Tip Mengemas Almari Yang Penuh Dengan Baju2 Lama....

10:07:00 AM Noor Akma 4 Comments


Asyik hujung bulan beli baju baru. Nak pergi kenduri tempah baju baru. Jalan2 shoppping complex nampak baju cantik beli lagi. Sedar tak sedar almari pun dah penuh dan sendat. Baju baru dan baju lama bercampur gaul satu almari.

So...apa nak buat, kenalah ambil masa mengemas apa yang patut. Tapi takpe, boleh ikut cara ni....

Kosongkan almari sebelum mengasingkan pakaian yang diingin juga tidak. Dengan cara mengosongkan almari akan memudahkan anda untuk melihat kembali ruang yang ada dan mengatur rancangan seterusnya agar lebih kemas dan teratur.

Asingkan pakaian yang anda sering pakai dan gunakan dahulu. Tempatkan di satu bahagian sebelum mengeluarkan pakaian lain yang tertinggal dalam almar baju. Setelah keluarkan semua yang ada, bahagikan kepada beberapa bahagian iaitu baju (top), seluar,dress dan aksesori. Dengan cara ini akan memudahkan anda untuk lihat apa yang anda perlukan dan yang mana tidak.

Pembahagian ruang almari yang betul membantu untuk anda meminimumkan pakaian untuk dimuatkan. Dengan ruang yang terhad anda akan lebih kritikal terhadap apa yang perlu dan tidak. Setelah anda mengasingkan pakaian tadi, letakkan baju, seluar, dress, aksesori juga kasut kepada bahagian tertentu. Dengan cara ini almaar pakaian anda akan kelihatan lebih tersusun juga menarik.

Label semua barangan yang dimuatkan di dalam kotak terutama untuk aksesori seperti rantai, cincin, subang serta tali pinggang secara berasingan. Untuk yang memiliki kasut yang banyak, kami cadangkan agar ambil gambar menggunakan Polaroid atau cetak gambar yang diambil dan tampal di luar kotak bagi memudahkan anda mencari kasut yang sesuai setiap kali mahu menggunakannya. Tempat di satu almari tertentu yang tidak dicampur aduk dengan barangan lain.

Gantung pakaian mengikut jenis. Semestinya anda perlu mengutamakan apa yang anda sayang terlebih dahulu. Susun rapi semua jaket, sut dan blazer yang punya nilai tinggi di satu bahagian tertentu. Untuk mencantikkan almari baju anda rajinkan diri sedikit dengan menyusun kemeja mengikut ton warna. Setelah itu ia pasti menawarkan pengalaman penuh keterujaan buat anda setiap kali melihat ruang almari yang tersusun rapi.

Apa yang boleh dibuat dengan barang yang anda sudah tidak mahu? Ada beberapa cara yang boleh anda aplikasikan buat pakaian yang tidak lagi diperlukan. Pasti saja dalam banyak-banyak itu masih ada yang dalam keadaan baik. Sama ada anda boleh memberi kepada ahli keluarga yang lain atau kumpulkan dalam satu kotak dan dermakan kepada rumah anak yatim. Namun jika anda bijak, anda boleh mendapat faedah lain selain menderma iaitu dengan menjual semua baju yang masih elok di bazar yang menawarkan koleksi pre-love juga vintaj. Dan hasil daripada jualan tadi tentu saja anda boleh gunakan untuk pakaian baru yang lebih trendy atau laburkan saja pada satu key pieces jenama mewah yang boleh bertahan lama serta mungkin boleh menjadi item berharga selepas bertahun dalam simpanan.

p/s : selamat mengemas almari... :)

#kredit SINI

4 comments:

Amie said...

Kena cari masa untuk kemas almari pakaian... sebab banyak sangat isinya! Tq for sharing... tips yang sangat berguna.

great tips

YieN said...

Thanks 4 sharing.. Kadang tu dah kemas, datang anak2 bole pulak dia main dlm lemari n punggah semua baju, haha ~

anazarin berbicara info yang bermanfaat

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...