UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

1:36:00 PM Noor Akma 2 Comments

Entry kali ni nak kongsi info berkenaan tajuk di atas...... memberi bantuan guaman PERCUMA bagi yang kurang berkemampuan dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan dengan kadar yang paling minimum.

Info ni aku dapat dari sebuah flyers yang diedarkan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,Shah Alam (mssas) atau sinonim dengan nama Masjid Negeri oleh warga Shah Alam dan warga Selangor juga.

Ini gambar flyers tu.... 

muka depan

muka 1 dan 2

muka belakang

Oleh kerana gambar flyers ni kurang jelas dan tak dapat di baca..... aku merajinkan diri menyalinnya balik....

UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

Mempunyai persoalan berhubung isu perundangan syariah?

Memerlukan khidmat nasihat & bantuan professional dari peguam syarie?

Mempunyai masalah dalam prosiding di Mahkamah Syariah?

KAMI MEMBANTU ANDA........


SIAPA KAMI....?

UNIT GUAMAN SYARIE (MAIS)

Unit Guaman Syarie (UGS) telah ditubuhkan sejak tahun 2001. Kini UGS adalah merupakan satu unit di bawah Bahagian Undang-undang Majlis Agama islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan sejak tahun 2001. Unit ini berperanan untuk memberi bantuan khidmat nasihat berhubung perundangan syariah; dan memberi bantuan khidmat guaman syarie bagi mereka yang kurang berkemampuan dan memenuhi kalayak yang ditetepkan dengan kadar yang paling minimum. Penubahan UGS ini adalah selaras dengan kewajipan dan fungsi MAIS dalam membantu kesejahteraan sosial masyarakat islam di Negeri Selangor.



KHIDMAT YANG DITAWARKAN

1. Memberi khidmat nasihat berhubung masalah berkaitan undang-undang syariah

2. Memberi khidmat nasihat guaman  berhubung berhubung  kes-kes mal di Mahkamah Syariah

3. Mewakili klien yang berkelayakan dan berperanan sebagai  peguam Syarie yang dilantik bagi  Negeri Selangor yang merangkumi kes-kes berikut:-
  • Pengesahan Perceraian
  • Pengesahan Ruju'
  • Tuntutan Perceraian
  • Tuntutan Fasakh
  • Tuntutan Ta'liq
  • Tuntutan Khul'
  • Tuntutan Sabitan Nusyuz/Isteri Kembali Taat
  • Permohonan wali hakim/wali enggan
  • Permohonan Faraq Nikah
  • Permohonan Pengesahan/Pendaftaran Nikah
  • Tuntutan Pengesahan Taraf Anak
  • TuntutanPoligami (kepada Defenden sahaja)
  • Semua kes mal syariah bagi klien muallaf yang diajukan oleh Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf (MAIS)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN KHIDMAT BANTUAN GUAMAN SYARIE
  • Warganegara Malaysia
  • Bermastautin di dalam Negeri Selangor
  • Memperolehi gaji pokok RM 1,500.00 danke bawah; atau lulus temuduga kelayakan kewangan
  • Bantuan hanya diberikan kepada kes-kes yang ditawarkan
  • Mengisi lengkap borang permohonan yang disediakan

UNIT GUAMAN SYARIE
BAHAGIAN UNDANG-UNDANG
MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 4,MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2 PERSIARAN MASJID
BUKIT SUK SEKSYEN 5, 40000 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pn. Nor Hazura Hamzah                               03-55143465

Pn. Norlaili Mohamad                                   03-55143464

Pn. Norshadatulnizma Misnun@Anuar      03-55143464

Cik Umi kalsum Pasri                                   03-55143458




Semoga anda semua mendapat manfaat dari perkongsian info ni..... 

'sharing is caring' 

Wassalam..!!



2 comments:

Anonymous said...

salam pn saya betul2 perlukan peguam tuk daftar nikah di selangor.. saya xtau cara nk dftar nikah di swlangor. bleh pn tolong saya... saya btl2 buntu.. saya btl2 perlukan bantuan pn.... bleh hubungi saya 0196005569

Noor Akma said...

Aisey...! saya ni bukannya lawyer, cuma berkongsi info bermanafaat. Cubala hubungi no. yg tertera tu, mesti merek dapat membantu memyelesaikan masalah tu...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...