Nak usaha lebih tahun ni... Nak cari duit lebih melalui blog!!

10:00:00 PM Noor Akma 5 Comments

Tengok tu.... masyuk income dia!
Dah lama tahu pasal ni... dah buat sikit2. Tapi tahun ni nk tingkatkan usaha berlipat kali ganda ke arah itu... huhu! Sebenarnya dah pernah dapat duit dari iklan nih... tapi digelakkan dek hubby jer! Cash out setahun sekali, cukup2 beli baju seluar anak2.

Tahun ni biar dapat lebih lagi....biar beribu2 lemon lak! Sumber inspirasi dan idola pembakar semangat aku untuk berjuang di arena blog dah tentulah blogger kacak bergaya Ben Ashaari tuuuu!... Duk rumah jaga anak sambil berblog pun dapat duit ribu riban...hehe!

Tapi taklah aku terlalu ghairah...sebab tiada jalan yang mudah untuk mendapatkan wang yang banyak melalui iklan di blog nih. Kena rajin dan berusaha keras. Untuk tujuan itu aku dah masuk Zalora Affliatte dan Lazada affliatte. Dah pun sign up advertorial.my. 

Nak kena lebih kreatif dan menggunakan teknik serta cara yang betul tu...agar ianya tidaklah hanya menjadi satu usaha yang sia-sia dan akhirnya membuatkan  kecewa dan hampa nanti... tu la pasal! Nak updated blog hari2 tu dan cari idea yang canggih2 tarik traffik memang sesuatu yang sangat mencabar... haish!

Jadi, apa lagi tunggu, jom berblogging tanpa henti untuk menambah pendapatan! Letakkan info-info yang bermanfaat untuk pembaca dan sambil-sambil tu tambah pendapatan keluarga. La.. la...la... la... la... la!

5 comments:

Cik Dee said...

Happy blogger. Sambil berblog sambil tambah pendapatan.:)

NJihe.am said...

Selamat tahun baru! Bersama-sama kerah diri untuk tulis entri di blog.. studioous.blogspot.com

Mar Mansor said...

In sha Allah ada rezeki tu nanti..

Maria Firdz said...

Insha Allah... Man jadda wajada...

Anonymous said...

http://payripo.com/?share=93593
Cara mudah dapat duit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...