Lauk ayam memang ramai penggemarnya namun asyik masak pusingan jenis masakan
  yang sama agak merimaskan juga. Jadi aku pun mencuba untuk membuat masakan
  yang lain ikut resepi yang aku jumpa di sebuah buku masakan. Resepi ayam ni
  senang membuatnya, sedap sangat rasanya iaitu ayam sambal bali.
  Resepi Ayam Sambal Bali Yang Senang Membuatnya, Sedap Sangat Rasanya
  Lauk yang aku masak ni adalah sejenis sambal tapi di letakkan serbuk kari.
  Sepatutnya bagi aku nama yang sesuai untuk masakan ini adalah ayam sambal
  kari. Entah kenapa, aku pun tak faham apa sebab di namakan ayam sambal bali.
  Misteri juga tu.. hahaha!
  Nasib baik en suami dan anak-anak terus menyukai masakan ni dan sudah beberapa
  kali aku membuatnya dan kini lauk ayam sambal bali telah tercatat sebagai
  antara masakan yang wajib buat selang seminggu kini. Tersenarai sebagai lauk
  ayam yang di sukai selain ayam masak merah, rendang ayam, kari ayam,.masak
  kicap ayam juga sambal ayam pedas. Jom kita belek resepi ya!
Resepi Ayam Sambal Bali Yang Senang Membuatnya, Sedap Sangat Rasanya
Bahan-bahan memasak ayam sambal bali:
1/2 ekor ayam
3 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan kicap pekat
2 batang serai
3 - 5:tangkai daun kari
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 keping asam keping
  1/4 ketul dari seketul kiub ayam - pilihan
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
  Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
Cara-cara memasak ayam sambal bali:
  Ayam dibersihkan dan dipotong kecil ikut suka. Selepas itu digaul garam dan
  kunyit dan digoreng separuh masak. Ketepikan.
  Bawang merah dan bawang putih dikisar lumat. Serai diketuk hujungnya.
  Tumiskan serai dan daun kari di dalam kuali. Setelah naik bau, masukkan bawang
  merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi.
  Kacau sehingga hampir garing, masukkan cili kisar dan masak lagi sehingga
  menerbitkan bau.
  Masukkan kicap pekat dan serbuk kari serta sedikit air. Masukkan juga asam
  keping. 
  Kacau sehingga sebati sambil memasukkan 1/4 ketul kiub ayam jika suka. Biarkan
  merenih sehingga pecah minyak. 
  Seterusnya masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi. Kacau
  sehingga rata sambil perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  Setelah sesuai rasa dan ayam telah masak, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
  Siapp!
  Selain dimakan bersama nasi, lauk ayam sambal bali ini sedap dijadikan makansn
  pencicah bersama roti canai ataupun lempeng. 
  Alhamdulillah, masakan yang sedap dan sesuai untuk kami sekeluarga
  menikmatinya. Satu variasi masakan yang lain dari kebiasaan yang belum pernah
  aku masak selama ini. Aku bagi 5 bintang penuh untuk rasanya yang marvelous...
  Hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi menarik di blog ini, klik SINI
    p/s: Nak cari gali lagi resepi-resepi yang boleh aku sajikan untuk keluarga
    selepas ni.. huhu!
  
  Sumber: resepi chef hanilieza
  



						


pernah cuba..best
ReplyDelete