Projek Taman Mini Dalam Botol

9:30:00 AM Noor Akma 3 Comments


Siapa pernah dengar pasal taman mini dalam botol atau terrarium.....? Pernah kan.... Terrarium atau taman mini yang digubah di dalam bekas kaca ini sesuai dijadikan hiasan untuk menyerikan sudut dalam kediaman seperti ruang tamu, dapur kering dan juga bilik tidur. Malah ia juga sesuai andai diletakkan di ruang patio juga balkoni.

Jom kita buat.... cantik tau..!!!

Bahan :
Tanah hitam
batu hiasan
botol 
Tumbuhan kecil (paku pakis atau apa2 jer yg sesuai)
*tanah hitam dan batu hiasan boleh beli di pasaraya)
* botol jem dan sos boleh digunakan
*beli kat nursery atau kutip kat pokok pinggir jalan

Langkah2 :

Mula-mula ambil kertas A4 dan dibentuk seperti kelongsong. Ini sebagai corong untuk memasukkan batu-batu halus sebagai lapisan dasar.

Lapisan dasar ini agar hasilnya bertambah menarik masukkan dalam dua atau tiga lapisan dengan tekstur dan warna berbezabeza. Ketebalan setiap lapisan itu bergantung kepada anda.

Setelah selesai masukkan dua atau tiga ketul batuan sungai pelbagai saizagar penampilan taman mini tampak hidup.

Untuk memudahkan proses susun atur di dalam botol tersebut, sebatang kayu diperlukan bagi mengalih dan menyusun anak-anak batu tersebut.

Ambil anak pokok pelbagai saiz daripada spesies pakis.

Kemudian masukkan ke dalam botol tadi. Peletakan terpulang kepada kreativiti anda tetapi andaikan bahawa anaka pokok tersebut sebagai titik tumpu. Maka sesuai andai diletakkan di tengah bekas.

Untuk kemasan air tambahkan batu-batu kecil untuk memperincikan lagi penampilan terrarium.

Akhir sekali sembur air ke dalam bekas untuk menghasilkan persekitaran lembap kepada tumbuhan tadi.

Pelbagai saiz dan bentuk terrarium yang telah siap digubah indah. Sangat ideal untuk sudut-sudut kecil sebagai efek segera menaikkan seri ruang.

Dah siap...!

p/s : Sesuai untuk yang tinggal di kediaman bertingkat.......... flat,kondo etc.

#kredit SINI

3 comments:

kretaifnyaaaaaaaaaaaaaaaa

suk ayg dalam bekas kaca boleh gantung tu...bulat je bekas dia..hihi...kalau botol kaca letak pape pun cantik

Nabila Syifa said...

tak pernah lg try.selalu tanam dalam pasu je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...