Fakta Filem Titanic Yang Mengujakan Walau Dah Lebih 20 Tahun Berlalu

3:42:00 PM Noor Akma 2 Comments

Antara filem Hollywood yang paling terkesan di jiwa aku adalah filem Titanic. Filen yang pernah menjadi satu fenomena pada tahun 1997. Filem Titanic yang mengujakan walau dah lebih 20 tahun berlalu. Apabila menonton filem ini, ia masih membuatkan aku terkedu sayu dan menitiskan airmata. Bahagian filem Titanic yang mengujakan aku pasti babak yang bagaikan terbang di hujung kapal tu... hehe!

Fakta Filem Titanic Yang  Mengujakan Walau Dah Lebih 20 Tahun Berlalu
Fakta Filem Titanic Yang  Mengujakan Walau Dah Lebih 20 Tahun Berlalu

Babak romantis di hujung kapal tu sentiasa berada di ingatan aku. Tengok kapal mesti teringat babak hero dan heroin panjat atas birau katil serta berpelukan seakan-akan terbang di laut lepas. Cantik sungguh suasana tu. Dulu-dulu berangan nak buat macam tu dan ambil gambar. Sekarang, mungkin tidak, takut tak larat nak memanjat dah... huh!


Terbukti filem ini evergreen sepanjang zaman dan impaknya cukup kuat hinggakan perasaan sedih, sayu dan pilu sentiasa di rasai walau dan di tonton berkali-kali. Banyak juga fakta yang tidak di ketahui tentang filem ini. Ada yang boleh di terima dan ada juga yang kelakar dan ada yang beimaginasi. Jom kita baca faktanya yer... !

Fakta Filem Titanic Yang  Mengujakan Walau Dah Lebih 20 Tahun Berlalu


- Ayat yang di lontarkan oleh Leonardo DiCaprio yang memegang watak utama sebagai Jack Dawson dalam filen Titanic "I'm the king of the world" adalah ayat spontan yang tidak di dalam skrip asal.

- Aksi Rose Dewitt Bukater yang di lakonkan oleh Kate Winslet ketika meludah wajah Caledon Hokley juga adalah aksi spontan yang mana tidak ada di dalam cerita sebenar.

- Lautan yang di gambarkan di dalam filem Titanic ketika babak semua penumpang kapal Titanic telah terjatuh  di dalam lautan luas itu sebenarnya adalah kolam renang yang mempunyai kedalaman hanya 3 kaki sahaja.

- Sebenarnya tangan James Cameron yang di rakam ketika babak melukis potret Rose Dewitt Bukater oleh Jack Dawson, bukan Leonardo Dicaprio.

- Hasil suntingan pertama filem itu mempunyai 36 jam keseluruhannya.

- Kos pembikinan folem Titanic itu jauh lebih tinggi berbanding membuat sebuah kapal betul.

- Filem tersebut memperuntukkan USD200 juta untuk pembikinannya berbanding pembuatan kapal sebenar Titanic yang kosnya sebanyak USD150 juta.

- Dress terakhir di pakai oleh Rose Dewitt Bukater ketika dalam filem itu di reka khas untuk di pakai ketika basah dan kering supaya ia sentiasa kelihatan cantik pada  tubuh.

- Pengarah filem tersebut, James Cameron memberikan lebih 150 orang pelakon sampingan nama sebenat serta cerita sebenar di sebalik penumpang yang terkorban dalam tragedi Titanic.

- Kate Winslet hampir berhenti dari pembikinan filem itu selepas dia mengidap pneumonia.

- Pelakon sampingan filem tersebut di berikan kuliah selama 3 jam akan tatatertib 1912 demi memastikan filem tersebut kekal asli.

- Selepas menulis cerita rekaan tentang Jack Dawson, James Cameron kemudian mendapat tahu tentang sememangnya wujud seorang penumpang di dalam kapal tersebut yang bernama J. Dawson yang mana turut terkorban.

Aku memang suka sangat dengan filem Titanic dan telah menontonnya berkali-kali sehinggakan tak terkira dah berapa kali. Ia tetap dan masih mengujakan untuk di tonton. Latar belakang kehidupan zaman kolonial dahulu tu memang indah dan cantik. Jadi, yang belum pernah tengok tu memang ketinggalan sungguh... hehe!

Nak lihat pelbagai cerita dan informasi di blog ini klik SINI

p/s : Tulis apa yang aku suka je... hurm!

#kredit SINI
#pic fr google

2 comments:

ejulz said...

cerita lagend.. hehe

jemput join segmen ejulz kalau sudi :)

http://ejulz.blogspot.com/2018/07/segmen-tambah-duit-dengan-kerja-partime_1.html

cerita ni memang takkan jemu utk ditonton.
da hafal jln cerita, tapi still nak jugak tonton semula :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...