Antara Yang Tercantik Di Bollywood Ke Hollywood

10:09:00 AM Noor Akma 2 Comments



1. Priyanka Chopra
Bekas Miss World ini diberi gelaran ‘Piggy Chops’ oleh bintang-bintang filem Bluffmaster. Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Priyanka telah memenangi empat Anugerah Filmfare dan satu National Film Award. Bukan sekadar berlakon, dia juga berbakat dalam bidang nyanyian dan telah melancarkan single yang mendaki carta Billboard di Amerika Syarikat. Muse buat Meghna Mathur ini juga diberi penghormatan apabila figuranya dijadikan patung miniatur oleh Spin Master Toys UK bersama Shahrukh Khan, Kajol dan Hrithik Roshan. Terbaru, dia bakal muncul dalam drama bersiri di Amerika yang bertajuk “Quantico” sebagai watak utama.

2. Aishwarya Rai
Jolokan ‘Wanita Tercantik di Dunia’ sudah sebati dengan dirinya. Biarpun penerima anugerah Padma Shri daripada kerajaan India ini awalnya bercita-cita menjadi arkitek, rezekinya di bidang peragaan seolah-olah membuka jalan yang luas sehingga dia berjaya mencipta nama sebagai selebriti terkenal di India dan Barat. Filem Devdas serta Dhoom adalah antara kemuncak kerjayanya. Jurucakap L’Oreal ini pernah diiktiraf Muzium Madame Tussaud London dan New York apabila patung lilinnya mula dipamerkan semenjak 2004 dan 2007. Dia juga merupakan antara selebriti India paling dikenali di serata dunia.

3. Bipasha Basu
Majalah Eastern Eye dari United Kingdom pernah menamakan Bispasha sebagai ‘Sexiest Woman In Asia’ pada 2005 dan 2007. Malah Times menyenaraikannya di tempat kelapan dan 13 untuk ‘50 Most Desirable Women’ pada 2011 dan 2012. Media di India menggelarnya ‘sultry and dusky Bengali beauty’. Mana tidaknya, dia antara pelakon yang tampak hebat apabila menggayakan bikini untuk filem Dhoom 2. Akui Bipasha, dia hanya makan buah oren selama tiga hari dan bersenam sebelum melakonkan aksi tersebut.

4. Malika Sherawat
The Myth antara filem lakonan Malika yang memperkenalkan namanya ke persada antarabangsa. Kemunculannya di Festival Filem Cannes bagi mempromosi filem ini berjaya menarik perhatian Richard Corliss sehingga menggelarnya, ‘The Next Big Thing’. Malika berjaya membuktikan dia memiliki bakat besar apabila memenangi Renaissance Artist Award pada 2008 sempena Annual Diversity Awards ke-16 di California. Dia turut dianugerahkan Honorary Citizenship Of Los Angeles di atas kerja-kerja kebajikan dan pencapaian kerjaya.

5. Shilpa Shetty
Kontroversi yang melanda siri TV British iaitu Celebrity Big Brother pada 2007 seakan mengundang ‘glamor’ pada selebriti yang berasal dari Mangalore ini. Shilpa yang muncul juara untuk siri itu meneruskan kejayaan apabila filem lakonannya, Life In A.. Metro dan Apne menerima ulasan positif. Biarpun aktif dengan aktiviti seni, Shilpa sering terlibat dengan aktiviti kebajikan. Tahun 2006 menyaksikan Shilpa bekerjasama dengan rancangan TV BBC World Service Trust yang membantu masalah HIV-AIDS di India. Dan bekerjasama dengan PETA demi memerangi penggunaan haiwan liar untuk sarkas.

6. Freida Pinto
Kejayaan filem Slumdog Millionaire berjaya menaikkan nama Freida di persada seni. Terutama selepas memenangi ‘Outstanding Performance’ di Anugerah Screen Actors Guild, 2008. Sejak itu pelakon yang dilahirkan di Mumbai India ini terus menjadi rebutan sutradara Barat. Malah dia turut disenaraikan sebagai ‘10 Stylish Women of 2009’. Pelakon yang memiliki kecantikan semula jadi ini juga terpilih menjadi jurucakap L’Oreal. Menurut The Daily Telegraph, dia antara pelakon wanita India yang menerima bayaran tertinggi di Hollywood.

#kredit SINI

2 comments:

sokong Aisy dgn Priyanka Chopra je.. hehehehehe.. yg lain tu tak minat.. :)

cantiknyaaaaaaaaaaaaaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...