Facebook

Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah... Amin!

1:37:00 PM Noor Akma 4 Comments

Aku jarang buat cerita artis. Kalau aku buat cerita artis tu, tandanya aku memang minat pada artis tu. Lakonannya pada aku memang hidup dan menjadi. Bila aktor Sharnaaz dah kahwin dan menamatkan menamatkan zaman bujangnya, harap-harap tamatlah segala kontroversi yang ada. Aktor Sharnaaz dah kahwin dengan kakak aktres neelofa lagi tu... tak dapat adik, kakak pun jadilah.. cantik jelita juga, setanding adiknya yang di kenali ramai tu... !

Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah
Aktor Sharnaaz Ahmad Dah Kahwin, Semoga Berbahagia Hingga Ke Jannah

Pada tarikh  tarikh 31 Mac lepas , satu  hari bersejarah baginya , Sharnaaz selamat bergelar suami kepada Nabila dengan sekali lafaz di Hotel Royale Chulan, Damansara. Pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana, Ustaz Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz dengan mas kahwin RM1,000, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.  Selain itu, kakak kepada selebriti popular, Neelofa itu turut menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pengantin lelaki.

“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan cukup baik.“Saya bersyukur kerana Noor Nabila sudi menjadi suri...rumah di hati saya.“Insya-ALLAH, saya dan isteri akan terus berbahagia selama-lamanya.“Doakan agar penyatuan ini juga direstui ALLAH SWT,” ujar Sharnaaz. usai majlis pernikahan. Majlis akad nikah berlangsung secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat pasangan pengantin baru.

Seronok dengan status baru, pemilik nama sebenar Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ini bagaimanapun sedar akan tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti.“Saya gugup bukan kerana perlu berhadapan dengan ramai. Saya sendiri dah pernah buat pelbagai live show.“Tapi, keadaan itu timbul kerana memikirkan tugas yang bakal dipikul selepas ini.“Saya akui saya rasa sangat bangga hari ini. Today, I became a man,” katanya lagi sambil tertawa bahagia.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan zuriat, ini jawapnya“Buat masa ini tak boleh nak cakap apa lagi. Bagaimanapun perancangan saya mahukan enam cahaya mata, kalau boleh tiga wanita dan tiga lelaki. Namun semua itu hanya perancagan, selebihnya Allah menentukan,” ujarnya tersenyum. Dalam perkembangan lain, pasangan pengantin baru ini akan menikmati bulan madu mereka di Italy bermula 14 April depan selama tiga minggu lebih.

Sebagai antara salah seorang peminat di antara ribuan peminatnya yang ada, aku dari kejauhan ini turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini hingga ke jannah dan di kurniakan anak-anak yang cantik jelita dan kacak belaka. Juga terus mencipta kejayaan dalam dunia lakonan. Suka tengok Sharnaaz berlakon. Penuh dengan karektor dan karisma...!

Ada la sikit buat cerita artis, nak baca.. klik SINI

p/s: Antara aktor yang pada bila berlakon penuh penghayatan dan menusuk kalbu. Dah la sado... hmmm!

#kredit SINI

4 comments:

anzra rizal said...

jarang jugak ambil tahu pasal dunia artis nie , tapi terkejut jugak yg Sharnaaz nie dah kahwin hahahaa

tahniah

Tahniah.. dah sampai jodoh mereka.. semoga bahagia dunia akhirat Amin...

Nour Adieb said...

Tak minat Sharnaaz, tapi minat dengan Abang Jebat Mastura :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Us

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...