Apabila pulang dari keluar kemana-mana, balik jauh malam dan muka penuh
      dengan solekan. Apatah lagi waktu berhias keluar ke majlis yang memerlukan
      bersolek tebal seperti contohnya majlis perkahwinan dan majlis makan malam
      di hotel ternama. Badan dah letih, mata pula mengantuk, jadi terus baring
      untuk tidur bersama solekan. Tak elok tau tidur bersama solekan, jangan
      amalkan....
  
  
    Seletih mana pun kita, waktu nak tidur tu mesti amalkan mencuci solekan
    terlebih dulu. Jangan terperangkap tidur bersama solekan dengan sifat malas
    dan memberi alasan keletihan. Bukannya lama, seusai dalam masa 3 minit,
    wajah dah siap dicuci. Selebihnya bolehlah disapu krim malam agar kulit
    menjadi sihat. 
  
  
    Tak sapu apa-apa  pun boleh asalkan tidak tidur bersama solekan. Tak
    memudaratkan tidur tanpa memakai krim malam, yang mudarat adalah tidur
    bersama solekan. Ada yang tak kisah, tapi yang menanggumg akibat mereka juga
    apabila muka tak berseri dan kusam. Lepas tu, salahkan produk penjagaan
    wajah yang di gunakan ataupun produk solekan yang tak berkualiti. Yang salah
    adalah tidur bersma solekan sebenarnya. Apolah...!
  
  
    Apa sebenarnya yang terjadi jika kita tidur dengan wajah masih bersolek
    iaitu tidur bersama solekan? Percayalah tiada satu pun manafaat yang dapat
    selain rasa tidur dengan cantik bagaikan Sleeping Beauty. Di sini 
    dihuraikan antara akibatnya. dengan tidur bersama solekan.
  
  Tidur Bersama Solekan, Jangan Amalkan......
    #1 Kulit kering Dan Cepat Berkedut
  
  
    Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan
    kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit
    musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya
    memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci
    bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.
  
  
    #2 Bakteria Terperangkap
  
  
    Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak
    kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap
    di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan
    lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.
  
  
    #3 Iritasi Mata
  
  
    Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya
    menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan
    lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga
    lama-lama akan muncul.
  
  
    #4 Bulu Mata Gugur
  
  
    Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah
    dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur
    dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!
  
  
    #5 Bibir Kering Dan Pecah
  
  
    Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan
    pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun
    pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau gloss bibir
    sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir
    kering.
  
  
    Dah baca? Takutkan akibatnya. lain kali jangan bermalasan lagi untuk
    membersihkan mekap dan tidak tidur bersma solekan. Jauh lebih banyak buruk
    dari hampir tiada kebaikan langsung. Janganlah amalkan tidur bersama solekan
    ini, buruk padahnya. Muka boleh jadi rosak a.k.a breakout jika jadi amalan
    dalam kehidupan. Ngeri dan takut di buatnya. Jadikanlah kesan tidur bersama
    solekan ini sebagai pengajaran.
  
  
    Nak dapatkan banyak informasi terbaik di blog ini, klik
    SINI
  
  
    p/s : Bahaya kan? Jadi , lepas ni beringatlah, jangan tudur bersama solekan.
    Tidur dengan wajah yang bersih bagus untuk wajah lebih berseri dan anti
    penuaan, gittew!
  
  #kredit:  eh.com.my
   



 
						

 
 
 
 

Rasenye tak ..aku kan lelaki..cuma wife aku tak pernah buat perangai mcm ni...
ReplyDeletefilem10minit.blogspot.com
Filem Seram Pendek