13 July 2021

Sering Mengalami Kebas Di Kaki Mungkin Tanda Penyakit, Jangan Ambil Mudah Tau!

Menjadi kebiasaan apabila duduk terlalu lama kaki menjadi kebas atau di panggil sesemut oleh sesetengah orang. Namun sering mengalami kebas di kaki mungkin tanda penyakit. itu yang kita wajar ambil tahu. Kondisi kebas di kaki ini turut dikenali dengan nama paraesthesia yang bermaksud kehilangan sensasi pada beberapa bahagian badan. Bukanlah pelik ia berlaku secara sementara ataupun sekejap saja. Malah, ia bukanlah sesuatu yang luar biasa jika kaki merrasa kebas setelah duduk atau berbaring dalam satu jangka masa yang panjang.


Menjadi kebiasaan apabila duduk terlalu lama kaki menjadi kebas atau di panggil sesemut oleh sesetengah orang. Namun sering mengalami kebas di kaki mungkin tanda penyakit. itu yang kita wajar ambil tahu.  https://www.huhahuhajerr.com/2021/07/sering-mengalami-kebas-di-kaki-mungkin-tanda-penyakit-jangan-ambil-mudah-tau.html
Sering Mengalami Kebas Di Kaki Mungkin Tanda Penyakit, Jangan Ambil Mudah Tau!


Apapun jangan sesekali memandang remeh masalah kebas kaki. Kadangkala rasa kebas ini merupakan simptom kepada penyakit lain yang mungkin tidak ketahuan. Oleh sebab itu, jika anda kerap mengalami masalah semut-semut ini, pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut, tambah lagi jika ia berlarutan dengan lebih lama dari biasa.


Antara punca menyebabkan rasa kebas di bahagian kaki adalah Biasanya, jika duduk dalam satu jangka masa yang panjang, saraf pada bahagian kaki akan termampat. Akibatnya, pengaliran darah akan tersekat dan menyebabkan anda mengalami rasa kebas dan sensasi sesemut pada bahagian yang terjejas. Tetapi, jangan risau, kondisi ini selalunya tidak kekal lama dan akan pulih selepas beberapa minit.



Selain itu, Kadangkala, kaki anda boleh menjadi sakit dan kebas ketika anda bersenam. Aktiviti larian contohnya boleh memberikan tekanan kepada saraf dan menyebabkan kaki menjadi kebas. Ia juga boleh berlaku disebabkan faktor lain seperti kasut yang terlalu ketat atau mengayuh basikal dalam satu tempoh yang lama.


Walau bagaimanapun, sama seperti kaki yang kebas ketika duduk, mereka yang mengalami sesemut ketika bersenam juga tidak akan mengalaminya dalam jangka masa yang panjang. Selalunya, rasa kebas tersebut akan hilang secara beransur-ansur apabila anda berhenti bersenam. Jika anda mahu kelegaan yang lebih cepat, cuba goyang-goyangkan kaki anda sedikit untuk menggalakkan pengaliran darah.


Sering Mengalami Kebas Di Kaki Mungkin Tanda Penyakit, Jangan Ambil Mudah Tau!

Rasa kebas pada bahagian kaki mungkin juga merupakan tanda penyakit yang serius jika ia berlaku berulang kali. Sebagai contoh, sesemut yang di alami mungkin berlaku disebabkan:

- 1 - Penyakit sklerosis berbilang

Sklerosis berbilang merupakan sejenis penyakit autoimun yang mempengaruhi sistem saraf pusat. Kebas kaki yang berlaku disebabkan sklerosis berbilang boleh menyebabkan rasa sakit dan gatal yang amat sangat. Malah, rasa kebas ini kadangkala boleh menjadi amat serius sehinggakan pesakit tidak mampu berjalan dengan baik.

- 2 - Penyakit diabetes

Kadar gula yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kerosakan saraf, lebih-lebih lagi jika ia dibiar berlarutan dalam satu jangka masa yang panjang. Doktor mungkin akan menggelar kondisi ini sebagai neuropati periferal (peripheral neuropathy) – Satu penyakit yang terjadi disebabkan kerosakan saraf di luar kawasan otak dan saraf tunjang.


Pesakit yang mengalami kondisi ini akan rasa lemah dan kerap diserang rasa kebas pada kawasan tangan dan kaki. Selain itu, pesakit diabetes yang mengalami neuropati periferal juga sukar untuk mengimbangkan badan.

- 3 - Penyakit arteri periferal

Penyakit arteri periferal merupakan satu keadaan yang menyebabkan arteri pada kawasan kaki atau tangan menjadi sempit. Kaki atau tangan pesakit arteri periferal selalunya akan menjadi kebas kerana tidak menerima bekalan darah yang mencukupi.


Rumusannya, Kaki kebas mungkin perkara yang biasa dan tidak serius, tetapi jika ia berlaku dengan kerap dan menyebabkan kesakitan, anda perlu berjumpa doktor dengan kadar segera. Rasa kebas pada kaki yang berlaku disebabkan duduk terlalu lama boleh dihilangkan dengan cara mengurut tempat yang terkesan.


Nak mendapat lebih informasi di blog ini, klik SINI


p/s: Boleh meletakkan pek ais di atas kaki anda selama 15 minit untuk mengurangkan kekejangan. Kadangkala, masalah kejang atau kebas yang anda alami merupakan simptom kepada penyakit lain. Oleh itu, jangan tunggu lagi. Cepat-cepatlah berjumpa doktor ya!


#sumber: laman web hellodoktor

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...