Dah Nak Raya Ke...?

8:41:00 PM Noor Akma 1 Comments



Puasa ke 27..... dah dekat nak raya nih. Tapi mood raya entah kemana lah perginya. Disebabkan aku terpaksa beraya di Shah Alam pada raya pertama dan kedua. Raya ketiga petang, baru nak gerak balik kampung. En. somi masih bekerja... so, terpaksalah beraya yang tak serupa beraya kat sini... isk isk2!

Hmmm... bosan le dibuatnya. Kedai online pun dah ditutup sempena raya nih. Buka balik selepas raya... FB sunyi  jer... Hari  ni baru nak terketik2 update blog ni.... Sebenarnya idea menerawang jauh tapi teramat susah nak di ungkap jadi perkataan... huh!

Persiapan raya... jangan tak ada je la. Baju raya dan tudung raya aku dan anak2 perempuan beli online.... Sepasang sorang jer.. Kelmarin pergi jugak la shopping beli kasut untuk anak2 perempuan dan kemeja en. somi dan anak bujang. Handbag aku plak tetiba rosak... So, beli online kat Lazada..! Walau beg tu cantik tapi kurang menepati selera ..... Dah beli, pakai je la. 

So, itu jer la.... info terkin dari aku... Sekarang dalam beberapa hari ni, bertukus lumus menyiapkan projek mega en. somi. Anak bujang aku lah yang paling busy menguruskannya. Projek cari duit modal balik kampung. Apa lagi, berkecah la rumah. Bertabah lah :((

Lepas ni nak masak hidangan raya plak. Buat seba sikit lebih kurang jer.... Nasi impit, kuah kacang dan kuah lodeh..... Buat seperiuk kecik jer semua tu. Biskut raya jangan tanya.. bayang pun tak nampak... Tak ada pun tak kisah. Nanti aku nak buat kek 2 biji ... Kek buah dan kek coklat..... Not so excited... hehe!

Ok... bye!

p/s : Berhati2 di jalanraya.... 




1 comments:

Singgah sebelum raya. Ain nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Tersalah komen, tersuka komen, tersibuk komen dan banyak lagi ter harap diampunkan :) Selamat pulang ke kampung halaman, Semoga selamat pergi dan balik,
Pemilik blog theathra.blogspot.my
Ain Athirah binti Anuar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...