19 November 2017

Beli Motosikal Terpakai Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan

Minggu lepas sibuk en. suami mencari dan membelek laman web jualan motosikal. Mencari harga yang sesuai dengan bajet yang kami ada untuk beli motosikal . Bukan nak beli yang baru tapi nak cari yang terpakai @ secondhand tapi masih elok dan sesuai di pakai dan semestinya ikut bajet. Puas jugalah en. suami dengan anak bujang menjejak kedai motosikal yang ada di Shah Alam ini.

Beli Motosikal  Terpakai  Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan
Beli Motosikal  Terpakai  Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan

Hmmm.... tak ada yang harganya di bawah RM2K. Akhirnya cuba belek laman-laman web yang ada menjual motosikal. Manalah tau dapat terus kepada tuan punya motor. Boleh dapat murah dan senang sikit nak berunding. Banyak jugalah  no, talipon yang en. suami contact. Yang jauh-jauh tu terpaksalah tolak sebab payahlah sikit dah jauh luar kawasan Shah Alam.

Beli Motosikal  Terpakai  Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan


Akhirnya dapat juga sebuah motor ni. Nampak cantik dan sesuai dengan anak bujang. Harganya setelah di buat kiraan dalam RM1.5k je 'on the road'. Maksudnya dengan insuran, road tax dan sedikit pengubasuaian. Bolehlah tu dan en. suami dan anak pun setuju. Beli dari tuan punya motor itu sendiri. Puas hati sebab harga yang sangat berpatutan.

Sebuah motosikal jenama demak warna biru gelap akhirnya bertukar tangan. Anak pula tak dapat pulang dari tempat pengajiannya untuk buat tukar nama di Jabatan Pengangkutan Jalan, Dan nama akulah yang menjadi penama dan pemilik motor ini. Tambah lagi harta yang tak seberapa yang menggunakan nama aku.... huh!


Inilah dia motosikal  yang sangat di idamkan oleh anak bujang. Sebenarnya memang nak beli yang baru tapi faham je lah. Anak bujang aku ni memang sangat memahami. Tak kisah katanya janji ada motosikal yang memudahkan dia pergi praktikal nanti Semester depan iaitu semester akhir dia. Nanti dia dah tak  tinggal di hostel dah. Duduk kat rumah dan berulang alik pergi praktikal.

Anak bujang ku ni akan praktikal samada di Airpot Subang, Sepang atau Sungai Besi. Dah itu kursus yang dia ambil iaitu memerlukan dia bekerja di hangar kapal terbang atau helikopter. Selama hari ni sejak semester dua, sesekali pergi praktikal menumpang motosikal  atau kereta kengkawan. Selepas ni dah susah jadinya kalau tak ada motosikal

Beli Motosikal  Terpakai  Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan
Beli Motosikal  Terpakai  Untuk Anak Bujang Yang Akan Praktikal Tahun Depan

Itulah sebabnya berusaha keras nak kan motorsikal ini. Akhirnya misi dah pun selesai. Selepas ni kalau mampu nak selesaikan misi anak perempuan aku yang nak kan sangat sebuah kereta pula. Entah dapat, entahkan tidak menjayakan misi ini... dah macam 'mission imposible ' pula. Nak suruh gunakan saja van yng sedia ada tu, tak nak dia... apa-apa je lah.

Nak lihat catatan lama di blog ini... klik SINI

p/s : Misi memdirikan sebuah rumah idaman pun belum menampakkan hasil lagi... sob.. sob!

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...