Buat Bahan Penghalau Serangga Perosak Untuk Tanaman....

10:23:00 AM Noor Akma 1 Comments


Hanya menggunakan satu ramuan mampu mecegah kehadiran serangga perosak pada tanaman. Bagus kan... Bahan pun mudah didapati. Yang bagusnya lagi, tak perlu beli racun perosak. Bahaya dan sukar dikendalikan....

Dengan gabungan bahan organik seperti bawang, cili dan cecair sabun ini mampu mengawal kehadiran hampir kesemua jenis serangga perosak. Senangkan... Nanti tak adalah tanaman sayur-sayuran yang ditanam rosak di makan ulat.

Macammanapun larutan ini boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan mata. Oleh itu, pakai sarung tangan dan jarakkannya daripada mata dan hidung semasa menggunakannya.

Bahan -bahan :

Botol penyembur
Kain sebagai penapis
Mangkuk bancuhan
2 biji bawang merah
2 biji cili merah
1 ulas bawang putih
1 sudu sabun cucian cecair

Cara penyediaan :

Campurkan kesemua bahan di dalam mesin kisar, tambahkan air dan kisar sehingga hancur kesemuanya. Kemudian, tapis bahan ini menggunakan kain dan tambahkan sabun cecair ke dalam air yang telah ditapis. 

Kacau sebati. Sembur larutan ini pada tanaman di bahagian atas dan bawah daun. Larutan ini boleh digunakan lagi walaupun telah seminggu disimpan di tempat tertutup di dalam peti sejuk.

p/s : Sesiapa yang rajin bercucuk tanam di halaman rumah, elok cuba cara ni...


#kredit SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...