05 July 2018

Buat Masker Pudina Untuk Kulit Wajah Cantik Berseri

Wajah wajar di jaga dengan teliti sebab ia aset penting untuk penampilan diri. Macam-macam produk untuk rawatan wajah ada di jual di pasaran. Walau macam mana pun aku lebih percaya bahan-bahan alami. Lebih bagus ia di buat sendiri di rumah.  Jadi, mari kita buat masker pudina untuk kulit wajah cantik berseri. Tak susah nak buat masker pudina ni, cuma nak mempraktikan rejim kecantikan tu yang payah... hehe!

Buat Masker Pudina Untuk Kulit Wajah Cantik Berseri
Buat Masker Pudina Untuk Kulit Wajah Cantik Berseri

Daun pudina ni sinonom dengan masyarakat kita. Dan jadi kebiasaan juga daun pudina ini dengan ubat gigi. Ada juga di gunakan dalam masakan. Kandungan vitamin A dalam pudina bagus untuk kesihatan kulit wajah. Daun pudina juga boleh melembabkan, mencerahkan dan seterusnya menyerikan kulit wajah.  Selain itu ia dapat menyingkirkan  sel-sel kulit mati dan seterusnya menyihatkan kulit.


Daun pudina senang di dapati. Banyak di jual di pasar, pasar tani, pasar malam dan di pasaraya pun ada. Pudina ni pun boleh di tanam di rumah samaada dalam pasu atau di atas tanah. Ia senang tumbuh jika mendapat air dan cahaya matahari yang mencukupi. Tapi kena pastikan ia sentiasa lembap sebab mudah layu dan mati tanpa kelembapan.


Buat Masker Pudina Untuk Kulit Wajah Cantik Berseri


Bahan:

Secekak daun pudina
1/2 cawan plain yogurt

Cara-cara:

- Daun pudina di bersihkan. Asingkan bahagian batang yang keras dan mbil hanya bahagian daun dan pucuk yang lembut sahaja. daun sahaja. 

- Kisar bersama plain yogurt sehingga halus. Selepas itu bolehlah di gunakan untuk di sapu ke wajah. Selepas di sapu, biarkan selama 30 minit dan seterusnya cuci dengan air suam.

- Bilas bersih dengan air biasa. Amalkan sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Selain di gunakan untuk wajah, boleh juga untuk keseluruhan tubuh badan. Apatah lagi di bahagian yang tampak seperti di leher dan tangan. Jika di gunakan secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 bulan pasti akan nampak hasilnya. Kulit akan lebih lembab, halus mulus dan cantik berseri.

Nak lebih tips dan informasi di blog ini klik SINI

p/s: Suka bau pudina, menyegarkan sungguh... !

#idea fr FB
#pic fr google

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...