01 April 2017

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!

Sekarang dah ada jalur lebar atau lebih di kenali sebagi internet dan ada pula telefon yang pintar dan canggih..... Dah boleh buat group atauu kumpulan sembang dalam telefon. Banyak group whatssap, dari grup sekolah rendah, sekolah menengah, group saudara-mara, group kawan-kawan kerja, jiran tetangga dan macam-macam group lagi yang ada. Dah terlalu banyak group whatssap ni, sampailah group jual-beli barang pun ada. Hadoii dah tak terlarat nak layan dah...

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!
Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!

Ada banyak kebaikan mempunyai group whatssap. Salah satunya boleh mengumpulkan para keluarga dan sahabat handai yang duduk berjauhan. Selain tu senang mendapat informasi dengan cepat untuk group keluarga, kejiranan dan kerja. Boleh saling mengenali di antara satu sama lain, memudahkan mendapat maklumat dan informasi terkini. banyak lagi lah kebaikan yang tak larat nak di senaraikan.

Di sebalik kebaikan ada juga keburukannya. Salah satu sebab adalah nanti akan menjadi lalai membuat kerja lain sekiranya terlalu taksub dengan whatssap sahaja. Yalah, kalau masa kerja pun asyik tak lepas dengan telefon bimbit ke hulu kehilir. Lepas tu kalau yang group gossip pula dah buat gossip berjemaah pulak dah.... hihi! 

Banyak Group Whatssap .. Sampai Tak Terlayan!


Tapi kan, yang paling tak tahan.... ramai yang dalam group tu tetiba je jadi ustaz atau ustazah tak bergaji. Hantar tazkirah punyalah panjang lebar. Tapi kira baguslah begitu, saling mengingati antara satu sama lain. Ayat tazkirah tu sama je antara satu group dengan group yang lain... muak jugak. Puaslah pulak jadi satu kerja memadamkan benda-benda tu. Kalau tidak, memori telefon penuh. Aiyyyyoooo....hehe!

Aku, macam biasa banyak group ada... Dalam kebanyakan group dan masa, aku jadi cctv jer. Bukan tak baca, tapi kengkadang tu sibuk dengan kehidupan sendiri dan ada kalanya rasa tak berani nak bergurau senda lebih-lebih pada group kengkawan. takut ada yang terasa dan takut tersilap cakap. Apatah lagi group blogger... ramai yang tak pernah aku bersua muka. 

Apapun, group-group yang ada ini menceriakan hidup aku kini... Ada masa, aku senyum tetiba bila membaca berbagai gurau senda yang ada. Sampaikan di tegur anak-anak. Apasal aku senyum bila tengok telefon aku ni. Pada aku, biarlah jadi cctv tapi sesekali aku akan munculkan diri. jangan nanti orang ingat aku tak dah tak wujud plak.. hahaha!

Nak baca banyak cerita... klik SINI

p/s : Sesekali munculkan diri, baru jadi perhatian.... ya tak?


1 comment:

  1. serabot sebeno nyer byk grup wasap.
    kekadang x terbaca.
    aida amik perhatian grup keje & grup famili aje.
    yg lain, aida x brape baca in deep.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...