Meniaga Online Ni, Sabar Banyak2....

12:47:00 PM Noor Akma 3 Comments


Aku dah berjinak2 berniaga online ni dah lebih 5 tahun. Ada barang sendiri dan ada yang dropship dengan supplier. Supplier tu ada yang terus dan ada yang agen supplier. Macam2 dah jual. Dari makanan, kuih raya, produk kesihatan, kecantikan, kasut, handbag dan juga pakaian. Apa saja yang boleh jual dan laku, aku jual...

Dulu2 meniaga online ni sampingan jer. Sebab masa tu aku sibuk meniaga kat bazaar2 dan expo serta kiosk2 jualan. Sekarang ni dah takde niaga angkut2 barang lagi... penat tak terkira dan anak2 terabai. So, aku dan en. somi buat keputusan tutup je la. En. somi kerja tetap dan aku niaga online sepenuh masa je la.

Hari2 aku update baju2 baru. Lebih2 lagi nak raya ni. Banyak baju2 raya yang cantik2 keluar. Satu hari dekat nak 10 kali la aku update. Kebanyakannya stok ni dari supplier. Ada lebih dari 10 supplier yang aku dapat. Aku cari customer melalui blog, fb page dan instagram.

Hari2 ada customer tanya... Dah nak raya ni, memang ramai yang bertanya itu dan ini baju2 raya yang aku jual. Tapi adat berniaga.... ada yang serius nak membeli, bajunya dah habis.... Bila ada stok dan dah bagi no. akaun, senyap sunyi tak berkutik. Ramai yang buat aku macam ni. Tak apalah, takde rezeki aku le tu, sabo je la......

Barang dari supplier ni bukan dapat kita tentukan. Kengkadang customer dah menunggu nak confirm... supplier lambat menjawab mesej. Itu satu faktor jugak menyebabkan urusan jual beli tak menjadi. Ada plak baju ada.... customer nak bayar lambat sikit. Aku beria la booking baju tu... tup2 customer senyap, mesej tak berjawab dah. Lepas tu, aku tak layan booking mulut dah.. Yer la, buruk dah reputasi aku kat supplier.

Walau macammanapun ada juga lah yang membeli. Alhamdulillah, cukuplah untuk aku yang membuat kerja di rumah ni. Pendapatan dropship, review, blogging adalah lebih sikit dari separuh dari 1k. Dapatlah menampung duit belanja dapur. Bukan buat apa2 pun. Sambil2 tengok tv, godek2 laptop, jawab2 mesej henpon jer... hihi!

p/s :  Kalau takde customer, takde sale takpe, janji UV blog niaga aku tu makin berkembang.. dah boleh dapat 1k sehari.... income@duit jugak tu jadinya... :)



3 comments:

waa terbaik.. mmg kena rajinkan. dan amik masa utk org percaya kalau bniaga online ni, apepun tahniah. byk dah income tu.. sy je masih merangkak :)

kena banyak sabar

Padin said...

walau apa pon bidang yang melibatkan perkhidmatan pelanggan, mesti kena ada sabar yang banyak... hihii, ragam manusia ni pon kan pelbagai.. layann

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...