28 November 2021

Tanam Strawberi Tanah Rendah, Petik Strawberi Di Laman Rumah Terasa Di Bukit Peranginan Tuh!!

Setahun yang lalu aku terpandangkan di laman shopee jualan anak pokok strawberi tanah rendah. Terpana aku sekejap mendapat tahu ada pokok strawberi boleh di tanam di tanah rendah. Bukan hanya boleh d tanam di tanah tinggi sahaja. Kat Malalysia ni strawberi adalah pokok yang paling popular di tanam di tanah tinggi bukit peranginan Cameron Highland, kan!

Tanam Strawberi Tanah Rendah, Petik Strawberi Di Laman Rumah Terasa Di Bukit Peranginan Tuh!!
Tanam Strawberi Tanah Rendah, Petik Strawberi Di Laman Rumah


Untuk tidak melepaskan peluang, aku pun membeli di laman shopee tu 2 pokok anak strawberi. Masa tu tak terlalu berharap, cuma ingin  mengetahui kebenaran yang pokok strawberi boleh di tanam di tanah biasa iaitu tanah rendah.

Tanam Strawberi Tanah Rendah, Petik Strawberi Di Laman Rumah Terasa Di Bukit Peranginan Tuh!!


Aku membela dan membelai pokok strawberi sehingga berbunga, berbuah dan mengeluarkan sulur anak-anak yang banyak. Kebiasaannya buah strawberi dari tanah tinggi Cameron Highlqnd terasa kemasamannya. Tapi buah strawberi tanah rendah ini rasanya masam manis yang sedap. Teruja aku apabila pertamakali menjamahnya.



Anak-anak aku pula apabila buat pertamakali merasa teruja juga  tapi sekarang dah jemu dorang nak makannya. Nak aku buat jem taklah sekali petik dapat satu mangkuk. Tau je lah strawberi bukannya buah yang tahan lama. Tak bolehlah nak dikumpul bebanyak. Oh ya, pokok-pokok strawberi aku dari 2 pokok dah ada hampir 20 pokok dan juga pokok strawberi aku ni sentiasa mengeluarkan sulur yang menghasilkan anak pokok. Jadi aku semai dalam polibeg kecil. 

Nak tahu, dah tak tau apa nak buat, mula-mula aku sedekah pada kawan dan taulan anak pokok strawberi ni. Anak pokok terus bertambah dengan banyaknya.  Akhirnya aku mendapat idea menjual di laman shopee setelah mendapat cara untuk membungkus anak pokok dengan elok untuk di hantar melalui penghantaran courier. 

Gambar-gambar Tanam Strawberi Tanah Rendah
Gambar-gambar Tanam Strawberi Tanah Rendah


Dari hanya menjual anak pokok strawberi, aku mula menjual pokok-pokok lain juga. Namun anak pokok strawberi adalah yang paling laris bagaikan goreng pisang panas. Memang tak di sangka-sangka boleh dijual rupanya. Lega sebab dapat memanfaatkan lambakan anak pokok strawberi dan yang paling seronok dapat menjana pendapatan.

Pada pengamatan aku taklah susah nak menanam pokok strawberi ni. Sama saja dengan penjagaan pokok-pokok yang lain. Asalkan mendapat air yang cukup dan cahaya matahari yang terang serta pembajaan yang dibuat sekali-sekala sudah mencukupi. Selain tu gunakan tanah campuran cocopeat @ sabut kelapa untuk pengaliran air yang bagus. Itu saja. Di bawah ni aku letaklah tips cara penjagaan secara ringkasnya untuk pada yang berminat dengan tanaman strawberi tanah rendah ini.

Panduan dan Cara Penanaman Strawberi Tanah Rendah


Pokok strawberi ini senang hidup dan mudah di jaga serta boleh hidup di kawasan terbuka yang menerima cahaya matahari penuh.

Cara penanaman dengan menggunakan tanah hitam dan campuran sabut kelapa (cocopeat). Pembajaan yang sesuai adalah baja AB seminggu sekali dan baja tinja ayam 2 minggu sekali.

Sentiasa membuat penjarangan daun pokok iaitu buang daun lama dan tinggalkan 3 - 5 helai daun saja  untuk pembungaan yang kerap. Apabila berbuah, pastikan hanya sebiji buah untuk  setiap tangkai agar buah bersaiz besar. 

Pokok akan mengeluarkan sulur yg boleh di gunakan sebagai anak benih nanti. Seeloknya pastikan hanya satu sulur di biarkan pada satu masa untuk pertumbuhan pokok yang sihat. Itu saja. 

Oh ya, lupa nak beritahu, pokok yang aku tanam ni adalah dari jenis Japenese Sweet Cherry (JSC). Dengar kata inilah pokok strawberi yang paling tahan cuaca di tanah rendah. Walaupun buahnya agak kecil tapi rasanya agak manis juga. Pada sesiapa yang ingin melawat kedai shopee dan membeli anak pokok strawberi, boleh klik link di SINI yer!

p/s: Majulah strawberi untuk negara.. ehhh!! Semoga majulah kedai shopee aku menjual pokok strawberi.. Aaminn! :) :)

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...