Kalau Tak Mahir Masak Nasi Tanpa Periuk Nasi Elektrik.......

12:19:00 PM Noor Akma 2 Comments


Kengkadang tetiba jer periuk nasi elektrik rosak. Memang menggelabah jadinya. Apa yang perlu dibuat..ambik periuk kat dalam tu... tanaklah nasi macam biasa atas dapur. Tapi tak boleh ditinggalkan... kena rajin tengok dan kacau. Bila air dah hampir kering, kecilkan api dapur. Tutup peruk dan biarkan sebentar selama 5 hingga 10 minit.

Bila nasi dah masak... bolehlah diangkat dari dapur. Sekiranya api dapur susah nak kawal kecil besar apinya, letakkan tudung periuk di atas dapur baru diletakkan periuk,sebagai penahan haba kepanasan. Taklah nasi nanti terlalu berkerak atau hangus dibawahnya.

Sekiranya tidak mahir menggunakan periuk biasa untuk menanak nasi, mungkin nasi mentah atau tidak cukup masak. Jika ia berlaku, isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Kemudian, buat lekuk pada bahagian tengah-tengah nasi. Letakkan mangkuk berisi air panas tadi. Tutup periuk dengan rapat dan biarkan di atas api perlahan selama beberapa minit.

Insya'allah nasi akan masak elok seperti biasa...... Haa.. lainkali jangan kecoh2 bila peruk nasi letrik rosak. Buat macam biasa orang dulu2 buat...masak pakai dapur kayu lagi... okey jer! Sementara nak beli periuk nasi elektrik yang baru.... kan!

p/s : periuk nasi ekektrik asyik rosak jer.... dah tak larat nak membeli lagi. Masak je la nasi atas dapur tu.... haish!

2 comments:

miya amira said...

pernah belajar masak nasi guna periuk biasa...
memang selalu kena tgk la...
sebab takot air terkeluar dari periuk...takot kering air la..
selalu hangit...
sekarang pakai rice cooker xperlu risau da hangit...

masak nasi mmg senang jer,,, bukan susah,, sy ada nmpk kedai jual periuk nasi mcm2 jenis,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...