Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...

10:25:00 PM Noor Akma 2 Comments

Pagi tadi aku pergi ke Kompleks PKNS  Shah Alam. Ada janji nak jumpa seorang blogger ni dan nak shopping barang-barang kecil sikit lebih kurang. Bila saja singgah di Kompleks PKNS Shah Alam ni, akan terimbau kenangan lalu di situ. Aduyai... kenangan zaman dedulu sebelum menginjak alam perkahwinan. 

Kompleks PKNS Shah Alam
Kompleks PKNS Shah Alam

Tau tak, aku pernah bekerja di salah satu premis di sini satu waktu dahulu. Syarikat tu, beberapa tahun selepas aku berhenti kerja dari situ, syarikat itu pun dah tak ada. Aku tak pasti apa yang jadi sebenarnya. Pindah ataupun di tutup agaknya. Sebuah syarikat kecil menjual peralatan komputer dan mengendalikan kelas-kelas komputer untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...


Adalah dalam setahun dua aku kerja di sana. Sewaktu itulah aku menyulam cinta dengan en. suami. Pelbagai kisah suka duka terjadi jugalah al kisahnya. Masa tu, boleh katakan ramai petugas dan pekerja di kompleks tu aku kenal. Yalah, dah hari-hari berjumpa. Dulu, KWSP, Imegresen, Klinik Kesihatan, Pejabat Buruh semuanya di tempatkan di Kompleks PKNS inilah. Meriah tau..!

Mana ada pusat membeli belah besar lain lagi di Shah Alam waktu tu. Sekarang, jangan ceritalah dah berkeliling tumbuh macam-macam pusat beli belah lain. Hampir semua warga Shah Alam bertumpu di situ. Kalau nak shopping lebih sikit, kenalah ke Kuala Lumpur atau yang terdekat iaitu Klang. Suasana kompleks PKNS sekarang tetap macam dulu cuma ada kelainan sikit-sikit je.. Lubuk barang keperluan orang melayu. Semestinya meriah pada bulan puasa dah hari raya... Hurm... 

Itulah... bila ke kompleks PKNS ini sekarang, aku mesti pergi ke kedai ustaz. Tengok alat-alat gadget yang ada dan seterusnya membeli serba sedikit peralatan. Biasanya anak  suka beli earphone kat sini. Kat tempat lain mahal sikit, kat sini boleh dapat murah. Lepas jalan-jalan beli barang, peneman aku jalan-jalan ni lapar la pulak. 

Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...
Kompleks PKNS Shah Alam, Di Sini Tadi.... Ada Kenangan Dulu Di Situ...

Jadi, kitaorang pergi makan ayam goreng yang tengah viral tu. iaitu yam goreng Mcd. Terjebak jugak aku akhirnya. Dah ayam goreng... rasa ayam goreng la... ya tak? Yang pasti warnanya memang menyerlah dan membuka selera. Dan yang spicy memang terlebih spicy pedas dari yang lain... Ikut tekak melayu itulah  yang sedap. 

Sebenarnya aku ingat nak jogging ari ni dan seterusnya jumpa blogger tu. Tapi, tak jadi la pulak.. sebab rasa tak seronok bila tak semua anak tak join sekali. Aku pun rasa agak kurang sihat badan sikit. Lain kali nak pergi jogging plak, Sekejapan je aku di Kompleks tadi, pukul 12.30 dah sampai rumah. Buat apa lama-lama, nak berehat la pulak.... Dah tak larat ni... bye!

p/s : Lupa pulak nak bergambar dengan adik blogger yang comel tu.. Jangan lupa bagi gambar dan detail, baru leh review...:)


2 comments:

Terkenang zaman saya masih belajar di Shah Alam. Kom PKNS nie memang port utama lepak jika weekend lol

nur diyana said...

Saya pun sama..pkns ni bnyak bg kenangan kat saya dan suami..kalo nak throwback balik mmg mcm2 pahit manis suka duka semua ade dlm bercinta ni..pkns dalam kngan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...