Facebook

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik

2:59:00 PM Noor Akma 2 Comments

Hari ni aku dapat petua yang aku rasakan bagus. Aku ada banyak bekas plastik makanan yang tak di gunakan lagi. Nak buang terasa sayang pula. Banyak kegunaan bekas-bekas ini. Apatah lagi Hari Raya bakal menjelang. Nanti buat kuih raya, boleh  di isi bekas ini dengan kuih raya. Masaalahnya bekas-bekas ni dulu ada di isi tempoyak, pekasam dan ada juga bekas isi ikan masin. Bekas  kuih raya lama pun berbau tengik berkulat. Barulah kali ini aku dapat petua yang berkesan. petua nak hilangkan bau busuk bekas plastik ni. Lega....!

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik
Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik 

Petua Hilangkan Bau Busuk Bekas Plastik Dan Balang Plastik 


Ada bebeberapa barang yang boleh digunakan untuk menghilangkan bau yang melekat pada bekas-bekas plastik tu. Antaranya ialah :

- Garam
Bau pada bekas plastik seringkali datang dari sisa-sisa makanan yang bersembunyi dalam alur-alu pada bekas plastik. Ambil garam dan gosoklah perlahan-lahan. Ia boleh menghilangkan kesan makanan yang terperangkap, seterusnya menghilangkan bau.

- Kertas surat khbar
Jika masih berbau, cuba pula menggunakan kertas surat khabar. Ramas-ramas beberapa halaman surat khbar kemudian celupkan dengan sedikit air. Dan letakkannya ke dalam bekas tersebut dan tutupkannya. Biarkan beberapa hari kerana bahan karbon yang terkandung dalam kertas surat khabar boleh menyerap bau dari bekas plastik atau tupperware.

- Kopi
Ini salah satu lagi cara bijak menghilangkan bau, kerana kopi boleh membantu menyerap bau. Untuk bekas kecil, cukup masukkan satu atau dua sudu makan biji kopi. Untuk bekas lebih besar, gunakan 3-5 sudu makan biji kopi. Masukkan kopi ke dalam bekas plastik tersebut kemudian biarkan beberapa hari baru dicuci seperti biasa.

Oleh itu, jangan buang bekas plastik atau balang plastik. Boleh digunakan lagi setelah di hilangkan dan dinyahkan baunya. Kalau tidak,  setiap kali nak raya sibuk nak membeli balang kuih isi kuih raya yang di buat. Kini tidak lagi... Balang kuih yang lama dah sedia ada, boleh di gunakan kembali. Bolehlah  berjimat dengan cara ini. 

Nak tau lebih banyak petua.... klik SINI

p/s : Sangat-sangat membantu petua ini.... 

#kredit SINI

2 comments:

terima kasih kerana berkongsi

Ana Fatihah said...

Tak pernah tau pun. Hihi
Thanks for sharing. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

About Us

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...