Antara Kesalahan Bermekap Yang Membuatkan Foto Selfie Tak Cantik......

9:45:00 AM Noor Akma 5 Comments


Hari ni terjumpa artikel ni.... bila cuba mencari cara betul nak berselfie. Aku rasa nak kongsi pada sesiapa yang suka selfie. Aku tak berapa suka nak berselfie  ni sebab wajah aku ni kata orang 'tak makan gambar'. Dengan kata lainnya tak nampak elok dalam gambar ...hihi!

Tapi teringin gak nak berselfie bagai tu.... terikut ngan kengkawan kat fb tu. Tapi rasa macam tak kena je wajah aku ni bila ambik gambar dekat... so,aku nak belajar dari artikel nih..... Jom selfie... walau wajah tak cun melecun tapi dengan sedikit teknik, nampak cantik plak....  hahaha!

Tak kisahlah jika anda mahu ‘selfie’. Tak ada salahnya. Cuma kadang-kadang anda akan ambil sehingga berpuluh-puluh foto, tapi satu pun anda tidak berkenan. Ada saja yang tak kena. Selain gusar dengan bentuk badan, anda mungkin tidak suka melihat wajah anda di dalam foto itu. Kenapa? Ia sebenarnya adalah kerana kesalahan mekap anda.

 Abaikan kulit wajah
Sebenarnya jika anda mahu ambil gambar ‘selfie’ yang tampak natural, anda tidak perlu mengenakan bedak asas. Tapi paling penting, jangan tinggalkan pelembap dan ‘primer’. Walaupun efeknya tidak kelihatan di dalam foto (seperti anda memakai bedak asas), tetapi ia membuatkan wajah tampak bermaya dan lebih segar. Sebenarnya, inilah rahsia kebanyakan selebriti yang mengambil foto ‘selfie’ tanpa mekap. Walaupun anda terasa ingin bermekap tebal, dua krim tadi harus anda kenakan pada wajah.

Garisan mata hitam
Tahukah anda, menggaris mata dengan warna hitam akan menyebabkan mata anda kelihatan kecil? Untuk menyerlahkan bentuk mata, gunakan penggaris mata rona tanah. Lebih cantik jika anda gariskan mata anda dengan pembayang mata.

Tak pakai pelembap bibir
Jika anda mengenakan gincu, jangan sesekali abaikan kesihatan bibir anda. Oleskan pelembap bibir terlebih dahulu sbeelum mengenakan gincu. Gagal mengenakan pelembap bibir akan menyebabkan bahaian itu mengalami kekeringan dan kelihatan ‘pecah-pecah’. Oh, sangat tidak cantik!

Biarkan mata ‘panda’
Ramai yang bermekap tanpa meletakkan ‘concealer’ di bawah mata. Ia sebenarnya sangat penting untuk membuatkan mata anda kelihatan ‘terbuka’ dan lebih cantik apabila anda menggunakan ‘highlighter’ pada tulang pipi. Gunakan ‘concealer’ satu tona lebih cerah dari kulit asal anda untuk mencerahkan wajah anda. Hati-hati, jangan sampai nampak perbezaan dua warna pada kulit wajah anda.

Maskara pada bulu mata atas
Salah tu kalau anda hanya mengenakan maskara pada bulu mata atas. Seeloknya, jika mahukan solekan anda ‘pop-out’ dan mata anda kelihatan besar, anda seharusnya mengenakan masakara pada bulu mata di bahagian bawah juga. Oles dua kali maskara pada bulu mata atas dan satu lapis lagi pada bahagian bawah. Bila nak bergambar, rona maskara terbaik adalah hitam pekat. Pastikan olesan bermula dari akar sehingga hujung maskara.

Pemerah pipi atau ‘bronzer’
Kalau tak nak kelihatan terlalu pucat dalam gambar, anda harus kenakan sedikit pemerah pipi pada tulang pipiu. Ia akan menyerlahkan bentuk tulang pipi dan membuatkan wajah anda tampak segar. Tidak perlu terlalu merah, pilih rona yang bersesuaian dengan mekap anda ketika itu, jika mahukan rupa natural, maka merah jambu lembut  buat si kulit cerah dan pic buat si hitam manis. Senang kan?

p/s : Dah cuba buat seperti diatas... bolehlah selfie banyak2....

#kredit SINI

5 comments:

ros nordin said...

nak selfie pun ada tips rupanya :)

oh tips :-)

Athirah Zain said...

hmmm,, tips yg bagus,,,haha

terima kasih utk tips tu..sy xreti mekap..huhu..

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...