15 November 2017

Masak Kurma Daging Bersama Kentang Jer...

Lauk kurma daging ini  masak beberapa hari lepas di cadangkan oleh en. suami. Kadang-kadang tu dah buntu memikirkan hari-hari nak masak  tu. Jadi tanya penghuni dalam rumah iaitu en, suami dan anak-anak. Bila dah ada sikit perbincangan, baru dapat idea buat masak kurma daging ini. Semua dah setuju, baru puashati.

Masak Kurma Daging  Bersama Kentang Jer...
Tambah Masak Kurma Daging  Bersama Kentang Jer...
Maka terjadilah masak kurma ini. Aku masak pakai pressure cooker. Lebih mudah dan menjimatkan masa. Masak macam biasapun boleh, tiada salahnya. Cuma kena pastikan daging betul-betul empuk dan mengambil masa yang lama jugalah. Dan kena sentiasa di perhatikan agar air tidak kering dan hangit.

Bila masak dengan pressure cooker ni terus tumis dan masukkan daging, santan dan air dan tekan butang pressure. Ada pula masa senggangnya, bolehlah masak sejenis lagi lauk sayur ke apa sementara menuggu. Kentang di masukkan kemudian dan pressure lagi sekejap. Kalau tidak kentang cair dalam kuah.


Apapun cara masak samaada dengan pressure cooker atau secara biasa,rasanya masih sama. Tetap rasa masak kurma juga. Jadi tak usahlah berkeluh kesah tak ada pressure cooker... abaikan ajelah. Ini aku bagi resepi masak kurma cara keluarga aku turun temurun. 

Resepi orang lain mungkin ada yang sama macam aku dan ada yang agak berlainan. Nak masak pakai pressure cooker, ubahlah  cara lebih kurang. Mana-manalah yer...!

Masak Kurma Daging  Bersama Kentang Jer...


Bahan2 :

300gm daging  
3 biji kentang 
1 biji tomato 
2 biji cili merah 
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih 
1 cm halia - tumbuk
2 sudu makan cili giling 
1 pkt kecil serbuk rempah kurma
1 sdu makan pes asam jawa
11/4 cawan cawan air
2 cawan santan
minyak secukupnya
gula dan garam secukup rasa
sedikit rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga

Cara :

Daging di potong kecil dan di bersihkan. Kentang di buang kulit dan di belah 4 atu 6. Tomato juga dibelah 4. Cili merah di belah sedikit tanpa putus. Bawang merah, bawang puttih dan halia di tumbuk lumat bersama. 

Tumiskan bahan tumbuk bersama dengan rempah tumis iaitu kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga. Bila dah kekuningan masukkan cili giling. Tumis sampai agak garing. Masukkan pes asam jawa dan 1/4 cawan air . 

Masukkan serbuk rempah kurma sekali. Tumis bahan2 sampai garing. Lepas tu masukkan daging, renihkan sehingga daging empuk. Tak perlu masukkan air kerana air daging akan keluar. Masukkan kentang. 

Lepas tu masukkan 2 cawan santan dan 1 cawan air. Perasakan juga dengan garam dan gula. Biarkan mendidih dan sehingga kentang empuk. Seterusnya masukkan tomato dan cili merah, Tunggu seketika. Selepas tu bolehlah diangkat dan dihidangkan utk makan tengahari.

Nak lihat resepi dalam blog ini... klik SINI

p/s: Bolehlah jadi hidangan tengahari yang menyelerakan... :)

5 comments:

  1. sedapnya! sha suka betul daging masak kurma hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Sedap tu masakan kurma! Cukuplah lauk begini, makan dengan nasi panas, dah tak payah cari lauk lain lagi he he heee.

    ReplyDelete
  3. jer? tu dah kira menu istimewa buat akak, akak ni klu jer tu, menunya telur kicap plus bawang goreng jer... uwaaa

    ReplyDelete
  4. Sedapnya..SA ni failed bab masak kurma..x tau la kenapa

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa! Rasa terliur pulak nak makan huhu

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...