06 July 2021

Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan...

Kali ni nak kongsi dengan para pembaca blog resepi masakan daging yang mudah menbuatnya tapi sedap sangat rasanya iaitu resepi daging kicap blackpepper dengan kentang. Resepi ringkas yang tak sesusah masak rendang yang renyah dan memakan yang lama. Daging kicap blackpepper dengan kentang ini juga  bahan-bahanya amat mudah di dapati. Amat di sukai oleh sesisi keluarga daging kicap blackpepper  dengan kentang ini untuk menikmatinya saban minggu.


Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan...
Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan... 

Walaupun daging mahal tapi apa salahnya untuk menikmatinya sekali sekala. Bila tak tau nak masak apa dah, sebab sentiasa masak lauk yang sama, daging kicap blackpepper dengan kentang inilah yang menjadi penyelamat. Rasanya pun sedap, lazat dan menggiurkan juga. dagung kicap blackpepper dengan kentang  ini resepi yang aku main campak-campak saja. Dengan mudah dah jadi sejenis lauk. 



Rasa lada hitam yang pedas bersatu dengan kicap dan  daging  mencetuskan rasa yang lazat memikat itu sangat menggamit rasa. Itulah masakan daging blackpepper  dengan kentang yang mncetus kesedapan yang tidak tergambarkan. Pada pandangan akulah dengan daging kicap blackpepper ini. Bahan iringan kentang tu nak bagi nampak banyak jer... hahah


Resepi Daging Kicap Blackpepper Dengan Kentang Berselera Makan... 

Bahan-bahan resepi daging kicap blackpepper dengan kentang:


400g daging
2 biji kentang
2 buji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
1 inci halia
1 sudu makan lada hitam
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan pes asam jawa
3 sudu makan kicap pekat
Garam dan gula secukup rasa
Air secukup yang di perlukan
Minyak masak secukupnya.

Cara memasak daging kicap blackpepperdengan kentang :

Daging di potong kecil dan goreng  dengan sedikit minyak. Goreng dengan menggunakan api yang sederhana. Daging akan mengeluarkan airnya. 

Pada waktu itu tutup sekejap kuali gorengan untuk melembutkan daging.  Seterusnya selepas air kering, buka penutup dan  terus menggoreng sehingga hampir garing. Angkat dan ketepikan.

Kentang di potong baji kecil-kecil dan di goreng sehingga lembut.  Bawang besar di hiris kasar, Bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam di tumbuk lumat.

Panaskan periuk atau kuali bersama sedikit minyak masak. Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau dan kekuningan sedikit. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan pes asam jawa dan sedikit air.

Seterusnya tumis lagi sehingga memdidih dan masukkan kicap pekat dan bawang besar. Selepas itu masukkan daging yang telah di goreng tadi.  Masukkan kentang yang telah di goreng tadi.Waktu ini agak-agaklah nak kuah banyak atau kuah yang pekat iaitu tambah air jika perlu.

Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Kacau-kacau sekejap, bolehlah di angkat. Bolehlah di makan dengan nasi untuk hidangan tengahari atau malam.

Resepi daging kicap blackpeper yang ringkas, mudah dan senang memang kegemaran kami sekeluarga. Setiap seminggu lebih sekali, mesti ada lauk ni jadi hidangan kami sekeluarga tanpa rasa jemu. Biasanya hidangan daging kicap blackpepper ini kami gandingkan satu jenis lauk sayur berkuah seperti sayur rebus dan telur dadar. Semestinya berselera kami sekeluarga makan lauk daging kicap blackpepper ini. 

p/s: Dagung kicap blackpepper ini boleh juga di ganti dengan ikan, ayam ataupun telur ayam. Apapun lauknya, semuanya sedap sesuai dengan citarasa kami sekelurga...!

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...