Sayur-Sayuran Jadi Menu Utama Juadah Harian Sekarang Ni....

10:50:00 AM Noor Akma 3 Comments


Dulu menu sayur- sayuran jadi menu sampingan dalam hidangan seharian keluargaku. Sejak ikan dan daging mahal (nasib baik ayam dalam senarai harga kawalan).... tapi tak berapa suka makan ayam sebab ayam sekarang ni ayam genetik yang mungkin memudaratkan.  Aku dah ubah 360 darjah menu harian keluargaku. 

Sekarang... ikan dah jadi menu sampingan. Sayur-sayuran masih dalam kategori murah lagi. Ini semua untuk menjimatkan kos sara hidup jugakla. Tak tahan tengok harga ikan dan daging naik mencanak2. Kalau sesekali turun balik, berapa sen la sangat bezanya.

Yang bagusnya anak2 sudah diajar makan sayur sejak kecil lagi. Semua suka makan sayur, Jadi tak adalah yang menolak.  Samada sayur2 kampung atau sayur yang biasa2 tu.... semua diorang suka. Memang sungguh menjimatkan kos dapur sekarang nih. 

Sayur kampung macam pucuk paku, pucuk ubi, rebung, pegaga, keladi dan beberapa lagi sayur kampung dibuat masak lemak cili api bersama sedikit ikan bilis berselang-seli setiap hari dengan sup sayur, tomyam sayur, masak lemak putih sayur... kalau nak makan kari, buat la dalca sayur, pajeri nenas atau terung. 

Sesekali ada la di iringi beberapa ekor ikan kembong dan ikan keli goreng, atau sambal ikan. Iringan telur goreng/dadar pun ada. Selain tu buatlah sambal belacan, sambal tomato atau sambal kicap penyedap rasa. Sup dan tomyam tu tambah la sikit ayam  yang dipotong kecil2 atau bebola ikan..... mudah kan!

Bila dah beberapa bulan buat macam ni.... badan pun rasa ringan. Bila di timbang, berat pun dah berkurang 3 - 4 kilo. Macam tak percaya jer. Khasiat dapat, badan pun lebih sihat........ Itulah pengalaman aku mengatur menu hidangan keluarga. Lain orang, lain caranya...  terasa hampir ke arah vegetarian plak!

p/s : Masak lomak cili api tu mesti.... kegemaran en. somi..hehe!


3 comments:

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaa

PeRdU cINta said...

ubah menu untuk kesihatan..alhamdulillah..

husna zahidi said...

husna kalau mkn kat memana jer mesti nak kena ada sayur jugak sbg pelengkap menu tuh..ntah laa kalau xdak sayur dya rasa mcm tak sedap.. hehehe..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...