Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz

Salam ramadhan buat semua pembaca Papaglamz yang aku sayangi. Sayang lebih sikit untuk sesiapa yang sudi baca entri segmen aku kali ni. Hehehe. Ok la, straight to the point. Bersempena bulan penuh barokah ini, aku tergerak hati untuk menganjurkan segmen simple untuk korang semua. Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz. Aku saje je anjurkan segmen sebegini rupa sekadar hendak membawa kita semua selain dari blogwalking tu terasa ada pengisian la sikit kan. Insyallah. Jangan lupa join. Ikuti syarat-syarat yang mudah dengan tertib tau...!!!!


Syarat-syarat

1. Baca 3 Zikir yang mudah ni sebanyak mana yang korang mahu. At least sekali pun Alhamdulillah. Jangan skip ye.




2. Mainkan video youtube di bawah ni. Selama mana yang mampu korang tengok la video ni tau.


Baca syarat-syarat lain di Entri Official Segmen ZIKIR DIKIR bersama Papaglamz (Klik Disini)

SELAMAT BERSEGMEN

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa

Maka bermulalah bulan Ramadan bagi tahun ini.... 2017 bersamaan 1438 Hijrah. Hari pertama berpuasa semalam, aku berbuka berlaukkan rendang ayam pencen dan sayur tumis kangkung. Hidangan lain adalah cekodok pisang kegemaran suami dan pencuci mulut dadih kegemaran anak-anak. Kali ini di blog ini, aku nak kongsikan resepi dadih bajet pencuci mulut ini kepada semua. Kenapa aku panggil resepi dadih bajet? Ini kerana dengan bahan-bahan dalam nilai RM5 lebih kurang dah dapat sejenis hidangan pencuci mulut yang sedap.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa
Dulu-dulu aku selalu buat guna dadih segera yang bermacam-macam perisa tu. Masa tu harga dalam RM4 lebih jer. Sekarang dadih segera tu dah mahal harganya. Hari tu aku tengok harganya dah menjangkau RM6 lebih. Dah la macam tu, kena tambah susu cair dan gula lagi. Jadi, aku beralih  ke resepi bajet inilah sekarang. Resepi bajet ni bahan-bahannya  tak banyak, sangat mudah di cari dan didapati. Bahan yang di perlukan cuma  agar-agar tali, susu cair, gula dan pewarna.

Resepi Dadih Bajet Pencuci Mulut Berbuka Puasa


Nak rasa lebih sedap, bubuhlah perisa yang di sukai. Aku letak pewarna berperisa sirap ros, sedap... rasa air bandung... lain kali aku buat perisa lain plak... Nak perisa coklat, tambah serbuk coklat, Nak perisa pandan campur warna hijau dan campak daun pandan dalam air masa merebus agar-agar. Kalau nak buat perisa laici... pun boleh. Pendek kata... ikut sesedap rasa apa yang nak di buat.

Agar-gar tali tu boleh ganti dengan agar-agar serbuk tapi harganya jadi mahal lah. Cari agar-agar tali yang sikit je isi dalamnya ... 12gm gitu. Harga dekat bungkusan RM2.50 tapi kat Mydin dapat RM2.15. Susu Cair dalam RM2.20... brand yang paling murah... Campur gula 2 cawan, nilai harganya jadi dalam RM5 lebih kurang. Bila buat ikut resepi ni... Boleh dapat dalam lebih 20 - 25 cawan dadih ikut cawan plastik di pasaran tu. Banyak untung kalau buat jualan ni...hehe! 

Nah.... resepi bajet ni aku taruh di sini.... korang boleh lah cuba buat sendiri nanti....

Bahan-bahan:

1 paket  agar-agar tali(12gm)
1 tin susu cair
2 cawan gula
Air (dalam 3000 ml)
Pewarna dan perisa (jika suka)

Cara-cara:

Didihkan air bersama agar-agar tali sehingga hancur. Masukkan gula. Bila gula dah hancur, masukkan pewarna dan susu cair. Kacau sekejap... sebelum campuran susu mendidih, tutup api cepat. Kalau lambat, campuran susu jadi tak cantik dah. Ingat tu... kalau tidak, jadi macam santan yang berkepala tu.. buruk rupanya tapi masih sedap! 

Kacau dan isi dalam bekas. Ikutlah nak isi dalam bekas apapun. Aku isi dalam bekas plastik besar. Nak makan, cedok saja kedalam bekas lain. Kalau nak berniaga, boleh isi dalam cawan plastik. Simpan dalam peti ais. Aku buat waktu pagi. Waktu berbuka sedap dan sejuk je di tekak dengan kelembutan dari  tekstur kekenyalan dadih tu... mengasyikkan tau...!

Kalau tak ada penyukat nak sukat jumlah air, boleh guna botol air mineral. Botol kecik saiz normal(600ml) dalam 4 botol air. Botol besar (1.5ml) ...dalam 2 botol air. Untuk tengok resepi serba canggih lagi dan lagi.... lihat SINI 

p/s : Nak dadih keras atau lembut bergantung pada jumlah air. Lebih keras jadi agar-agar.... lebih lembut pula boleh jadi puding sedut... hihi!


Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual

Beberapa hari ni aku dapat gambar dari berbagai group whassap yang ada cerita  pasar ramadhan... nak beli makanan kena tengok siapa yang menjual... Macam-macam lah ulasan muncul akibat nasihat bergambar ni... Nasihat tu betul juga, tapi jangan menilai orang dari luaran saja. Rupa dan wajah boleh je di lakonkan... Betul tak?   Aku pernah terkena membeli di pasar ramadhan dan pernah juga berniaga di pasar ramadhan. Ini yang aku nak kongsi sedikit cerita pasar ramadhan dari pengalaman aku....

Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual
Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual

Cerita masa aku bujang, beli makanan di pasar ramadhan tu... pernah  termakan ikan bakar berulat. Aku rasa ikan bakar tu dah beberapa hari. Tak habis, di bakar balik keesokan harinya. Makan ramai-ramai bersama adik dan anak buah suami yang tinggal bersama waktu tu. Anak buah suami beli ikan terubuk bakar bersekali dengan air asam.

Cerita Pasar Ramadhan : Sebagai Pembeli Dan Penjual


Memang nampak sedap sangat... garing tah henggat. Mula-mula tak nampak lagi masaalahnya. Bila dah di cubit isinya sampai ke tulang... Masa tu aku dah habis makan lagi pun tak ambil ikan bakar banyak pun, merasa sikit jer.. Nampaklah benda menguit-nguit... terus diorang (anak buah dan adik) berhenti makan. Dah putus selera. Nasib baik dah kenyang, tinggal nak menghabiskan sisa-sisa isi saja... hahaha!

Pernah juga aku sekeluarga keracunan makanan akibat makanan di pasar ramadhan. Waktu tu, aku tengah mabuk-mabuk dan tak larat awal mengandung anak yang bongsu. Nasib baik tak teruk dan melarat. Ada sekali tu beli kuih tepung talam satu bekas..  Dah hampir 2 -3 kali  beli okey jer... sedap. Sekali tu beli tempat yang sama... basi dan berlendir. Terus tak pernah beli dah.... 

Pengalaman menjadi penjual pulak.... Penatnya tak terkirakan. masa tu anak masih 2 orang ... Pagi-pagi kena pergi pasar borong beli barang. Hampir tiap hari kena pergi. Balik selepas subuh dah mula menyiapkan barang untuk di masak. Rehat sekejap dalam pukul 7 ke 8 pagi. Pukul 9 pagi dah mula memasak. Sampailah pukul 3 petang kena angkut barang-barang untuk berniaga. 

Selepas tu... lenguh kaki menungu para pembeli. Masa tu aku jual rojak, pecal, bermacam-macam jenis bubur dan sedikit kuih. Nasib baik masa tu anak-anak belum bersekolah lagi. Hidup masa tu agak huru-hara rasanya. Rumah dah tak sempat nak berkemas.  Balik dari berniaga pasar ramadhan dah nak kemas barang sampai tengah malam. Mana barang yang tak habis, tak sampai hati nak bagi jiran... nanti di kata "dah tak habis baru nak bagi.." Buang tong sampah je lah...! Hurmmmm!!

Aku sempat berniaga 2 kali puasa sahaja. Serik dan  penat sangat. Bulan puasa masa tu... usahkan nak pergi terawih... nak buat amal ibadat yang biasa tu pun dah kelam kabut. Pendapatan dan keuntungannya taklah seberapa sangat di bandingkan dengan kepenatan yang melampau. Sejak tu aku tarik diri dari berniaga di pasar ramadhan... Ada kawan yang berniaga lauk pauk penuh semeja pun tarik diri juga sebab anak-anak dah marah sebab tak dapat buka puasa kat rumah macam orang lain.

Masa aku berniaga... tak ada langsung aku jual barang yang tak habis sebelum tu. Aku lebih rela buang saja. Tapi melihat makanan yang terbuang tak habis tu memang rasa ralat sangat. Ada juga aku simpan untuk makan sendiri... tapi nak jual balik, memang tidaklah. Tak sampai hati menganiayai pembeli. Ada yang ajar sayur atau mee yang tak terjual tu basuh dan celur balik... tapi aku ni tak sampai hati ... Itu sebab untung tak banyak... hmmm!

Itulah antaranya dari beberapa cerita sebagai pembeli dan penjual pasar ramadhan. Sebagai pembeli, kena berhati-hati jangan terbeli makanan basi, berulat dan dari baki semalam... Lagi mudah tak payah membeli. Lebih baik masak sendiri. Makan nasi lauk telur mata kerbau percik kicap lagi puas hati. Tapi kan.. kalau nak membeli.. beli yang masak panas-panas kat situ.... macam roti john, roti jala dan beberapa lagi.

p/s : Dah bertahun rasanya aku tak pergi pasar ramadhan dah... Tak ada apa yang nak di beli. Masak sendiri lagi puashati, ada tidak, en. suami rajin beli air soya kat situ... Anak-anak pun tak kisah.

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....

Tapak kaki yang pecah-pecah memang nampak hodoh bila memakai selipar atau kasut yang menampakkan tumit kaki. Bila dah merekah, agak menyakitkan apabila bejalan atau terkena air. Ada cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah yang boleh di gunakan untuk menghilangkan tejadi perkara sedemikian. Cara dan petua merawat tapak kaki pecah-pecah ini senang saja tapi memerlukan sedikit kerajinan.

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....
Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....
Cara yang pertama menggunakan daun pokok bunga kembang pukul 10 atau  di panggil bunga ros jepun. Daun yang kecil-kecil tu di lumatkan. Tak kisahlah nak di tumbuk atau di kisar atau di lenyek... janji daun tu di lumatkan. Dah lumat lumurkan di tapak kaki dan tumit yang pecah-pecah tu. Biarkan selama dalam 20 - 30 minit dan lepas tu cuci macam biasa. Buat seminggu sekali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan hilang dengan cepat. 

Cara kedua menggunakan asam jawa yang ada di dapur saja. Kalau menggunakan asam jawa biasa, buangkan biji tapi kalau gunakan pes asam jawa lagi senang. Lumurkan pada keseluruhan tapak kaki. Biarkan selama 20 - 30 minit juga. Cuci kembali sampai bersih. Buatkan cara ni selalu iaitu seminggu 2- 3 kali. Insya'allah pecah-pecah di tapak kaki akan mengecut dan sembuh.

Petua Merawat Tapak Kaki Pecah-pecah....


Untuk mengelakkan tapak kaki merekah dan pecah-pecah, seringkali gunakan selipar atau kasut apabila memijak lantai simen. Minum air kosong secukupnya agar menjauhkan kulit menjadi kering, keras dan bersisik dan seterusnya menjadi merekah. Elakan juga dari memakai kasut yang ketat dan tidak sesuai yang  menyebakan tumit menerima tekanan yang tinggi.

Bila tumit dah tak pecah-pecah dan merekah lagi, rajin-rajinkan diri  menyapu losyen pada tapak kaki dan keseluruhan kaki. Ia bukan saja dapat mengelak tumit menjadi pecah-pecah dan merekah kembali tetapi ia juga dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan peredaran darah dan merehatkan kaki selepas seharian digunakan.

Nak baca tentang petua di blog ini.... klik SINI

p/s : Selain daun bunga ros jepun dan asam jawa, bawang merah juga boleh di gunakan untuk merawat kaki pecah-pecah dan merekah tapi agak pedih bila terkena tempat yang merekah tu.... 



Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....

Mari kita tengok cara mak dulu-dulu ajak anak ke dapur, belajar memasak. Dulu-dulu mudah saja mak-mak nak ajak anak menolong kedapur. Waktu masih kecil, di suruh ambilkan barang-barang kecil seperti sudu, bawang atau kerja-kerja yang ringan. Bila dah besar sikit dah pandai mengenali barang-barang dapur, di suruh pula buat yang berat sikit macam kopek bawang, siang sayur, kukur kelapa(dulu parut kelapa pakai kukur yang macam kuda tu), kacau gulai atas api dan beberapa  kerja yang tak melibatkan memasak. Kiranya jadi pembantu dapur dulu sebelum pandai memasak. Hebat cara mak dulu-dulu ajak anaknya ke dapur.

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....
Sekarang jauh berbeza sangat.... sebab utama yang aku tengok, dapur rumah sekarang kecil. Bila masuk dapur berdua dah berlaga bontot. memang tak selesa. Macam mana anak nak membantu memasak...? Anak-anak pula dah leka dengan tv dan gajet. Nak suruh bersih dan kemaskan dapur pun tak nak buat dengan alasan sibuk. Padahal asyik dengan tv dan handphone je. Ada kawan yang aku kenal, dia bekerja dan jarang memasak di rumah... Jadi, bila anak di orang nak belajar memasak. Barang dapur pun tak pernah beli. Asyik makan di kedai saja... Adoiii...!

Cara Mak Dulu-dulu Ajak Anak Ke Dapur, Belajar Memasak....


Kesannya anak-anak perempuan sekarang umur dah 20an pun tak tahu nama barang-barang dapur seperti tak dapat membezakan halia, kunyit dan lengkuas. Tak kenal bayam dan kangkung tu dah biasa, apatah lagi dengan sayur-sayuran yang lain. Nak suruh siang ikan, siang ayam dan daging mau pengsan diorang.... Anak-anak macam ni, sudah pasti tak tahu memasak... Nak salahkan siapa, mak diorang jugak pastinya di salahkan... haish!

Pernah tengok cerita dalam tv tu, huru-hara dapur bila anak dara yang tak tau memasak cuba nak kedapur memasak ikut resepi di internet. Dah semua bahan dapur dia tak kenal, dah tentu lain yang nak di masak, lain jadinya masakan tu. Tak ke haru di buatnya. So, anak-anak perempuan elok belajar mengenali dan mengetahui bahan-bahan masakan dari awal lagi. Lagi elok belajar memasak dari kecil macam orang dulu-dulu ajar anak ke dapur...

Aku orang kampung... Dari kecil dah di suruh membantu mak aku di dapur. Umur 10 tahun aku dah boleh masak nasi. Umur  12 tahun dah pandai masak segala bagai lauk yang biasa mak aku masak termasuk rendang. Tinggal sedap dengan tak sedap je lagi.... Macam tak percaya je anak-anak aku bila aku cerita hal ni... Aku cakap, tanyalah opah diorang iaitu mak aku tu... kalau tak percaya...hahaha!

Anak-anak perempuan aku tu, ada la aku ajar serba sedikit tapi tak dapat ajar macam dulu. Baru tolong kupas bawang je dah tak tahan. Apatah lagi tumbuk cili api.. tak reti, termasuk mata...  Satu bab lagi masa nak goreng ikan. Takut yang amat... Siang dan basuh ikan pun lama sangat, berjam-jam.... Payah bebeno jadinya, leceh. Penyudahnya masak sorang-sorang je lah. Cepat siap kerja memasak aku..... Tension di buatnya... hurm!

Nak baca celoteh aku di blog ni.... lihat SINI

p/s : Aku ajarlah diorang lebih kurang sekali sekala... Nak buat macam mana, masa dah berubah, redha ajelah. Dah bersuami nanti, pandailah diorang belajar, kan! Jangan huru-hara,sudah...!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...