07 October 2015

Tukar Template Baru Blog Nih......


Malam kelmarin dok godek2 blog, tergerak hati nak tukar baju baru plak blog aku ni....  Tapi nak yang lebih simple dan tersusun. Cari punya cari, belek punya belek jumpalah website ni....Blogger Template Gallery. Banyak jenis template yang ada. Kalau nak tengok... Boleh klik SINI

Aku pun mula memilih.... Dah jumpa... faktor yang menyebabkan aku pilih ni, sebab selain simple dia ada sikit2 kaler purple. Warna kegemaran aku tu... Tak la putih je template tu... 

Mula2 ingatkan susah nak upload template ni kat blog. Ala... senang jer. Semua dia dah di ajar kat situ. Masa mula2 letak tu... berterabur la widget2 kat blog.... Lepas tu, pelan2 susun balik... jadilah macam sekarang.

Satu je yang tak boleh tahan dengan template ni.... gambarnya jadi besar gedabak, tak boleh adjust lagi dah.... Mungkin itu satu kelebihan template ni kot.... Gasaklah!

Oh ya..! kat blog asal ada pages kan ....  tapi kat blog aku dah dibuang.... Bukan apa, masih belum ada idea nak namakan pages tu.  Kalau dah dapat ilham nanti aku tempek balik.... atau bila ada idea lain lagi.... aku tukar template lagi... hihi

p/s :  cuma sekadar perkongsian.. ^-^peace!


3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...