15 August 2019

Resepi Kek Sponge Paling Senang Gerenti Jadi Azlina Ina

Hari ini aku nak kongsi di wall blog aku ni kek sponge paling senang gerenti jadi Azlina Ina. Pasti ramai yang dah tahu, Azlina Ina ini seorang baker yang tak kedekut resepi walaupun semua resepi yang di kongsi itulah yang di gunakan untuk jualan. Aku adalah salah seorang yang gemar menggunakan resepi dia ni. Ini sebab aku tahu resepi dia gerenti jadi punya.

Resepi Kek Sponge Paling Senang Gerenti Jadi Azlina Ina
Resepi Kek Sponge Paling Senang Gerenti Jadi Azlina Ina

Resepi kek sponge ini dia baru kongsi di FB beberapa jam lalu. Aku bercadang nak cuba buat nanti. Jadi aku perturunkan secara ringkas di sini resepi yang di beri oleh Azlina Ina ini untuk memudahkan aku menyalin kembali resepi ini nanti. Taklah nanti tercari-cari apabila sudah bersedia nak buat kek ini nanti.



Sesiapa yang nak resepi sebenar yang di tulis oleh Azlina Ina, boleh ke FB page Azlina Ina Fans. Aku tulis balik dengan ringkas untuk memudahkan diri aku saja sebab yang di tulis oleh Azlina Ina ini terlalu berbunga-bunga dan berkias bagai. Agak pening aku nak hadam. Tapi aku dah tentu fahamlah apa yang di tulis tu... hehe!

Resepi Kek Sponge Paling Senang Gerenti Jadi Azlina Ina


Bahan-bahan:

5 biji telur - suhu biasa
3 sudu besar susu full cream milk
(jenama apa pun boleh (kalau tak ada, ganti air pun boleh)
1 cawan gula halus
1 cawan tepung self rising ( jenama apa saja - Azlina Ina suka MFM)
1 sb ovelate
1 sk esen vanila (kalau nak perisa lain pun boleh)
**kalau nak buat perisa coklat kena pluss add on tambah 2sb serbuk koko pada tepung  dan 1sk emulco coklat dalam adunan telur.
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

Campurkan semua bahan kecuali minyak masak. Mula-mula mix slow dulu bagi sebati sekejap. Selepas itu high speed sampai gebu. Masukkan minyak dan kacau rata.

Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 160 - 170 celcius bergantung pada oven masing-masing. Lapik loyang dengan baking paper. Masukkan adunan dan bakar dalam 35 ke 40 minit bergantung pada oven masing-masing.

Bila kek dah masak, sejukkan dan terbalikkan atas redai kek. Kek akan turun sikit kata Azlina Ina. Tapi perkara normal. 

Bila kek dah sejuk bolehlah kalau nak di lepa dan di hias dengan cream atau apa saja. Itu saja resepinya.

Senang saja nampaknya cara buat kek ini. Berkobar-kobar semangat aku nak memcuba. Pernah mencuba buat kuih tart nenas Azlina Ina ini. Kelainan dia ada letak minyak sapi sikit. Memang sedap dan terbaik sungguh. 

Kek ini pun mesti sedap dan terbaik juga nanti. Dia ni memang cikgu yg baik hati dan tak pernah kedekut ilmu. Sedangkan dari resepi inilah mata pencarian dia.Tak pernah di terfikir takut rezeki dia sempit sebab berkongsi resepi produk yang dia jual. Apa nak takut, dunia ini luas, kawasan dan daerah lain-lain.. kan...!

Nak dapatkan resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s; Aku akan sentiasa doakan cikgu Azlina Ina sihat sentiasa hidup bahagia dan  sentiasa murah rezeki. 

#kredit FB page Azlina Ina Fans

2 comments:

  1. Thanks akma, share resepi ni..selama ni buat kek span tapi macam tak berapa puas hati dengan penurunan dia lepas siap tu..nak cuba la resepi cikgu ina ni nanti

    ReplyDelete
  2. ada ternampak kot kat fb.
    aida salah sorang fans cikgu azlina ina.
    tapi tu lah.
    aida ni selalu fail buat kek.
    rasa ada. tapi bab rupa kek tu, sure out :) hu hu hu hu...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...