Buffet Ramadan 1438H / 2017M ‘Istimewa Citarasa Penang’ GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

1:45:00 PM Noor Akma 3 Comments

Bulan puasa atau bulan Ramadan akan menjelma tak lama lagi. Bulan berkat dan rahmat serta untuk memperbanyakkan ibadat. Dari sisi lain di bulan inilah juga kita akan diperlihatkan banyak juadah pilihan untuk berbuka puasa. Buffet Ramadan jadi pilihan untuk yang sibuk berkerjaya. Ramai juga syarikat dan orang-orang yang ingin mengadakan majlis berbuka puasa. Cadangan majlis berbuka puasa aku adalah Buffet Ramadan di Grand Bluewave Hotel Shah Alam. GBWHSA menyediakan masakan citarasa Penang yang pasti memikat hati dan di jamin berpuas hati.

Buffet Ramadan 1438H / 2017M ‘Istimewa Citarasa Penang’ GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM
Buffet Ramadan 1438H / 2017M ‘Istimewa Citarasa Penang’ GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM

Bercerita pasal masakan Penang ini, aku pernah tinggal di sana selama dua tahun pada tahun 90an dulu. Jadi masakan ini tidaklah asing bagi aku. Apabila melihat dan menjamah masakan ini semua, membuatkan aku mengimbau kenangan dulu-dulu di sana. Mana tidaknya... di tambah lagi dengan hiasan rumah lama dan nama jalan di Penang tu, memang nampak real sangat...he he!

Buffet Ramadan 1438H / 2017M ‘Istimewa Citarasa Penang’ GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM


Dengan status hotel 5 bintang halal dan mesra pelanggan, GBWSA akan menawarkan bufet mewah dari lebih 100 hidangan masakan Penang yang berbeza setiap hari. Dah namanya masakan  Penang, mestilah tak akan tertinggal ialah Nasi Kandar, Kari Kepala Ikan, Kambing Panggang, Daging Masak Hitam, Ayam Golek Serai Wangi, Ikan Bakar, Rendang Mamu, Mee Udang Hokkien, Murtabak, Roti John, Roti Keju, Roti Pisang dan Rojak Pasembur.

Selain dari itu, hidangan berbuka puasa yang wajar di rasa  adalah Nasi Tomato, Daging Rendang Tok Mamu, Kari Ketam, Nasi Dhal  Ketam Masak Lemak, Ayam Masak Merah Berkacang Peas, Cumin Seed Rice, Rendang Ayam Utara, Sambal Udang Petai dan Pajeri Nenas Berkerisik dan Nasi Ayam Hainan

Buffet Ramadan 1438H / 2017M
Buffet Ramadan 1438H / 2017M

Terdapat juga hidangan enak yang lain seperti Lemang, Nasi Impit, Ketupat Nasi, Ketupat Daun Palas, Pulau Pinang Char Kuey Teow, Tandoori Chicken dengan Naan Roti, tosai, Rojak Pasembur, Popiah Basah, Sotong Kangkung, Bubur Lambuk,  Dim Sum dan Fried Wanton, Kuih Pau berbagai inti dan banyak lagi hidangan lazat  menunggu untuk di nikmati.

Buffet Ramadan 1438H / 2017M
Buffet Ramadan GBWHSA

Pelbagai hidangan pencuci mulut yang daripada Pop Corn, Ice Cream, ABC Ice Kacang, Chendol Pulut, pelbagai pilihan Kuih Melayu dan Nyonya Kuih, Pelbagai Bubur, Sejuk Peach dengan Sago dan Kelapa, Banana Bread and Butter Pudding dan banyak lagi. Tambahan pula, terdapat pelbagai minuman sejuk dan panas untuk menghilangkan dahaga.

Sewaktu menikmati hidangan, pengunjung juga akan dapat menikmati bacaan Al-Quran dan untuk mengerjakan ibadah solat ada disediakan surau dan imam untuk solat maghrib. GBWHSA akan juga menjalankan Projek Amal Bubur Lambuk Barakah dan acara khas istimewa untuk anak-anak yatim.

Dah tengok dan bercerita tentang hidangan lazat di Grand Blue Wave Hotel Shah Alam ni, jom lihat harga promosi yang di sediakan.Sebelum tu aku nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadan dan Selamat Berbuka Puasa kepada pembaca artikel ini. Semoga artikel yang tak seberapa ini memberi manafaat kepada anda ..... :)

RAMADAN BUFFET PROMOTIAN @ ROYALE SONGKET RESTAURANT
Tarikh : 27 May - 24 Jun 2017

Promosi Istimewa 10 hari pertama Ramadan
RM90.00 + untuk dewasa
RM50.00 + untuk kanak-kanak* (4-11 tahun)

Harga untuk Isnin - Ahad
RM115.00 + untuk dewasa
RM65.00 + untuk kanak-kanak*

Harga untuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum
RM115.00 Dewasa + 1 Kanak - kanak

Buffet Ramadan Banquet
RM75+ (minima 100 orang)

*warga emas 60 tahun ke atas

Untuk tempahan
03 - 5511 8811 samb. 2801, 2804 atau 2806
Email : dosm@bluewavehotels.com
Web : www,bluewavehotels.com

p/s :  Sedapp semuanya... ada beberapa cerita yang aku tulis tentang GBWHSA, Nak baca, klik SINI

3 comments:

The Fool said...

Wah..menarik tempat ni, ade potensi jd tempat iftar tahun ni

Scha Nazri said...

NAMPAK MENYELERAKAN!

Mizzy Naddy said...

Great, bleh jadi option untuk rekemen pada member2. Kadangkala ada naik Shah Alam juga.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...