17 April 2021

Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama Reja Ayam dan Fish Cake, Sedap!!!

Salah Satu lauk yang aku suka masak dan makan adalah sup sayur dan di campur dengan sedikit reja ayam dan fish cake aka tepung isi ikan. Kami satu keluarga amat menyukai sup sayur sebegini. Sedap, berkhasiat dan menyihatkan. Sangat sesuai untuk orang yang sedang berdiet. Makan lebih sayur dan kurangkan nasi untuk lebih sihat, tak gitu... hehe!


Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama  Reja Ayam dan Fish Cake, Sedap!!!
Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama  Reja Ayam dan Fish Cake, Sedap!!!

Reja ayam ini biasanya adalah isi dan tulang ayam yang telah di potong kecil. Kebiasaanya apabila membeli seekor ayam, aku akan asingkan untuk beberapa kali masak. Dalam pada itu mesti ada lebihan isi ayam dengan potongan kecil, Potongan-potongan kecil inilah yang aku asingkan dan di jadikan antara bahan untuk membuat sup sayur.



Selain itu, sup sayur di gandingkan bersama reja ayam ini selain di makan dengan nasi, boleh juga di gandingkan juga dengan bihun. Maka, jadilah bihun sup yang sedap. Nak tambah lagi menyedapkan rasanya, boleh di buat sambal kicap pedas dan di makan bersama bihun itu. Lagilah menyelerakan sungguh.


Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama  Reja Ayam dan Fish Cake, Sedap!!!

Bahan-bahan resepi sup sayur:

1 cawan reja ayam
2 batang fish cake
Secekak daun sawi
1/2 batang carot
Beberapa kuntum cendawan tiram
5 tangkai daun sup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
1 biji tomato
1 paket sup bunjut
3 bji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 buntil sup bunjut
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih 
2 biji buah pelaga
1 ketul kiub ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
Secebis asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara memasak sup sayur di gandingkan bersama reja ayam dan fish cake:

Reja ayam di keluarkan dari peti ais dan defroskan. Sawi di potong kecil dan di bersihkan. Carot dan cendawan di hiris nipis. Daun sup di asingkan batang dan daunnya. Batang sup di campur dengan sawi manakala daunnya di hiris halus dan ketepikan dahulu.

Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat.  Cili api di ketuk pecah sedikit. Cili merah di potong menyerong. Fish cake di potong nipis. Sementara itu tomato di potong baji kepada 4 - 6 bahagian.

Tumiskan bahan tumbuk hingga berbau wangi. Masukkan air dan sup bunjut. Masukkan juga reja ayam. Seterusnya masukkan fish cake. Masukkan juga kiub ayam, serbuk lada hitam dan asam keping. Biarkan mendidih.

Setelah itu masukkan cili api dan cili merah. Masukkan sayuran sawi, carot, cendawan dan batang sup ke dalam sup yang sedang mendidih. Biarkan sebentar. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan tomato.

Akhir sekali tutup api dan taburkan  daun sup ke dalam sup yang telah siap itu. Sedia untuk di hidangkan.

Resepi Sup Sayur Di Gandingkan Bersama  Reja Ayam dan Fish Cake, Sedap!!!


Itulah saja resepinya yang sekali rasa mesti nak buat lagi. Aku buat resepi up sayur di gandingkan bersama reja ayam ini pada suatu tengahari yang indah. Selain dari masakan ini, lauk tengahari itu adalah sambal ayam dengan sambal belacan campur buah kuinin. Gambar hidangan yang di atas tu. Memang satu padanan yang menggiurkanlah... gittew!

Nak dapatkan resepi masakan di blog ini, boleh klik SINI

p/s: Selain makan dengan nasi, makan dengan bihun pun sodap buat menu berbuka puasa. Jadilah bihun sup yang lazat... !

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...