkan terjadinya kesan parut akibat dari demam campak itu. 

Jangan tak tau, campuran daun daun semambu @ daun mambu ni dan bedak sejuk ini juga di katakan boleh merawat penyakit kurap dan kayap. Selamat mepraktikkan cara-cara ini apabila terkena demam campak yer!

Untuk mendapatkan lebih informasi dari blog ni... klik SINI

p/s: Untuk mempercepatkan bisa demam campak keluar, di sarankan minum air kelapa muda. Kelapa muda segar tanpa apa-apa tambahan  tau. Jangan pula nak campur gula atau air batu. Itu dah tak berkesan jadinya dah... hihi!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...