Buah Tangan Buddha, Buah Citrus Yang Paling Pelik Di Dunia....

9:42:00 AM Noor Akma 1 Comments


Ari tu jumpa gambar buah ni kat fb, so tertarik nak tau tentang buah ni... Cari2 kat google, jumpa artikel ni.... bagus untuk pengetahuan. Agar tak lupa, tempek artikel tu kat sini... Bila ada masa, boleh baca lagi sampai hadam.... kih3

Jom baca.....

Citrus medica var. sarcodactylis yang dikenali sebagai “tangan Buddha” atau fingered citron, merupakan spesies ganjil dari famili citrus. Perkataan “sarcodactylis” berasal dari perkataan Greek, iaitu “sarkos” bermaksud “suci” dan “dactylos” bermaksud “tangan”. Ianya dikatakan berasal dari Barat Laut India.


Citrus medica var. sarcodactylis merupakan spesies pokok bersaiz kecil atau dalam kategori pokok renek yang perlahan kadar pertumbuhannya. Ianya boleh mencapai ketinggian di antara 2-5 meter sahaja. Dahannya tumbuh berterabur dengan ranting yang keras dan mempunyai duri yang agak panjang di bahagian cabang daunnya. Daunnya malar hijau dan berbau limau dengan bahagian tepi sedikit bergerigi, berbentuk bujur dengan panjangnya di antara 10-15sm. Bunganya mempunyai 4-5 kelopak, berwarna putih dan mengeluarkan bau yang amat tajam.

Spesies ini amat terkenal kerana buahnya yang amat unit berukuran 10-25sm panjang, berbentuk bujur atau oblong, berpecah di bahagian hujung tangkai, memisahkannya kepada beberapa segmen yang seakan-akan menyerupai susunan jari manusia. Terdapat di antara 5-20 segmen bagi setiap kelompok buah. Empulur atau isinya berwarna putih pejal yang dikenali sebagai albedo dan tidak mempunyai biji. Warna buahnya berubah dari hijau semasa masih muda kepada warna oren kekuningan apabila matang. Buahnya tidak akan gugur dan kadangkala beratnya boleh mencapai sehingga 4-5 kg sekiranya tidak dipetik dan dibiarkan masak sepenuhnya. Sekiranya buah tersebut tidak dipetik, dikhuatiri dahannya akan bengkok atau patah ke tanah dan akan menyebabkan pelbagai penyakit fungi kepada pokok. Kulitnya tebal dan mempunyai rasa lemon yang tajam.

Mengikut kepercayaan, buahnya kerap digunakan dalam upacara keagamaan Buddha sebagai media persembahan kepada kuil-kuil (di situlah namanya dikenali sebagai tangan Buddha) kerana setiap buah (terutamanya yang tersusun dalam bentuk jari yang rapat) dipercayai menyamai susunan tangan semasa berdoa.

Walaupun tanpa isi yang berair, ianya kaya dengan minyak yang mengeluarkan aroma citrus dan kandungan vitamain C yang tinggi. Justeru, ia kerap digunakan dalam bidang perubatan sebagai tonik, ubat batuk, reumatik, mabuk laut, penyakit kulit dan daya pengelihatan yang lemah. Pati minyak yang diperolehi dari kulit bahagian luar juga boleh dijadikan antibiotik. Pokok ini amat terkenal sebagai pokok hiasan, terutamanya dijadikan tanaman bonsai.

Pengunaan lain buahnya adalah sebagai pewangi bilik dan parfum pakaian. Ianya juga digunakan dalam penyediaan makanan termasuklah sebagai pencuci mulut, sos kepada salad penyeri, marinet, penambah rasa kepada masakan dan minuman dan boleh dijadikan jem.

Spesies fingered citron amat terkenal dan menjadi pilihan di negara China dan Jepun kerana aroma dan kecantikannya. Di China, ianya dikenali sebagai “fo-shou”, yang membawa maksud keriangan dan panjang umur. Orang Cina gemar membawa buah ini bersama mereka, menjadi hiasan di atas meja di rumah-rumah dan sebagai persembahan di kuil-kuil. Manakala di Jepun, ianya dikenali sebagai “bushukan”, kerap dijadikan sebagai hadiah yang paling popular semasa menyambut kedatangan tahun baru. Mengikut kepercayaan masyarakat di sini ianya dapat menzahirkan nasib yang baik kepada isi rumah.

p/s : artikel yang lengkap, semua diceritakan bersekali dengan kegunaannya.... I loikeee!

#kredit SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...