Cara2 Untuk Mengecilkan Liang Pori Di Wajah.....

10:28:00 AM Noor Akma 2 Comments


Belek2 wajah kat cermin, dapat idea nak cari cara mengecilkan pori2 yang dah makin nampak jelas kat muka. Kalau tak dijaga betul2 nanti jadi muka bulan plak. berlekuk sana sini.... Dah nampak lebih tua dari usia dan berkedut ...he3

Search kat google... jumpa artikel ni, jom kita share dan praktik sama2 yang mana boleh dan termampu.....

1. Mengambil kolagen
Jika anda ingin mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil, anda benar-benar perlu mencari produk penjagaan kulit yang baik. Amat penting untuk mencari produk yang meningkatkan pengeluaran kolagen wajah. Cari barangan penjagaan kulit yang meningkatkan elastin dalam kulit anda. Dapatkan produk yang mengandungi kolagen untuk menganjalkan kulit wajah anda.
2. Ambil produk yang mengandungi Vitamin C
Vitamin C adalah bahan yang benar-benar perlu jika anda mahu liang kecil. Sebagai hakikatnya, vitamin C itu sendiri akan meningkatkan pengeluaran kulit baharu yang mengandungi kolagen dan elastin. Anda boleh mencari produk-produk yang mengandungi bahan itu atau anda boleh menggabungkan ia ke dalam diet harian anda atau mengambil vitamin sebagai makana tambahan setiap hari.
3. Buang sel kulit mati
Apabila sel-sel kulit mati tidak dibuang dari wajah anda, anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada liang pori yang lebih kecil. Anda perlu mencuci muka anda setiap hari.Cari pencuci muka dan pembersih yang mengandungi alpha hydroxy.
4. Buang sebum berlebihan
Sebum berlebihan, atau minyak boleh membesarkan liang anda. Kulit anda secara semulajadi akan menghasilkan sebum, kerana anda perlu sedikit daripada minyak itu. Jadi, anda perlu menggunakan pencuci muka yang boleh membuang minyak di wajah yang berlebihan, akan tetapi, cuba elak dari menggunakan produk yang kasar yang boleh merosakkan wajah anda. Terdapat beberapa topeng muka buatan sendiri anda boleh cuba buat.
5. Stimkan wajah anda 
Anda tidak perlu pergi ke spa untuk mendapatkan liang pori wajah yang lebih kecil. Rawatan wap sangat baik untuk wajah anda dan anda boleh buat di rumah. Apa yang anda perlukan adalah air panas, jus lemon, ais, dan tuala. Isi mangkuk besar dengan air panas dan letakkan muka anda di atasnya selama 3-5 minit. Selepas itu, letakkan beberapa jus lemon di atas kain tuala anda dan sapukan di seluruh muka anda. Bilas dengan air, kemudian sapu ais di seluruh kulit anda. Beri perhatian khusus kepada kawasan liang terbesar. Teruskan rawatan ini untuk setengah minit atau lebih . Liang anda akan menjadi lebih kecil dalam masa yang singkat.
6. Bersihkan wajah daripada sebarang solekan sebelum tidur
Ini adalah salah satu tip penjagaan kulit yang terbaik untuk membuat liang anda lebih kecil, tetapi majoriti wanita cenderung untuk mengabaikannya termasuk diri saya sendiri.  Ada wanita yang malas untuk mencuci wajah mereka sebelum tidur dan merungut apabila liang pori wajah mereka besar. Jadi cuba untuk membersihkan wajah anda sekerap mungkin kerana bukan sahaja liang akan tersumbat dengan lebih cepat, tetapi jerawat juga akan tumbuh di wajah mulus anda.
7. Gunakan topeng wajah /masker kecantikan
Cuba untuk gunakan topen wajah atau facemask untuk mengekalkan kebersihan wajah anda. Boleh beli di kedai masker yang dah ready atau guna resepi tradisi untuk buat masker ni seperti masker putih telur, masker coklat, masker madu, masker timun dan masker oat.
p/s : sharing is caring.....
#kredit SINI

2 comments:

Puan Wawa said...

Tips yang hebat ni..")

ros nordin said...

tips berguna ni-tq sharing :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...