05 April 2017

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...

Hari ni buat sayur dan masakan yang paling aku suka.... peria masak taucu. Suami dan anak-anak tak berapa suka ni, tapi tukang masaknya nak makan.. diorang kenalah hadap juga. Disebabkan dah selalu aku masak dan makan, anak perempuan bongsu dah boleh terima. Itu sebab kena di biasakan. En, suami pun dah boleh makan sikit-sikit gulai peria masak taucu ni .... giteww... hahaha!

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...
Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...

Nak tahu, peria ni penuh dengan kebaikan yang menakjubkan tau.... Antaranya :

Penjagaan kulit 
Peria boleh menghalang jerawat tumbuh berleluasa pada kulit muka kerana mengandungi ciri penulenan darah. Kulit muka juga akan nampak lebih berseri-seri. 

Perangsang imun 
Minum segelas jus peria setiap pagi dapat membantu menguatkan sistem imun dalam badan. Sistem imun ibarat ‘pengawal keselamatan’ yang menghalang penyakit menyerang. Itu pun kalau tahan dengan rasanya. Tapi aku bila buat masak atau cicah sambal belacan... bolehlah!

Penjagaan mata 
Peria juga seperti lobak, mengandungi karoten yang tinggi. Karoten dapat mengurangkan masalah mata. Kalau yang mata rabun... bolehlah mendapat khasiat untuk mengubati mata.

Menurunkan berat badan 
Peria dapat merangsang hati untuk rembesan jus hempedu yang sangat penting untuk meningkatkan metabolisme badan. 

Baik untuk perut 
Peria sememangnya ejen pencernaan yang bagus dan boleh menghalang sembelit kerana ia mengandungi selulosa yang juga sumber serat terbaik. 

Peria Masak Taucu, Pahit Tapi Menyelerakan...


Nak resepi Peria Masak Taucu... ? Boleh...


Bahan-bahan:

3 biji peria katak
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 hiris halia
4 biji cili api hijau
Sepeket taucu
1 sudu teh pes asam jawa
1 sudu teh kicap masin
Beberapa ekor ikan bilis
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya
Air dalam 1/4 cawan lebih kurang

Cara-cara :

Peria di buang biji dan bahagian putih di dalamnya. di potong-pootng dan di rendam dalam air garam sekurang-kurangnya 5 minit. Lagi lama lagi bagus untuk mengurangkan rasa pahit. Bawang merah, bawang putih dan halia dihiris halus. Cili api di belah tidak putus.Tak perlu buang tangkai. Ikan bilis di bersihkan.

Tumis bahan yang di hiris bersama cili api dan ikan bilis. Dah hampir kekuningan, masukkan taucu, Goreng sebentar, masukkan peria yang telah direndam tadi tetapi sebelum tu cuci bersih dari air garam. Masukkan sekali air, pes asam jawa dan kicap masin. Air tu ikut kesesuaian. Nak lebih kuah tambah lebih air. 

Biarkan masakan merenih sebentar, iaitu menutupnya dengan tudung periuk dalam 2 - 4 minit. Ini utuk membolehkan peria menjadi sedikit lembut. Selepas tu perasakan dengan gula dan garam. Sudah sesuai ikut rasa sendiri. Boleh tutup api dan di hidangkan. Oh yer... jika suka, boleh di tambahkan tomato yang di belah 4 - 6 dalam gulai peria masak taucu ini sewaktu memasukkan perasa. Okey!

Nak rasa, cubalah masak sayur ni... ketepikan soal pahit dan cuba nikmati ‘kemanisan’ yang dimiliki peria. Antara lain lpelbagai khasiat yang terdapat dalam sayur itu ialah mengandungi protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Nak tahu lebih banyak informasi di blog ini... klik SINI

p/s : Selain buat masak, peria sedap buat ulam cicah sambal belacan. Sebelum makan, rendam dulu dengan air garam.. ini dapat mengurangkan rasa pahit dan melemakkannya lagi... :)

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...