31 October 2021

10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera

Kali ini aku himpunkan resepi ikan tenggiri untuk di masak. Ikan tenggiri sejenis ikan yang sesuai untuk semua sebab isinya pejal, tidak gatal dan juga tidak ada tulang kecil yang boleh mengakibatkan tercekik. Resepi ikan tenggiri sudah pasti sedap dan berselera menjamahnya.

10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera
10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera


Ikan tenggiri kaya dengan khasiat dan manafaat untuk tubuh badan kita. Ikan tenggiri memiliki 109 kaliri. Ia  kaya dengan sumber tenaga. Sangat baik untuk menambah stamina tubuh kita. Protien berfungsi untuk bina bentuk otot badan kita. Lemak hanya sekitar 2.6 gram. 

Kalsium yang baik untuk menjaga kekuatan tulang dan mencegah osteoforosis. Zat besi yang bermanafaat untuk meningkatkan kadar hemoglobin di dalam darah, menambah oksigen di dalam sel darah merah. Ikan tenggiri juga kaya dengan vitamin A, vitamin C dan vitamin B1 yang di perlukan oleh tubuh badan.



Ikan tenggiri adalah merupakan antara jenis ikan yang kerap di gunakan dalam masakan. Sudah pasti ianya mempunyai pelbagai cara masakan. Jom kita semak resepi ikan tenggiri yang mana sesuai di sajikan untuk keluarga, yer!

10 Resepi Ikan Tenggiri Yang Mudah Di Masak Sedap Berselera


#1 Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri


Resepi Asam Pedas Ikan Tenggiri


Bahan-bahan memasak asam pedas ikan tenggiri:

3 keping ikan tenggiri
5 tangkai daun kesum
1 tangkai bunga kantan
1 sudu teh halba
1 keping asam keping

Bahan Kisar:
2 biji bawang besar
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili giling
1 inci halia
2 sudu teh serbuk lada hitam

Cara memasak asam pedas ikan tenggiri:

Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan halba, bila dah naik bau masukkan bahan kisar. Biar garing.

Masukkan air. Sukat ikut kepekatan yang dikehendaki.  Perasakan secukup rasa masam masin pedasnya. Lepas tu boleh masukkan ikan tenggiri, daun kesum, bunga kantan dan asam keping.

Renih sampai ikan tenggiri masak. Siap untuk di hidangkan.

Kredit: Lina Kasmani

#2 Resepi Ikan Tenggiri  Gulai Kari


Resepi Ikan Tenggiri  Gulai Kari


Bahan memasak ikan tenggiri gulai kari:

5 keping ikan
5 sudu besar rempah kari ikan
1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
3 sudu makan cili kisar
1 sudu makan biji sawi
3 tangkai daun kari
2 keping asam keping
2 cawan santan pekat
Air secukupnya
Bendi
Terung 
Tomato
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak ikan tenggiri gulai kari:

Panaskan periuk bersama sedikit minyak, kemudian masukkan daun kari dan biji sawi. Tumis seketika.

Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia yang di hiris. Tumis hingga layu.

Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak. Setelah itu masukkan rempah kari ikan dan sedikit air.Tumis hingga pecah minyak.

Kemidian masukkan sedikit air dan terung. Biar seketika. Masukkan pula bendi dan juga ikan tenggiri.

Masukkan santan dan tomato. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Gulai kari ikan tenggiri sedia di hidang bersama nasi panas dan ikan masin. Sedappp!

#3 Resepi Masak Asam Ikan Tenggiri


Resepi Masak Asam Ikan Tenggiri


Bahan-bahan masak asam ikan tenggiri:

4 ketul ikan tenggiri
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halis
2 ulas bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili padi
Perahan air asam jawa
Sedikit kicap manis
Sedikit garam
Sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak asam ikan tenggiri

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Bawang besar dipotong bulat. Bawang putih, bawang merah, halia dihiris nipis.Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sampai layu.

Selepas itu masukkan perahan asam jawa. Jika mahu kuah banyak, tambah air dan masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. 

Biarkan kuah didih sekejap selepas itu masukkan ikan.Tambah garam dan sedikit kicap manis. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Siapp!

#4 Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Masam Manis


Resepi Ikan Tenggiri Masak Sambal Masam Manis


Bahan memasak ikan tenggiri masak sambal masam manis:

5 ketul ikan tenggiri
3 sudu besar cili giling
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu makan kicap manis
1 sudu teh madu
Garam, gula secukup rasa
Kunyit untuk lumur pada ikan
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara memasak ikan tenggiri masak sambal masam manis:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Kisar bawang putih, bawang merah dan tomato sehingga lumat. Tumiskan bahan kisar bersama cili giling, asam jawa, madu, kicap manis, garam dan gula. 

Tumis sehingga pecah minyak, kemudian masukkan bawang besar yang di mayang kasar. Masukkan juga ikan yang digoreng. Gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.. 

#5 Resepi Sambal Berlada ikan Tenggiri


Resepi Sambal Berlada ikan Tenggiri


Bahan memasak sambal berlada ikan tenggiri:

3 keping ikan tenggiri
7 - 10 biji cili merah
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Serbuk perasa - jika suka

Cara memasak sambal berlada ikan tenggiri:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis. Cili merah di kisar kasar ( hanya tekan 3 kali untuk cili merah yang kasar berkeping).

Tumis bahan hiris hingga naik bau. Selepas itu masukkan cili merah kisar. Tumis sampai cili agak garing sikit, masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.

Kemudian masukkan ikan tenggiri goreng. Balik- balikkan sehingga rata. Masukkan cuka dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.. !

#6 Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah


Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Berempah


Bahan memasak ikan tenggiri masak kicap berempah:

4 - 5 keping ikan tenggiri
1 biji bawang besar
2 biji tomato
10 biji cili api
Sedikit daun sup
Asam jawa secukupnya
Kicap pekat secukup rasa
Garam, gula dan serbuk perasa

Bahan untuk dikisar:
3 - 5 biji cili kering
1 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

Bahan-bahan rempah:
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil biji ketumba

Cara memasak ikan tenggiri masak kicap berempah:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Cili kering  direndam dalam air panas sehingga kembang dan dikisar bersama bawang merah, bawang putih dan halia.

Bahan-bahan rempah pula iaitu lada hitam, jintan manis dan ketumbar digoreng tanpa minyak sehingga harum menggunakan api dapur sederhana besar. Selepas tu tumbuk atau kisar halus.

Panaskan minyak masak secukupnya dan tumis bahan kisar dan bahan rempah sehingga masak sehingga terbit bau wangi. Masukkan bawang besar yang telah di potong membulat,  cili api, dan air asam secukupnya. Biar sedikit berkuah.

Masukkan ikan tenggiri, tomato yang di belah 4, kicap dan kacau rata. Perasakan masakan dengan gaam, gula dan serbuk perasaa. Tutup api, masukkan daun sup yang telah di racik halus ke atas ikan. Siap untuk dihidangkan.

#7 Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka


Resepi Ikan Tenggiri Masak Cuka


Bahan memasak ikan tenggiri masak cuka:

3 - 4 ketul ikan tenggiri
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 sudu teh biji sawi
1 inci halia
2 sudu makan cuka masakan
Minyak masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa


Cara memasak ikan tenggiri masak cuka:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan biji sawi. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dimayang halus.Tumis sehingga bahan layu.

Masukkan pula setengah cawan air, cuka, cili padi dan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih, bolehlah di angkat dan ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

#8 Resepi Ikan Tenggiri Rendang


Resepi Ikan Tenggiri Rendang


Bahan memasak ikan tenggiri rendang:

3 - 4 keping ikan tenggiri
1/2 cawan santan
2 sudu besar rempah kari 
1 keping asam gelugur
Daun kunyit
Daun limau purut
Kerisik secukupnya
Gula melaka secukupnya

Bahan kisar:
Cili merah + hijau secukupnya
Cili padi merah + hijau ikut pedas yang di kehendaki
6 biji awang merah 
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 sudu kecil campuran ketumbar, jintan manis dan kasar

Cara memasak ikan tenggiri rendang:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Kisar atau tumbuk lumat bahan untuk di kisar. Panaskan minyak di kuali dan tumis hingga garing dan pecah minyak.

Setelah itu masukkan rempah kari dan tumis lagi. Kemudian masukkan kerisik dan santan dan asam keping. Kacau seketika.

Masukkan daun kunyit dan daun limau purut. Seterusnya perasakan dengan garam dan gula melaka.

Akhir sekali masukkan ikan tenggiri goreng dan biarkan merenih dengan memperlahankan api dapur seketika. Setelah itu tutup api dan sedia dihidangkan. Siapp!

#9 Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam


Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam


Bahan memasak ikan tenggiri masak asam:

4 ketul ikan tenggiri
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
5 biji cili padi 
Perahan air asam jawa
Sedikit kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara memasak ikan tenggiri masak asam:

Bersihkan ikan tenggiri, lumur dengan garam dan kunyit. Goreng ikan sampai garing. Angkat dan tos minyak.

Bawang besar dipotong bulat. Bawang merah, bawang putih, halia, dan cili merah dihiris.

Tumis bahan hiris sehingga layu. Selepas itu masukkan air asam jawa. Jika mahu kuah banyak tambah air. 

Seterusnya masukkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Didihkan kuah sebentar, masukkan ikan. 

Perasakan dengan garam dan kicap manis ikut kesesuain rasa sendiri. Setelah itu tutup api dapur. Sedia untuk dihidangkan. Siap!

#10 Resepi Otak-otak Ikan Tenggiri


Resepi Otak-otak Ikan Tenggiri


Bahan untuk memasak otak-otak ikan tenggiri:

300gm ikan tenggiri
2 sudu besar santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan tepung ubi
Garam dan gula secukup rasa

Bahan sambal:
3 sudu besar cili giling
2 ulas bawang putih
1 inci belacan
1 biji buah keras
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
1/2 inci lengkuas
1 batang serai
1 sudu besar rempah kari ikan
1 sudu besar air asam jawa
1/4 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan pembungkusan:
Daun kelapa
Lidi

Cara untuk memasak otak-otak ikan tenggiri:

Kisar halus bawang putih, belacan, buah keras, halia, kunyit, lengkuas, serai, rempah kari ikan, cili bersama air asam jawa. 

Kemudian tumiskan seketika sehingga pecah minyak. Kisar isi ikan tenggiri sehingga halus dan campurkan bersama santan pekat, tepung ubi, telur, garam,gula dan bahan sambal tadi. Gaul sebati.

Selepas itu ambil satu sudu besar isi ikan, masukkan dalam daun kelapa..Kemidian kepitkan dengan lidi di kedua-dua hujungnya dengan kemas. Ulang langkah ini hingga habis.

Bakar diatas arang hingga daun nampak garing dan otak-otak masak. Sedia untuk dihidangkan.

Selesai sudah 10 resepi ikan tenggiri yang sedap. Nanti boleh cuba resepi masakan ni. Semua sedap-sedap belaka. Gittuhh!

Nak ldapatkan lagi resepi menarik di blog ini, klik link di SINI.

p/s: busynya bulan ni, inilah satu-satunya entri yang sempat dibuat... huhu!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...